Election

Indelible ink scandal – spunky scrutiny-in-progress by Po Kuan

By Kit

May 23, 2008

Together with other Pakatan Rakyat MPs, DAP MP for Batu Gajah Fong Po Kuan grilled Nazri Aziz, Minister in the Prime Minister’s Department for the RM2.4 million indelible ink scandal by the Election Commission in the 12th general election.

Po Kuan has blogged about her spunky scrutiny-in-progress, as evident from the two video clips here.

This parliamentary episode is reported by New Straits Times parliamentary report:

Spunky Scrutiny – Part 1 :

Spunky Scrutiny – Part 2 :

Hansard for Spunky Scrutiny – Part 1 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Gajah. Dia bagi Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Lagi banyak Yang Berhormat Menteri cuba menjelaskan, lagi mengelirukan Dewan ini. Sekarang saya cuba cari dan orang ramai di luar juga hendak tahu sekarang siapa sedang berbohong dan tidak beritahu kebenaran. Tadi Yang Berhormat kata tiada arahan ke atas SPR tapi pengerusi kata bahawa Kabinet tidak memberikan kelulusan penggunaannya. Perdana Menteri membalas pula bahawa hanya satu cadangan dan ini adalah satu jawapan kepada soalan Yang Berhormat Kuala Selangor 12 Mei. Terang-terang dia kata Jemaah Menteri telah menolak cadangan SPR untuk memperuntukkan cadangan penggunaan dakwat kekal di atas jari kuku. [Tepuk] Ini jelas menolak cadangan SPR. Jadi sekarang ini siapa tidak cakap benar dalam Dewan ini dan di luar sana orang ramai sedang mahu tahu siapa sekarang cuba menipu di sini? Berbohong. Perkara kedua berkenaan Perlembagaan 119, hak untuk mengundi. Kalau pihak SPR ingat dan prihatin, minta nasihat Majlis Fatwa Kebangsaan untuk bertanya apakah penggunaan dakwat ini dibenarkan oleh hukum syarak. Kenapa boleh terlupa dari segi undang-undang perlembagaan dan akta pilihan raya ini? Jadi mesti ada anggota kena bertanggungjawab ke atas ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik Yang Berhormat.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Jangan cuba memusingkan fakta lagi. Beritahu kebenaran, siapa yang sedang berbohong di sini.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, Pekan Pusing di Batu Gajah bukan tempat saya. Padang Rengas tak ada pusing. Batu Gajah ada Kampung Pusing.

Tuan Yang di-Pertua, kita memang hendak bagi tahu di sini bahawa soalnya macam jawapan, kita menunggu fatwa. Itu bermakna bahawa kita dengarlah cakap SPR tetapi apabila Peguam Negara menasihatkan kepada kita iaitu selepas itu dua mesyuarat sebelum pilihan raya pihak Peguam Negara menasihatkan kepada kita mengatakan mungkin kita akan melanggar perlembagaan. Barulah kita bangkit. Sebelum itu tidak dibangkitkan oleh sesiapa. Jadi itu keikhlasan kita. Bermakna…

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Jadi siapa tak buat kerja dia? Dalam aspek perundangan untuk memastikan cadangan penggunaan dakwat ini tak boleh dijalankan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang tak buat kerjanya SPR lah. Sebab SPR…

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: AG di mana?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ini apa benda ini? Duduklah dahulu.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Pejabat peguam di mana?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat…

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: You mahu jawapan kah tak mahu jawapan? Duduklah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Duduk. Jadi macam SPR kita terima apa sahaja kalau jawapan yang ada berkaitan dengan SPR dalam Dewan Rakyat, mereka bagi kepada kita. Sebab itu pada waktu itu saya sekali Menteri bila ditanya berkenaan perkara ini saya terimalah dengan keikhlasan hati bahawa apa yang dilakukan itu adalah betul dan tidak ada salah. Masalahnya SPR tidak rujuk kepada AG dan AG tidak berkesempatan untuk melihat perkara ini kerana tidak dirujuk kepada mereka. Akhirnya bila dekat dengan pilihan raya seperti biasa bila dekat pilihan raya kita akan duduk dan kaji apakah perkara yang boleh memungkinkan pilihan raya ini dibatalkan, rosak maka barulah dilihat ini bahaya. Kalau sekiranya diteruskan mungkin ada orang yang tak mahu dicalit. Itulah bangkit perkara ini sebelum pilihan raya yang berlaku baru-baru ini.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Mohon penjelasan.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bangun]

