Kenapa Yang Berhormat dan bukan Yang Berkhidmat?


By Jahaberdeen Mohamed Yunoos (loyarburok.com) | November 16, 2011
The Malaysian Insider

Saya kerap bertanya soalan tersebut selama hampir 20 tahun: Kenapa dipilih untuk mengelar wakil-wakil rakyat dengan istilah “Yang Berhormat” dan bukan dengan istilah “Yang Berkhidmat”?

Semalam, saya ditanya oleh seorang pemuda aktivis soalan yang sama! Katanya ramai pemuda-pemudi hari ini kurang senang dengan isitlah “Yang Berhormat” kerana mereka merasakan ia tidak tepat menjelaskan kedudukan wakil-wakil rakyat. Saya setuju.

Pertama, pada faktanya, wakil-wakil rakyat diundi oleh rakyat jelata untuk berkhidmat kepada pengundi-pengundi yang berada didalam kawasan Dewan undangan negeri atau dalam kawasan Parlimen mereka. Mereka tidaklah diundi untuk bermegah atau untuk mencapai kejayaan peribadi sebagai seorang wakil rakyat atau untuk memperkayakan diri. Maka jika mereka menawarkan diri sebagai calon dan diundi untuk berkhidmat, bukankah lebih tepat mereka digelar sebagai “Yang Berkhidmat”?

Kedua, tugas seorang wakil rakyat amat jelas sekali — mereka diundi oleh rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat melalui mewakili rakyat didalam Dewan undangan negeri ataupun didalam Parlimen. Poin penting yang harus ditegaskan dan difahami dengan jelas disini ialah peranan mereka sebagai WAKIL kepada rakyat.

Jika mereka mewakili rakyat ini bermakna rakyatlah “boss” ataupun mereka harus mengikuti arahan daripada rakyat. Seorang wakil tidak membuat sesuka hati dengan mengenepikan kebajikan atau kehendak pihak yang membenarkan mereka menjadi wakil. Dalam konteks ini juga amat anih apabila wakil dianugerah sebagai “Yang Berhormat” dan rakyat yang melantik mereka sebagai wakil diletakkan dikedudukan yang lebih “inferior” melalui pengistilahan!

Ketiga, perincian juga harus dibuat terhadap kesan saikologi serta impak diatas wakil rakyat apabila mereka digelar sebagai “Yang Berhormat” dan bukannya sebagai “Yang Berkhidmat”. “Yang Berhormat” merupakan satu istilah yang cukup “presumptuous” dimana wakil itu dianggap bersikap berhormat walhal tempoh perkhidmatannya belum bermula ataupun sedang berjalan.

Seharusnya dan secara logik, prestasi seorang wakil hanya dapat dinilai selepas selesainya tempoh perkhidmatannya. Selepas selesai tempoh perkhidmatannya, baru rakyat lah dapat menilai samada ia telah menjalankan amanahnya dengan sebaik mungkin, adakah ia telah cuba mendapatkan pandangan daripada pengundi-pengundinya sebelum suatu polisi ataupun undang-undang diguabl dan sebagainya.

Jika ianya merupakan satu wakil yang tidak efisien, malas atau telah menggunakan kedudukanya untuk kepentingan peribadinya, maka ia menjadi satu wakil yang gagal dan tidak harus dihormati. Maka mana logiknya seorang itu terus dipanggil sebagai “yang Berhormat” selepas menang menjadi menjadi wakil?

Keempat, istilah “Yang Berhormat” ini lebih menjurus kepada penggekalan pemikiran dan budaya feudalistik dimana pertalian diantara wakil rakyat dan rakyat menjadi seolah pertalian pembesar dan hamba atau marhain.

Mungkin inilah sebabnya rakyat jelata telah membudayakan sikap cuim tangan pemimpin-pemimpin politik, terlalu membongkokkan badan apabila berjabat tangan dengan wakil rakyat, gembira setakat dapat bersalam walaupun tidak sempat menluahkan apa-apa kepada pemimpin tersebut dan pelbagai perbuatan lain sedemikian.

Seorang yang digelar “Yang Berkhidmat” secara saikoloji lebih mudah dihampiri daripada seorang “Yang Berhormat’. Isitlah “Yang Berhormat” juga meletakkan mereka ditahap yang lebih “suci” daripada rakyat jelata.

Kelimanya, saya percaya istilah “Yang Berkhidmat” adalah istilah yang mempunyai kesan “suggestive” yang lebih positif daripada istilah “Yang Berhormat”. Istilah “Yang berkhidmat” sentiasa mengingati wakil rakyat bahawa tugas mereka ialah untuk berkhidmat kepada rakyat manakala istilah “Yang Berhormat” “suggests bahawa mereka tergolong dalam kumpulan elitis atau kumpulan yang jauh diatas daripada rakyat biasa. Istilah “Yang Berkhidmat” adalah lebih “down to earth” dan mampu mendekatkan wakil rakyat kepada rakyat jelata.

Saya percaya penggunaan bahasa dan isitilah-isitilah tepat mempunyai peranan yang amat penting didalam mempertingkatkan penglibatan rakyat jelata dalam demokrasi yang berkembang. Kita harus mahu berkembang kearah merakyatkan kepimpinan didalam Negara bagi menghindarkan kepimpinan Negara dikuasai oleh golongan bangsawan untuk golongan bangsawan. — loyarburok.com

  1. #1 by tak tahan on Wednesday, 16 November 2011 - 4:26 pm

    Wakil Umno/BN patut digelar Yang Berbohong.

