Lim Kit Siang

Why Umno so desperate? Losing Galas?

Tweets:

11/02/2010 07:25 PM
Tindakan Kit Siang tuduh UMNO kafir melampau (BH) http://bit.ly/dAULXk PemudaUMNO buat lprn polis trhdp Kit Siang (BH) http://bit.ly/cCZr6I

11/02/2010 07:35 PM
My attn just drawn 2Berita Harian rprts – Mcca CM AliRustam accused I had “mencampuri urusan agama Islam dng menuduh orang UMNO kafir”. (2)

11/02/2010 07:37 PM
I was accused of saying this at Galas ceramah in presence on TGNA n Anwar at Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah. Big lies.

11/02/2010 07:42 PM
Police rprts 2b made agnst AliRustam BHarian n naibketua PemudaUmno Putrajaya (4lodging false report). Y Umno so desperate? Losing Galas?

—–

Tindakan Kit Siang tuduh UMNO kafir melampau
2010/11/02
Berita Harian

GUA MUSANG: DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang UMNO kafir dalam siri ceramah untuk menarik sokongan pengundi Melayu menyokong PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata tindakan itu adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

Katanya, kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu dibuat di hadapan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah.

“Yang kita sedihnya apabila Lim menuduh orang Melayu parti UMNO kafir disambut dengan laungan takbir ‘Allahuakhbar’ oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain.”

“Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya,” katanya ketika berceramah kepada pengundi di peti undi Kampung Baru Hulu, dekat sini, petang kelmarin.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka, berkata mungkin pengundi di DUN Galas baru sedar tindakan Kit Siang yang mengutuk orang beragama Islam tetapi pada masa sama ia halal di sisi perjuangan PAS demi kepentingan politik pembangkang.

Beliau berkata, gelagat pemimpin DAP mencampuri urusan agama Islam sejak bergabung dalam pakatan pembangkang kerana mendapat restu PAS untuk mengutuk orang Islam yang tidak sokong parti itu.

Katanya, pengundi di DUN Galas patut mengambil ingatan dengan sikap melampau DAP itu yang menuduh orang UMNO kafir dan perbuatan itu pula seolah-olah direstui PAS.

Pemuda UMNO buat laporan polis terhadap Kit Siang
2010/11/02
Berita Harian

PUTRAJAYA: Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang menuduh UMNO kafir.

Wakil pergerakan itu, Mohd Hisamudin Yahaya, berkata menuduh orang UMNO kafir adalah sangat melampau dan satu tindakan provokasi.

Akhbar hari ini melaporkan Lim membuat kenyataan itu pada satu ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan. – BERNAMA

Exit mobile version