Lim Guan Eng

Lim Guan Eng zalim!

By Kit

July 03, 2011

Komentar Roketkini 2 July 2011

2 JULAI – Sekumpulan penyokong UMNO, Perkasa dan segolongan India Muslim telah mengadakan demonstrasi haram di ibu negeriPulau Pinang pada petangJumaat laludi mana mereka turut menyerang dua jurugambar.

Tujuan mereka mengadakan perhimpunan haram berkenaandengan membawa sepanduk “Pulau Pinang Hak Kami”, “Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu” dan “Jangan Berani Bangkitkan Komunis”, adalah membantah dan mengecam pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Selain mengadakan perarakan dalam bandar ke pejabat KetuaMenteri di Komtar, Georgetown, mereka juga berarak hingga ke Jambatan Pulau Pinang yang mengakibatkan kesesakan lalulintas serta kedai-kedai di bandar ditutup.

Sepanjang demonstrasi haram itu, pihak polis hanya membiarkan sahaja mereka yang terlibat bermaharajalela di jalanan.

Hanya selepasia berakhir, barulah polis menahan lapan orang termasuk Senator EzamMohd Nor, bekas KetuaPemuda PKR yang sudah kembali menyertai UMNO, atas tuduhan mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Perhimpunan haram itu adalah bertujuan mengecam “kezaliman” Guan Eng serta “mempertahankan Malaysia daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara”.

Mungkin mereka yang berdemonstrasi itu menganggap Guan Eng telah menzalimi rakyat kerana:

a) Gurney Drive menghubungkan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.2 km. b) Bandar Baru Air Itam menghubungkan Lebuhraya TunDr. Lim Chong Eu sepanjang 4.6 km. c) Terowong Pulau Pinang – Butterworth sepanjang 6.5 km.

Pembinaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan trafik di kawasan pulau tetapi juga akan memacu pembangunan ekonomi di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) seperti Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Butterworth.

Inilah antara “kezaliman” Guan Eng yang menjadi punca demonstrasi ganas kumpulan-kumpulan UMNO, Perkasa dan segelintir India Muslim yang mahu “menyelamatkan” Malaysia. – Roketkini.com