Kalau Malaysia jadi seperti Singapura, apa yang Ezam takutkan?


By Aspan Alias | December 13, 2011
The Malaysian Insider

13 DIS — Senator Ezam Mohd Nor berkata kalau PR memerintah PR akan dipengaruhi DAP dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura. Apa maksud beliau susah hendak difahami dan itu tidak menjadi hal, kerana Umno memangnya sebuah parti yang pemimpin-pemimpinnya selalu bercakap yang susah hendak difahami oleh orang ramai. Apa yang tidak eloknya di Singapura itu mungkin Ezam sahaja yang tahu.

Apa yang Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia tidak lagi kaya rasuah seperti di Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia akan menjadi negara maju jika negara ini menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut jika Malaysia menjadi negara yang mempunyai kepimpinan yang beretika dan pemimpin-pemimpinnya tidak berlumba-lumba untuk menakluki segala harta kekayaan negara?

Atau mungkin kah Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura pemimpin-pemimpinnya terpaksa menjadi pemimpin-pemimpin yang berdisiplin dan penuh dengan etika kerja yang tinggi? Elok bertanya kepada Ezam, adakah beliau akan merasa kerugian jika tidak ada lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang menggunakan pengaruh dan kuasa untuk mendapatkan pinjaman kerajaan dalam jumlah ratusan juta ringgit?

Wang yang sepatutnya digunakan untuk membiayai perniagaan lembu itu digunakan untuk membeli kondominium dan Mercedez walaupun pengerusi syarikat itu mengakui yang perniagaannya belum berjalan lancar. Kalau Malaysia menjadi seperti Singapura ini kah yang amat ditakuti oleh Ezam?

Adakah Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura PMnya tidak boleh lagi menggunakan wang berbillion ringgit untuk menyelamatkan anaknya yang kerugian besar dalam perniagaannya?

Kenapa Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura kerajaannya tidak mengamalkan rasuah? Atau Ezam takut Malaysia akan menjadi financial hub jika negara ini menjadi seperti Singapura? Atau Ezam takut jika tidak ada lagi pegawai penguat kuasa rasuah dari MACC tidak lagi tertangkap merompak penggurup wang di KLIA?

Jika Malaysia menjadi seperti Singapura ramai berkeyakinan yang tidak akan berlaku ibu segala rasuah seperti isu PKFZ yang melibatkan jumlah wang rakyat yang berbelas billion ringgit yang mengaitkan pemimpin Umno Selangor dan ahli jemaah kabinet Persekutuan dari MCA dan Umno? Adakah ini yang Ezam takutkan?

Saya rasakan jika Malaysia jadi seperti Singapura tidak akan terjadi seorang setiausaha politik menteri ditangkap dengan wang tunai RM2 juta di pangsapurinya di P. Pinang. Ezam takut jika perkara seperti ini tidak berulang lagi?

Apa lagi Ezam. Apa yang saudara takutkan? Cuba cerita sikit. Orang ramai di negara ini semuanya bodoh. Dah saudara yang pandai boleh tolong beri sedikit jawapan? — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by cintanegara on Tuesday, 13 December 2011 - 11:15 am

    Berkemungkinan besar Aspan tidak pernah menjejakkan kaki di negara tersebut atau berpura-pura tidak mengetahuinya…siapakah yg bekerja sebagai pegawai pangkat rendah di sector pemerintah? Siapakah yg menjadi pekerja am? Siapakah yg menjadi pemandu teksi? Siapakah yg menjadi pegawai immegresen pangkat rendah di Tuas atau Tambak Johor? Siapakah yg tidak dibenarkan mengetuai pasukan bersenjata? Siapakah yg diberikan SATU jawatan menteri yg tidak penting di cabinet? Berapa ramaikah yg dapat menjadi juruterbang tentera udara? Bla bla bla bla bla…..

  2. #2 by richiee on Tuesday, 13 December 2011 - 12:17 pm

    @cintanegara the last I visited s’pore which was last year majority of taxi drivers were Chinese. In the civil service majority of they are Chinese.
    Unless there was a great migration of malays to Singapore in the last one year which I will ask this question if true, if Malays r migrating to spore, then something must be very wrong in malaysia, then u must have been living under coconut shell all your life.

  3. #3 by tak tahan on Tuesday, 13 December 2011 - 12:22 pm

    cintanegara living under rambutan tree guided with the so-called ketuanan sempit dan bodoh.

  4. #4 by sotong on Tuesday, 13 December 2011 - 12:57 pm

    The present situation will not benefit Ordinary Malays in the long run.

  5. #5 by Bigjoe on Tuesday, 13 December 2011 - 1:13 pm

    Kalau Malaysia jadi Singapura, tidak payah Kampung Baru Development Corporation. TIAP rumah boleh buat corporation sendiri and mempunyai Menara cakar langit sendiri..

  6. #6 by boh-liao on Tuesday, 13 December 2011 - 1:21 pm

    Kalau Malaysia jadi seperti Singapura, HOW lah 2 bcome a senator?

  7. #7 by ENDANGERED HORNBILL on Tuesday, 13 December 2011 - 1:33 pm

    Nyatalah jika malaysia jadi seperti singapore, yang bodoh dan berperangai arrogant seperti adik Ezam akan diketepikan atau, dalam bahasa india, terpaksalah podah.

  8. #8 by ENDANGERED HORNBILL on Tuesday, 13 December 2011 - 1:36 pm

    Tambah pula, mengikut meritocracy, adik ezam ini terpaksalah balik ke sekolah rendah, mungkin darjah empat atau lima saje. Apa bolih buat, senator ini memang kurang berpelajaran meskipun mulut nya besar seperti sungai mekong dan sekotor sebagai sungai klang.

  9. #9 by dagen on Tuesday, 13 December 2011 - 3:10 pm

    Yg ditakut takutkan tu sebenarnya ialah orang umno akan dimasuk penjara kelak. Tu teruk sangat. Sekarang cuma umno saja yg berhak menentukan siapa masuk penjara. Umno takut sangat kalau hak ni di terbalikan.

  10. #10 by jus legitimum on Tuesday, 13 December 2011 - 3:29 pm

    Kalau Malaysia menjadi sebuah negara macam Singapura,Ezam yang muka tebal itu terus jadi seorang pencuci kereta di tepi jalan dan dibantu oleh cintanegara.Orang yang tiada otak macam dia mana boleh jadi senator lagi.

  11. #11 by undertaker888 on Tuesday, 13 December 2011 - 6:41 pm

    Kalau Malaysia macam singapura, cintawapunyakaki tiada pokok rambutan nak selindung o . Susah lo bagi orang macam cintawapunyakaki yang tak bertulang belakang. inilah orang umno. Makan suap pandai. Kerja malas.

You must be logged in to post a comment.