  2. #2 by Thinking Two on Wednesday, 16 November 2011 - 4:33 pm

    Bukan “Berkhidmat Untuk Negara” dan sebenarnya BN “Berkhimat Untuk Sendiri”

  3. #3 by Thinking Two on Wednesday, 16 November 2011 - 4:34 pm

    Ruginya NEGARA!

  4. #4 by jus legitimum on Wednesday, 16 November 2011 - 4:36 pm

    Sebenarnya,penggunaan gelaran telah lama menjadi satu amalan budaya bangsa Melayu.Kenapa rakyat mesti dibezakan dan digolongkan dengan yang ada gelaran dan tiada gelaran.Saya berasa amat kurang senang hati apabila dikehendaki memilih sama ada menulis ‘Encik’ atau gelaran yang lain seperti dato/tansri dan sbgnya dalam borang.Kenapa kita tidak boleh hanya memakai nama kita yang ada?Kenapa kita perlu tambahkan gelaran di depan nama kita menjadikan kita macam sebuah kereta ditambahkan assesori supaya nampaknya lebih elok?Tengoklah Amerika,Presidentnya hanya Mr.Obama,Mr.Bill Clinton,President China cuma Mr.Hu Jintao,Singapore:Mr.Lee Kuan Yew.Pada pendapat saya,tidak perlu lah gelaran,yang berhormat memang tidak betul dan yang berkhidmat pun tidak perlu.Yang penting adakah wakil rakyat itu menunaikan janjinya untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat?Bukanlah gelaran,satu amalan yang mundur dan feudalistik.

  5. #5 by dagen on Wednesday, 16 November 2011 - 6:09 pm

    Wrong. Memang tak tepat. Wakil jenis umnoputra mesti digelar Tuan Yang Maha Besar dan yg lain2 sebagai Hamba.

  6. #6 by Not spoon fed on Wednesday, 16 November 2011 - 6:26 pm

    That is why MCA, MIC and Gerekan, etc. are prefer to lose their dignity (maruah) and they just want to stick with UMNO. That is also the way to make rich. Look at Ling Liong Sik. There are many uncovered cases.

    Another proof, recent one, look at the RM250 million given to their crony, the woman minister to run a cattle farm?

  7. #7 by Not spoon fed on Wednesday, 16 November 2011 - 6:34 pm

    This type of culture and practice to grant datukship and yang dipertua or dihormati should be abolished.

    Look at other countries that they don’t practice this, they are more advanced and more better off than Malaysia. One example is Singapore and Hong Kong. Are they many Grandfather in Hong Kong?

  8. #8 by star on Wednesday, 16 November 2011 - 10:17 pm

    Hi, can do me a favor plz? Lately Im conducting final year thesis n i need around 200 respondents for the questionnaires. Please click on the links below and send back to me a.s.a.p regarding the USAGE OF POLITICAL BLOGS AND ITS IMPACT. Thanks for ur feedback :)
    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dE1ta1VxOVQzeHp3MlkyMjFsWnlWekE6MA

  9. #9 by Ordinary on Wednesday, 16 November 2011 - 11:01 pm

    5th most wealthy country in the world:
    5. Singapore $284,692 per adult.

    The tiny island nation of Singapore has the busiest port in the world and is the fourth largest foreign exchange trading center in the world. Singapore is a world leader in several economic areas including finance, casinos, oil refining and foreign trading. Singapore attracts business because its economy is known as one of the freest, most innovative, most competitive, most business friendly and LEAST corrupt in the world.

    Full report from Credit Suisse:
    https://www.credit-suisse.com/news/en/media_release.jsp?ns=41874

  10. #10 by boh-liao on Thursday, 17 November 2011 - 3:09 am

    Yang Bermakan-suap or Berkorek2

  11. #11 by k1980 on Thursday, 17 November 2011 - 11:02 am

    No Yang Berhormat or Yang Berkhidmat

    The malaysian rakyat are “Yang Diliwat” (by umno)

  12. #12 by undertaker888 on Thursday, 17 November 2011 - 2:01 pm

    Yang Bang$at
    Yang Bodoh
    Yang Busuk
    Yang Berdosa

    All of above instead of yang berhormat for those goons.

  13. #13 by k1980 on Thursday, 17 November 2011 - 2:35 pm

    Yang Bersodomee ( eg those Chua SL )

    Yang Berperkosa ( eg those like Abraham Ali )

  14. #14 by monsterball on Thursday, 17 November 2011 - 4:07 pm

    kita UMNO b yang berhormat…..suma suka minum kopi kua kua…dot dot dot…..curi rakyat wang….bahlu boleh dapat pangkat… datuk.
    Lagi pandai curi lehbi..jadi Tan Sri.
    Yand bagus sekali….pangkat Tun.
    Itu lah…jadi UMNO b membor…apa apa pun… boleh…”United Malay Nouveau-riche Organisation”.

  15. #15 by good coolie on Monday, 21 November 2011 - 12:07 am

    Excellent idea, my dear fellows. “Yang Berkhidmat”. Adopt that, Pakatan Rakyat!

You must be logged in to post a comment.