IT

Wimax & penipuan SMS

By Kit

November 26, 2007

1 ) Penipuan melalui kandungan SMS

Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi bertarikh 5 September 2007 di mana menteri berkenaan menyebut hanya terdapat 23 kes daripada 176 aduan orang awam yang telah melanggar Garispanduan industri pembekalan kandungan SMS, dan hanya 9 syarikat pembekal kandungan SMS tersebut dikenakan penalti secara pembayaran kompaun.

Dalam pada itu, menteri berkenaan juga berkata semua syarikat telekom selular telah diarah untuk melaksanakan satu ‘Preventive System’ untuk menbanteras kejadian penipuan yang seumpamanya — dan tarikh penamatnya (deadline) ialah 30 September.

The New Sunday Times bertarikh 4 November telah melaporkan bahawa sebanyak 712,676 pengguna telefon bimbit telah menjadi mangsa penipuan SMS sejak Januari 2006, melibatkan duit aniaya sebanyak RM377,411.60.

Kami perolehi maklumat dari sumber industri bahawa sebilangan daripada syarikat pembekal kandungan SMS yang dikenakan kompaun masih belum menjelaskan kompaun mereka setelah melebihi tiga bulan.

Malahan, kita juga diberitahu oleh sumber industri bahawa salah satu syarikat pembekal kandungan SMS yang berkali-kali melanggar Garispanduan industri — iaitu Macro Kiosk Bhd — telah dilantik oleh two syarikat telekomunikasi selular menerusi sebuah anak syarikat yang bernama Toprole Network Sdn Bhd, sebagai pembekal dan pengendali ‘Preventive System” yang Menteri berkenaan telah janjikan.

Bukankah ini satu kompromi dan konspirasi yang bertentangan dengan hasrat “Good Corporate Governance”?

Kenapa sebuah syarikat pihak ketiga yang berkali-kali melanggar tata-tertib industri di beri kepercayaan untuk mengendalikan Preventive System yang melibatkan seluruh industri pembekal kandungan SMS?

Kenapa pula pihak SKMM (MCMC) tidak mengambil tindakan lebih ketat untuk membanteras syarikat-syarikat yang dikenakan kompaun dan berdegil tidak menjelaskan kompaun tersebut buat selama ini?

Adakah menteri berkenaan betul-betul taat kepada pegangan Perdana Menteri supaya sentiasa telus?

Adakah menteri berkenaan berani mengharamkan sama sekali industri Pembekalan Kandungan SMS ini samanya sekali jika ( 1 ) Preventive System tersebut terus diberi kapada syarikat yang melanggar tata-tertib kementerian tersebut; dan ( 2 ) pihak SKMM tidak berupaya mengutik kompaunnya sendiri?

Apa maksudnya perlinduangan pengguna jika penipuan sebegini terus bermaharajalela dan perosak-perosaknya dimanjakan begitu sahaja?

2 ) WMax, 3G dan Jalur Lebar

Pada 16 Mac, 2007, dengan persetujuan menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, SKMM telah memberikan spectrum 2.3Ghz kepada 4 syarikat pilihan untuk dimulakan perkhidmatan WiMAX, iaitu:

1 ) Bizsurf (M) Sdn Bhd, 2 ) MIB Comm Sdn Bhd, 3 ) Redtone-CNX Broadband Sdn Bhd 4 )Asiaspace Dotcom Sdn Bhd.

Kini, lapan bulan sudah berlalu, tetapi keempat-empat syarikat tersebut masih belum memulakan perkhidmatan WiMAX yang dijanjikan. Habuk pun tak ada!

Bukan itu sahaja. Sebelum itu, di bulan Mac 2006, two lesen tambahan bagi perkhidmatan 3G telah diberikan kepada MiTV dan Time Dotcom, sebuah GLC. Tetapi, sehingga sekarang, kedua-dua syarikat masih lagi belum mula membekalkan perkhidmatan 3G yang dijanjikan.

Bukan terdapat syarat-syarat tertentu mengikatkan syarikat tersebut kepada jadual pelancarannya?

Apa gunanya Menteri tersebut melafaz mengenai perkembangan jalur lebar, tetapi kesemunya tidak menjadi kenyataan?

Ataupun kesemua ini hanya konspirasi Kementerian tersebut untuk melanjutkan “rent-seeking” dalam alam komunikasi dan teknologi — di mana spectrum microwave juga diguna sebagai simpanan tanah rizeab bagi kuncu-kuncu kerajaan barisan Nasional?

(Speech 2 on the Ministry of Energy, Water and Communications iduring the 2008 Budget committee stage debate in the Dewan Rakyat oo Monday, 26th January 2007)