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: [Bangun]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Soal jawapan…

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Mohon penjelasan, Batu Pahat.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat Kuala Selangor. Relax, relax.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Batu Pahat.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tak apa saya faham sudah. Sekilas ikan di air… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sekejap Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: …jantan betina saya sudah tahu sudah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tengah habiskan jawapan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jadi dalam jawapan Yang Berhormat sebut ada perbezaan di antara soal menolak dan mengarah ini. Menolak dan mengarah. Kalau kita tidak bersetuju makna kita tolaklah, tapi soal sama ada SPR hendak ambil nasihat dan penolakan kita itu terpulang kepada dia. Kalau sebenarnya kita mengarahkan dia awalawal lagi sudah SPR sudah buat pengumuman bahawa tidak menggunakan inedible ink tapi kita serah pada dia. Sebenarnya tiga hari sebelum pilihan raya dia umum rugi kita. Barisan Nasional kalah kerusi banyak sebab apabila Pengerusi SPR umum…

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Menyampuk]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, kalah kerusi banyak juga sebab orang memikirkan ini satu usaha lagi daripada pihak Barisan Nasional cuba hendak memenangkan pilihan raya dengan cara yang tidak betul dan jangan ada inedible ink. Kita tak sempat. Tak sempat hendak jawab. Ini jelas menunjukkan iaitu bahawa sebenarnya SPR…

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Patut kami menang lagi banyak. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: …bertindak bebas. Dia bertindak bebas. Jadi tidak ada kena-mengena. Kita bagi pandangan kita. Betul kita tolak tapi bukan untuk SPR menerima arahan itu.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Bangun]

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terpulang kepada mereka dan saya sebut dua mesyuarat Jemaah Menteri sebelum pembubaran sepatutnya kalau di umum awalawal kalau kita arah you jawab juga sekarang, tolak. Selamatlah kita. Ada masa untuk kita membuat penjelasan tapi tiga hari sebelum pilihan raya. Sebab itu undi saya pun lari banyak pasal ingat saya hendak tipu. Jadi sebenarnya Yang Berhormat…

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Mohon penjelasan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: …saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Tidak baik dalam Dewan ini hendak mengatakan orang itu berbohong tapi terpulang kepada Yang Berhormat untuk menilai siapa yang cakap betul dan siapa yang menipu dalam hal ini.

===

Hansard of Spunky Scrutiny – Part 2

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang kita mahu di sini adalah akauntabiliti dan ketelusan. Yang Berhormat mengaku atau tidak bahawa dalam insiden pembatalan penggunaan dakwat, telah timbul kelalaian oleh pihak tertentu. Jika ya, apa tindakan akan diambil untuk menunjukkan kerajaan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab?

Perkara kedua, berkenaan dakwat tersebut. Ramai yang ingin tahu apakah dakwat tersebut ada dibeli? Jika ya, di mana dakwat itu sekarang kerana ia bernilai RM2.4 juta dan ada yang tanya dakwat itu dibeli dari siapa? Jadi mereka nak tahu siapakah akan bertanggungjawab? Saya mahu menteri mengaku kalau sudah silap, telah lalai, terlepas pandang undang-undang, mengaku dalam insiden ini.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya tak tahulah. Tanyalah SPR sebab SPR yang buat keputusan itu semua, sebab dia bebas. Kalau kita bagi arahan pada dia jangan guna, nanti orang akan kata dia tidak bebas. Sebab itu ia memakan masa, ia fikir balik apakah benar yang Kabinet bangkit itu betul dan dia juga fikir RM2 juta lebih ink dah beli ini macam mana. Itu soal dialah. Kita nak buat macam mana?

