Constitution

“Malaysia an Islamic State” – Now Pak Lah says it, in a threatening manner

By Kit

August 28, 2007

My first question for the first day of the budget Parliamentary meeting which started yesterday asked the Prime Minister whether on the occasion of 50th Merdeka anniversary, the Cabinet will reaffirm the Merdeka social contract and Malaysia Agreement that Malaysia is a secular state with Islam as the official religion but not an Islamic state.

The question was placed No. No. 24 out of 28 questions – no chance whatsoever to get answered during the 90-minute question session which saw only the first 10 questions answered.

It was a very simple and straightforward question which would have found favour and support from the first three Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein who were publicly committed to the Merdeka social contract and Malaysia Agreement that Malaysia is a secular state with Islam as the official religion but not an Islamic State.

In his written answer, the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has broken ranks with the first three Prime Ministers on this fundamental issue and has now come out into the public to give support to his deputy, Datuk Seri Najib Razak declare that Malaysia was an Islamic state – and in an unusually threatening manner which seemed to presage repressive times ahead.

This is the Q & A on Abdullah’s reply:

Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timur) minta Perdana Menteri menyatakan sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 50, adakah Kabinet akan berikrar semula kontrak sosial merdeka dan Perjanjian Malaysia bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi dan bukan sebuah negara Islam (Islamic State). Perdana Menteri – Semakin dekat kita menghampiri ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50, semakin kerap kita mendengar pihak Pembangkang mempersoalkan isu seperti kontrak sosial dan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam ataupun sekular. Walaupun telah beberapa kali penjelasan saya berikan, namun isu ini tetap dibangkitkan, sehingga menyebabkan saya membuat kesimpulan, bahawa ianya sengaja dipanjangkang untuk kepentingan politik pihak Pembangkang. Oleh itu, saya berdiri di Dewan yang mulia pada hari ini untuk menjawab isu ini dengan sejelas-jelasnya, agar isu ini tidak dipanjangkan sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk pelbagai kaum di Malaysia. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, Malaysia bukanlah sebuah negara sekular ataupun negara teokratik. Malaysia adalah sebuah negara Islam, yang ditadbir berlandaskan prinsip-prinsip Islam, dan pada masa yang sama, berpegang teguh kepada prinsip-prinsip demokrasi berparlimen yang berpandukan kepada undang-undang tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Islam yang saya maksudkan di sini dapat dilihat melalui pendekatan Islam Hadhari yang telah saya perkenalkan. Di bawah pendekatan Islam Hadhari, kerajaan memberi penekanan kepada pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, kesihatan dan fizikal. Pendekatan Islam Hadhari adalah satu panduan kepada Kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia. Pendekatan Islam Hadhari ini juga memenuhi keperluan untuk mengekalkan keharmonian di kalangan penduduk yang berbilang kaum dan berbilang agama di negara kita ini. Pemakaian pendekatan Islam Hadhari, bagaimanapun, tidak bermakna kita adalah sebuah negara teokratik. Kerajaan yang saya pimpin adalah sebuah kerajaan yang berasaskan kepada prinsip demokrasi berparlimen dan bertanggungjawab kepada Parlimen. Pada masa yang sama, Kabinet terdiri dari menteri-menteri yang beragama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain, sama-sama bermuafakat membincang dan menghasilkan dasar-dasar pembangunan negara. Kerajaan sentiasa memberi perhatian dan menjaga kepentingan rakyat, termasuk memastikan setiap seorang penganut agama bebas untuk mengamalkan ajarannya sendiri. Semua pihak mendapat bantuan daripada Kerajaan sama ada masjid, surau, kuil atau gereja. Pembangunan negara telah dilaksanakan dengan adil, tanpa menindas mana-mana kaum atau agama. Sebenarnya, inilah juga yang dimaksudkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri ketika beliau menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Cara pemerintahan sebeginilah yang telah dipakai oleh Kerajaan Malaysia selama lebih 50 tahun lamanya. Formula unik ini telahpun diuji dengan jayanya dan saya tidak nampak kenapa Kerajaan yang dibentuk seperti ini tidak boleh diteruskan pada masa hadapan. Saya juga menolak hujah bahawa ia adalah bertentangan dengan kontrak sosial yang telah dirunding sesama pemimpin kita dahulu. Kita perlu mengingati bahawa Perlembagaan Persekutuan telah berjaya digubal atas sikap tolak ansur dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga kaum terbesar di negara ini sewaktu menuntut kemerdekaan, dan ianya mengandungi artikel yang mengambil kira keperluan pelbagai kaum untuk hidup dengan aman-damai. Contohnya, walaupun agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan, penganut agama-agama lain adalah bebas mengamalkan agama masing-masing. Pemakaian prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran negara, seperti yang telah saya nyatakan tadi, tidak sesekali mengubah kontrak sosial atau asas Perlembagaan kita. Kerajaan sememangnya memberikan ruang kepada pelbagai pihak untuk bersuara. Namun amat salah sekali sekiranya ada pihak yang menyangka bahawa ruang tersebut tiada batasnya. Bukannya menjadi maksud Kerajaan untuk menyekat kebebasan menyuarakan pendapat, tetapi sebarang perbuatan atau kata-kata yang boleh membangkitkan emosi atau perasaan marah antara kaum di Malaysia sememangnya melampaui kebebasan yang dibenarkan. Kita mesti sedar bahawa terlalu banyak yang dipertaruhkan di sini — kestabilan ekonomi, politik dan sosial semuanya akan musnah sekiranya sensitiviti keagamaan atau perkauman tidak diambilkira. Oleh itu, Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan menyalahgunakan kebebasan bersuara yang telah diberikan. Sempena kita menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-50 ini, saya menyeru agar kita semua memperbaharui semangat cintakan negara dan bukannya mencari ruang untuk mempolitikkan sesuatu yang telah diterima pakai dari dahulu lagi. Kita mesti mendahulukan keperluan menyatupadukan rakyat, dan bukannya menimbulkan isu yang hanya menimbulkan ketegangan sesama kita.