Apa dah jadi dengan Negara kita?


Oleh Yunus Tasim
Free Malaysia Today
February 10, 2016

Harapkan pegar, padi dimakan semua. Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata!

Apa dah jadi dengan Negara kita?
Bila wang berbillion di katakan derma
Masuk akaun peribadi bukan satu tapi dua
Setelah sekian lama mengarang cerita
Semuanya serba tak kena
Apa lagi untuk diterima dan dipercaya
Tiba-tiba wang dipulang semula
Kepada penderma yang tak tahusiapa
Katanya Arab yang dah kaya raya
Kan lebih baik diberi kepada rakyat yang melara

Apa dah jadi dengan Negara kita?
Bila siasatan mengambil masa lama
Bukan satu agensi, tetapi tiga
Malaysia kan bukan negara Afrika
Serba maju dengan LRT dan lebuhraya kelas dunia
Dengan jargon KPI, ETP, GTP dan NKRA
Maka dengan Peguam Negara ditolaknya
Konon tidak cukup bukti untuk mendakwa
Tanda SPRM tidak cekap kerjanya?
Atau itu memang lakonan yang direka
Untuk mengabui mata rakyat jelata

Apa dah jadi dengan Negara kita?
Bila akhbar Singapura kata itu bukan derma
Tapi wang pelaburan yang tak tahu untuk apa
Anehnya RM2.03bil dipulangkan cuma
Derma? Investasi? Nampak betul bohongnya
Investasi rugi atau harta negara yang bayar selebihnya
Akaun bank Singapura dibekukan semua
Wang dari Pulau Cayman yang tinggal unit sahaja
Negara jadi terkenal kerna nista dan hina
Angkara tipu daya pemimpin durjana

Apa nak jadi dengan Negara kita?
Rasuah disanjung sebagai derma
Salah guna kuasa dibiarkan sahaja
Harapkan pegar, padi dimakan semua
Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata
Hingga tak kenal mana musang mana ayam serama
Konon membela bangsa, pengkhianat rupanya mereka
Sampai bilakah si durjana kan menipu kita?
Sehingga kita di alam baka?
Atau anak cucu merempat menjadi bangsa yang hina?

Print Friendly

  1. #1 by Bigjoe on Friday, 12 February 2016 - 6:18 am

    Apa jadi??????? Sekian Lama, masih tanya???

    UMNO, Dasar ekonomi Baru. Ketuanan Melayu, “hak” istimewa Melayu. Itulah yang jadi..

  2. #2 by good coolie on Sunday, 14 February 2016 - 4:45 pm

    Semua ini pasal main silap mata bang! Sekejap ada wang derma dalam tangan penerima; sekejap lagi baliklah wang derma pada tangan penderma. Penonton pun ghairah melihat pertunjukan silap mata ini. “Ini mesti pakai jin punya”

You must be logged in to post a comment.