UMNO

Ahmad Maslan dan kedangkalannya

By Kit

November 30, 2011

— Sakmongkol AK47 The Malaysian Insider Nov 29, 2011

29 NOV — Anggota Umno diminta tidak mendabik dada dengan kejayaan parti mendaftarkan 3.4 juta anggota setakat ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata, jumlah sebesar itu belum menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. “(Ini kerana) ahli Umno hanya satu per empat daripada 12 juta pengundi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Agenda Melayu ke-7 anjuran Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara, di sini hari ini. Beliau berkata setakat ini kira-kira tiga juta anggota Umno adalah pengundi berdaftar. Justeru katanya, semua anggota Umno perlu berusaha keras meraih sokongan pemilih lain, terutama yang ‘di atas pagar’. “…..kita kena dekati dan tarik pengundi selebihnya untuk menyokong Umno dan BN,” katanya.

Inilah kenyataan yang paling dangkal yang saya dengar dari Ahmad Maslan, ketua penerangan Umno. Nampak sangat dia malas membaca kerana kalau dia membaca dan faham apa yang dibaca, dia tidak mengeluarkan kenyataan yang bingung macam ini. Helo brader, semua orang dah tahu hal ini.

Lihat sahaja keputusan pemilu 2008. Jumlah pengundi Melayu semuanya 5.7 juta. Calun Umno mendapat 2.38 juta undi. Katakan lah 380,000 pengundi tersebut adalah pengundi bukan Melayu. Itu bermakna, dari 5.7 juta pengundi Melayu, calun Umno hanya mendapat 2 juta undi. Jika ahli Umno sahaja sudah ada 3 juta lebih, maka itu bermakna 1 juta lebih ahli Umno tidak mengundi calun Umno sama ada kerana mereka tidak mendaftar diri atau enggan mengundi calun Umno.

Umno tidak lagi boleh mendakwa mereka mewakili suara dan aspirasi bangsa Melayu. Umno dah hilang monopoli.Bolehkah orang Melayu yang merupakan 65 peratus penduduk Malaysia, hilang dominance mereka? Matematik mana Ahmad Maslan pelajari?

Ertinya, Ahmad Maslan tidak perlu mengulangi kelemahan Umno. Dia lebih perlu menjawab mengapa rakyat meluat melihat Umno. Sekurang kurangnya, presiden Umno lebih teliti dalam observasinya. Orang dah kenal sangat sifat-sifat orang Umno yang ek — baju linen, kereta besar, cermin mata hitam dan lain-lain lagi petanda2 luaran. Dan orang tahu, kebanyakan pemimpin Umno seperti Ahmad Maslan adalah tin kosong.

Ahmad Maslan ini sendiri semasa jadi ketua penerangan Umno akan sentiasa memulakan ucapannya dahulu dengan mencerita hal dirinya sendiri. Bagaimana dia yang tak tahu apa2 pun, tiba2 di angkat oleh Datuk Najib jadi pegawai yang in charge Felda, kemudian di lantik timbalan menteri dan terus ketua penerangan.

Boleh jadi kerana kamu, Ahmad Maslan sudah jampi Datuk Najib dengan serapah 7 petala langit dan 7 petala bumi dan apa apa lagi. Semua orang yang mendengar ucapan Ahmad Maslan pada masa itu tertanya-tanya, apa jadahnya kaitan cerita nasib baik kamu dengan tugasan yang mendepani organisasi Umno? Syukurlah kamu bernasib baik tapi jangan melembukan ahli Umno yang lain dengan cerita karut marut dan buah fikiran yang dangkal.

Belum sempat saya habis baca ulasannya mengenai Umno ada 3.4 juta ahli(yang semua mahu menunggang Umno) saya terbaca komennya dalam ucapannya di sebuah forum Melayu pasca PRU13. Ini satu lagi buah fikiran yang dangkal lagi.

Macam mana Melayu hilang kuasa dan kedudukan? Melayu akan hilang kuasa kalau mereka tidak ada pelajaran, kalau mereka tidak kompetitif dan sebagainya. Melayu tak hilang kuasa jika tidak bertali urikan Umno. Umno yang banyak menjahanamkan kepentingan Melayu. Tajuk forum yang terlebih baik ialah Melayu Umno pasca PRU13. Hari ini, kepentingan Melayu boleh di perjuangkan diatas wadah apa sekali pun, ianya bergantung kepada dedikasi dan kepandaian yang empunya diri.

Kita tanya Ahmad Maslan, bila Shahrizat bertindak sebabagi pemudah cara pemberian grant kepada Dr Salleh, ada dia fikir mengenai kepentingan bangsa Melayu? Apakah Dr Salleh akan senang dapat grant tersebut ketika rekodnya mengurus Technology Park Malaysia sangat buruk kecuali merit yang dia ada ialah dia suami Shahrizat Jalil? Tidak bukan. Sebab dia mahu melembukan semua orang Melayu. Setelah sebulan isu feedlot ini di bangkitkan baru sehari dua, Shahrizat kata, dia takde kena mengena dengan isiu feedlot?

Dan bila kita membayar pembelian kereta APC oleh Deftech dengan membayar RM6 billion lebih tinggi dari harga RM1.2 billion, duit RM6 billion itu untuk orang Melayu? Dan di mana Umno menghilangkan diri bila MAS yang sepatutnya menjadi kebanggan negara Malaysia, sedang di canibalise supaya beberapa orang membuat wang yang banyak.

Si Ahmad Maslan ini betul2 tidak membaca apa guruh yang sedang membuak di kalangan orang Melayu. Orang Melayu melihat Umno hari ini organisasi yang membenarkan perlanunan dan samun dan rompakan keatas orang Melayu sendiri. Dan kalau Ahmad Maslan membaca dengan teliti lagi, dia akan dengar orang ramai berkata Ahmad Maslan can shove his remarks up that part of his anatomy where the sun does not shine! — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).