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat…

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bukan soal lalai kita sebab soalnya dia tidak rujuk kepada kita… Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: …Yang Berhormat sudah silap dalam tanggungjawab. Yang Berhormat sekarang tolak kepada SPR saja. Mana betul!…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Mahu minta jalan Yang Berhormat?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: …Oleh sebab itu dalam soal ini, kelalaian apa yang berlaku bukan di sebelah pihak kita kerana SPR itu adalah bebas dan… Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: …Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, senang kerja…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Gajah, kena minta jalan Yang Berhormat.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: …Minta penjelasan, Yang Berhormat. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: …Kalau Yang Berhormat nak tahu berkenaan dengan soal di manakah dakwat itu sekarang berada, adalah lebih baik Yang Berhormat buat soalan secara khusus. Dalam Mesyuarat kedua saya boleh bagi jawapan yang akan datang daripada pihak SPR.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bangun]

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat Pokok Sena, sila.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia bagi Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Itu perkara saya telah bangkit masa perbahasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Gajah! Sila Yang Berhormat Pokok Sena.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini mahu lari dari tanggungjawab Yang Berhormat Menteri.

=== NST Online 2008/05/23 DEWAN RAKYAT: Nazri grilled decision not to use indelible ink Reports by V. Vasudevan, B. Suresh Ram, Eileen Ng, R.S. Kamini, Ili Liyana Mokhtar and Joseph Sipalan THE government bore the brunt of the Election Commission’s decision to cancel the use of indelible ink by voters in the recent general election as opposition members repeatedly poured cold water on the reasons given by Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yesterday. Nazri, replying to points raised during the debate on the royal address, had said the decision not to use the ink was made by the Election Commission.

“The government did not order the commission. We merely told them there were concerns about the legal implications and it could create problems later,” he said of the decision, which was made three days before the March 8 polls.

Nazri said the Constitution provided that every citizen had a right to vote and the commission could not stop anyone from voting because they refused to be marked with the indelible ink.

He was repeatedly challenged by Opposition Leader Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh), Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Khalid Samad (Pas-Shah Alam), Dr Zulkifli Ahmad (Pas-Kuala Selangor) and Mahfuz Omar (Pas- Pokok Sena), who fired a variety of questions at Nazri on the issue. The common thread to the questioning was that the government had failed in not considering the legal implications of using the ink.

They also wanted to know who was responsible for the decision as the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, and Election Commissioner, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman gave different answers.

“Who is telling the truth here?” asked Mahfuz.

Nazri said the cabinet had alerted the commission two weeks before the decision to dissolve the House was made.

“We conveyed our legal concerns about the use of the ink to the commission.

“It did not mean we ordered them not to use the ink. It is up to the commission as to what it wanted to do,” he said.

Fong said it was strange that the cabinet thought about the legal implications two weeks before the dissolution of the House.

“Where was the attorney-general? Why did he not think about this earlier?” asked Fong, who had said it was strange as the Prime Minister’s Department had thought about the religious implications of using the ink but not the legal aspect.

Nazri said the religious aspects were raised as Muslims had demanded to know if the use of the ink would infringe on their religious practices.

“No one raised the constitutional aspect,” he said, adding that he was not going to reply to the question on what had happened to the RM2.4 million worth of ink bought by the commission.

“Submit it as a written question for the next session,” he said, while declining to answer another question from Fong on who was awarded the contract to bring in the ink.

Wan Azizah told Nazri the whole exercise to cancel the use of indelible ink was suspicious.

“We were told there were reports of people smuggling in the ink and that is why the use of the ink had to be scrapped.

“But after the election we were told it was not the case. Who do we believe then?” she asked.

Nazri said the authorities acted based on the information available at the time.

He said the Barisan Nasional also suffered because the use of indelible ink was cancelled three days before the general election.

“People thought the BN was behind the decision.

“It cost us, too, as there was no time to explain why the decision had to be made,” he said.