IT

International Internet Bandwidth

By Kit

October 20, 2009

Updated with data from 1992-2004 (from independent source)

Parliament Q & A:

Lim Kit Siang [Ipoh Timur] minta Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan menyatakan dalam jadual dari tahun 1994 sehingga 2009, berapakah kapasiti jalur lebar Internet Antarabangsa (International Internet Bandwidth) yang dipunyai oleh Malaysia mengikut syarikat yang memilikinya.

Jawapan :

Kapasiti jalur lebar Internet antarabangsa secara umumnya dimiliki oleh konsortium-konsortium anatarabangsa. Kapasiti antarabangsa ini disampaikan melalui 12 kabel dasar laut yang disambungkan melalui stesen-stesen pendaratan kabel di Malaysia. Telekom Malaysia (TM) selaku penyedia perkhidmatan Internet terbesar di Malaysia merupakan pengguna dan antara pemegang ekuiti utama di dalam konsortium terbabit.

Syarikat-syarikat lain sama ada tidak mempunyai sebarang pegangan, atau menpunyai pegangan yang amat kecil di dalam konsortium yang membekalkan kapasiti jalur lebar Internet antarabangsa. Oleh yang demikian, kapasiti jalur lebar antarabangsa milik Malaysia secara umumnya diukur melalui kapasiti Internet antarabangsa yang dimiliki oleh TM mengikut tahun secara kumulatif adalah seperti berikut:

Telekom Malaysia (TM)
Tahun Jumlah Kapasiti Antarabangsa (Mbps) (kumulatif)
1994-2004
2005 11,521
2006 16,328
2007 41,099
2008 64,121
2009 112,000

Nota: Pengumpulan data kapasiti jalur lebar antarabangsa hanya dibuat bermula 2005 —-

From NationMaster.com

Year Amount (Mbps) Rank
2004 3,193 #41
2003 2,308 #36
2002 1,320.5 #40
2001 733 #39
2000 540 #33
1999 188 #30
1998 85 #10
1997 50 #7
1996 6.13 #9
1995 1.54 #5
1994 1.54 #3
1993 0.13 #4
1992 0.06 #4

Related Post : Malaysia in unchecked plunge in IT international competitiveness as illustrated by another adverse global study – the 2009 Oxford/Cisco Global Broadband Quality Score (2 Oct. 2009)