300 cawangan Umno diupah bagi desak Najib undur, kata Ku Nan


The Malaysian Insider
Monday November 23, 2015

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Wujud gerakan dari dalam Umno sendiri untuk mendesak Presidennya Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, dedah setiausaha agung parti.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata gerakan “orang dalam” parti itu sedang mengumpulkan 300 cawangan bagi tujuan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.

“Kita tahu ada dalang yang berlegar dalam Umno yang ingin melihat ada percanggahan dan kekeruhan berlaku dalam parti kerana sehingga kini mereka tahu bahawa Umno adalah sebuah parti yang kukuh.

“Dalang ini merupakan orang yang kecewa dengan parti. Kita tiada masalah, Umno mempunyai 25,000 cawangan seluruh negara, walaupun 300 cawa­ngan dibayar untuk membuat ke­n­yataan sedemikian, ia langsung tidak akan menjejaskan parti.

“Tindakan cawangan parti yang telah mengeluarkan kenyataan juga tidak mengikut saluran yang betul,” Tengku Adnan, juga dipanggil Ku Nan, dipetik berkata.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapa di belakang gerakan tersusun itu.

Sementara Sinar Harian pula memetik beliau berkata 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu Perhimpunan Agung Umno, yang dijadual antara 8 hingga 12 Disember ini, dengan mendesak presiden berundur.

“Mereka ini dibayar dengan duit (untuk buat begitu). Mereka buat kecoh untuk (ganggu perjalanan) perhimpunan agung,” kata Tengku Adnan kepada harian tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata berkata beliau dapat “menghidu bau” dalang yang cuba mempergunakan pemimpin akar umbi untuk menjejaskan kepimpinan parti.

Menurut laporan portal Sinar Harian, timbalan perdana menteri berkata dalang tersebut mempergunakan ketua-ketua cawangan Umno untuk mencampuri urusan parti, termasuk mendesak Najib meletakkan jawatan.

“Kita fikir eloklah dalang berkenaan sama ada dalang yang nampak atau tidak nampak mengikut perundangan sedia ada.

“Saya tidak berhasrat untuk menghentak hati mana-mana pihak, (kerana) Umno hidup dan terus relevan, perkara ini harus dihormati oleh semua ahli dan kepimpinan Umno,” beliau dipetik berkata.

Ahmad Zahid mengulas tindakan 34 ketua cawangan Umno dari lima negeri baru-baru ini yang mendesak secara terbuka agar Najib meletak jawatan sebagai presiden.

Mohd Isa Mohd Yasin, ketua cawangan Umno Taman Port Dickson Utama, dilaporkan berkata ketua-ketua cawangan di Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah mengadakan pertemuan di Port Dickson baru-baru ini.

Beliau juga mendakwa pihaknya mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain di seluruh negara dan bercadang untuk mengadakan himpunan besar-besaran bulan depan. Lokasi perhimpunan itu bagaimanapun belum diputuskan.

Print Friendly

  1. #1 by Bigjoe on Monday, 23 November 2015 - 7:06 pm

    As opposed to what we already know the few hundred division leaders who got bought with millions?

    Obama just said our judicial system is a toilet and really playing “pot calling the kettle black” is what anyone in UMNO should be concern about??

    Not only should Najib be “haram” or non-halal going by Jakim’s standard, the entire Judiciary is confirmed to need complete revamped..

  2. #2 by boh-liao on Monday, 23 November 2015 - 10:44 pm

    Ha, HA, really Umnob kakis want AhCheatKor 2 meletakkan jawatan?

    No C latest move by China mah? – Promised 2 invest in dis 1derful land, NEW donations injecting confidence 2 AhCheatKor’s leadership

    What say Perkosa, shake butt kakis? Dis kind of cari makan OK? No LOSS of maruah meh?

You must be logged in to post a comment.