Crime

LKS wants to meet Najib at the first available opportunity after his overseas trip

By Kit

July 18, 2009

Note: This fax was sent at 9.38am

18hb Julai 2009

Y.A.B. DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK Perdana Menteri Malaysia Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.

Menerusi Fax (603-8888 3444) & Emel (ppm@pmo.gov.my)

YAB Dato’ Seri,

Per: Meminta satu perjumpaan dengan YAB segera

Saya menulis untuk meminta supaya satu perjumpaan dengan YAB boleh diaturkan secepat mungkin selepas kepulangan YAB dari lawatan ke luar negara. Ini adalah mengenai isu kematian misteri salah seorang pembantu Exco Negeri Selangor, En Teo Beng Hock, di sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor semasa memberikan penerangan di pejabat berkenaan pada hari Khamis, 16 Julai 2009. Insiden ini telah mencetuskan perasaan takut dan curiga orang ramai terhadap kebolehpercayaan SPRM khasnya dan pihak penguatkuasa kerajaan amnya dalam menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Diharap YAB akan mengizinkan permintaan ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Lim Kit Siang Ketua Parlimen Parti Tindakan Demokratik