Letters by Md Asmawi Md Nor
Saya bersetuju bahawa Saudara telah tersilap dalam isu majlis angkat sumpah MB Perak tetapi saya juga sangat hormat apabila Saudara dengan cepat menyedari kesilapan tersebut dan dengan segera memperbetulkannya dan melakukan tindakan yang tepat dengan memohon maaf kepada pihak istana secara peribadi. Tahniah atas tindakan anda tersebut.
Nah, sekarang Terengganu pula menghadapi isu yang sama dimana 23 Adun dengan segera mengumumkan untuk memboikot majlis angkat sumpah MB Terengganu yang dijangka akan diadakan esok sebaik sahaja ayam tambatan mereka Idris Jusoh tidak terpilih sebagai MB. Seperti biasa, media UMNO Utusan Malaysia akan bersikap ‘double-standard’ dalam menanggani isu ini. Maksud saya secara spesifik ialah bila mana Saudara mengeluarkan statement dalam isu MB Perak dulu, Utusan Malaysia dengan segera dan ‘bold’ terus dengan muka depan “DAP Biadap’, dan dikuti dengan pelbagai rentetan propaganda dan provokasi lagi. Saya sebagai rakyat Terengganu mahukan perkara yang sama kali ini dilakukan oleh Utusan Malaysia dalam menanggani isu 23 Adun yang biadap ini termasuk Idris Jusoh. Tajuk yang perlu keluar dimuka depan mereka sekurang-kurangnya ’23 Adun Biadap’. Mereka semua juga perlu memohon maaf seperti mana yang Saudara lakukan dahulu.
Saya amat berharap Saudara dapat memantau isu ini dengan diberi perhatian istimewa agar UMNO khasnya sedar jangan hanya pandai melihat orang lain biadap tetapi mereka sendiri boleh bersikap biadap dan bertindak sesuka hati mereka. Macamlah negara ini tiada undang-undang.
Sekian,