Kabinet harus tolak pendirian Rahman‎ Dahlan


– Lim Kit Siang
The Malaysian Insider
28 January 2015

Mesyuarat Kabinet hari ini patut menegur dan menolak pendirian Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) akan memburukkan lagi polarisasi kaum kerana ia bukan sahaja tidak benar, malah membuka ruang kepada penggantungan pilihan raya Dewan Negeri dan Parlimen pada masa akan datang.

Ini kali pertama dalam masa 50 tahun mana-mana menteri kerajaan Barisan Nasional mahupun Perikatan mengambil pendirian yang mengarut pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan akan mengakibatkan polarisasi kaum yang lebih buruk, atau berkemungkinan mencetuskan semula rusuhan kaum 13 Mei seperti disebut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendapat sokongan pimpinan tertinggi Umno.

Pada Mac 2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor mengutus 2 surat berasingan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya memohon supaya pilihan raya PBT dijalankan di negeri masing-masing.

Alasan mereka berbuat demikian untuk mengukuhkan demokrasi dengan memilih ahli-ahli majlis tempatan melalui pilihan raya dan bukan lantikan, yang akan menambah akauntabiliti, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu reaksi pantas menolak permintaan ini, sambil menyatakan mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan akan mengakibatkan politik di peringkat kerajaan tempatan dan tidak akan memperbaiki perkhidmatan kepada orang ramai.

Beliau berkata tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha memperbaiki perkhidmatan kepada orang ramai dan bukannya proses yang terlibat dalam memilih ahli majlis.

Tidak pernah ada yang menyebut tentang polarisasi kaum atau representasi kaum yang tidak seimbang dalam masa 50 tahun lampau sebagai sebab kenapa undi ketiga tidak boleh dikembalikan.

Kabinet bukan sahaja harus mengambil perhatian terhadap garis bahaya yang diambil Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan mengaitkan pemansuhan pilihan raya PBT dengan masalah polarisasi kaum buat kali pertama dalam masa 50 tahun, ia mesti bertindak menegur Abdul Rahman atas kenyataan tersebut dan Kabinet yang menjauhkan diri daripada kenyataan tersebut.

Hujah Abdul Rahman yang pilihan raya kerajaan tempatan akan mengakibatkan rasa tidak senang dan kurang percaya antara kaum mesti ditegur keras oleh Kabinet hari ini, kerana kerajaan tempatan bukanlah mengenai politik kaum tetapi mengenai kualiti hidup yang lebih baik untuk semua pembayar cukai dengan suasana kehidupan yang selamat, efisien dan sejahtera untuk semua tanpa mengira kaum atau agama.

Sebab kenapa pilihan raya kerajaan tempatan digantung selama 50 tahun satu rahsia terbuka, dan tidak ada kena mengena dengan akauntabiliti, kecekapan atau urus tadbir kerajaan tempatan yang baik tetapi kerana ahli politik Barisan Nasional tidak yakin dengan pilihan raya secara demokratik, walaupun wujud banyak kelemahan dalam sistem pilihan raya, mereka masih boleh memenangi kepercayaan dan mandat para pengundi supaya terpilih menganggotai majlis-majlis kerajaan tempatan.

Amat memeranjatkan apabila selepas 50 tahun penggantungan/pemansuhan pilihan raya kerajaan tempatan, isu kaum kini mula disuntik sebagai satu faktor baru kenapa undi ketiga itu tidak boleh dikembalikan.

Jika alasan tersebut boleh diterima, maka ia juga boleh dipanjangkan sehingga memansuhkan/menggantung pilihan raya Dewan Negeri dan Parlimen, dan membunuh demokrasi di Malaysia.

Menteri de facto yang bertanggungjawab ke atas perpaduan negara, Tan Sri Joseph Kurup bertindak tepat mengatakan para ekstremis yang memainkan isu kaum dan agamalah yang merupakan musuh negara nombor satu: petualang yang bertanggungjawab terhadap polarisasi kaum dan agama yang semakin buruk di negara ini.

Malangnya, dalam ucapannya di persidangan Malaysia Strategic Outlook ke-17 itu, Kurup tidak bersedia untuk menyebut nama-nama musuh negara nombor satu ini, justeru mengecilkan kesan pengakuannya mengenai golongan ekstremis ini yang “menimbulkan ketakutan di dalam masyarakat, membahayakan perpaduan yang kita bina dan cuba merampas gaya hidup masyarakat Malaysia” serta “cuba melaksanakan agenda ekstremis dan sektarian mereka dengan berselindung di sebalik agama” yang boleh “mengakibatkan ekstremisme ganas”.

Momok 13 Mei dan politik perkauman terhadap pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan tidak boleh dibenarkan timbul lagi.

Saya sesungguhnya percaya sekiranya Pakatan Rakyat tidak berkeyakinan ia boleh mencapai kejayaan besar sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan, Pakatan harus berunding semula kerana ini bukan satu petanda baik bagi agenda besar untuk memenangi Putrajaya pada PRU14 nanti.

Berdasarkan bancian 2010, daripada 148 pihak berkuasa tempatan di Malaysia (yang terdiri daripada 3 Dewan Bandaraya, sembilan Majlis Bandaraya, 37 Majlis Perbandaran dan 99 Majlis Daerah), hanya dua atau tiga peratus daripadanya mempunyai majoriti Cina, iaitu Sibu (Cina 63.4%, Melayu/Bumiputera 35.7%, India 0.4% dan lain-lain 0.5%); Kuching Selatan (Cina 62.5%, Melayu/Bumiputera 36.4%, India 0.6% dan lain-lain 0.5%) dan Pulau Pinang (Cina 56.4%, Melayu 33.7%, India 9.5% dan lain-lain 0.4%).

Pihak berkuasa tempatan dengan majoriti Melayu melebihi 50% populasi adalah pada kadar 89.2% atau 132 daripada 148 PBT, dengan baki 13 lagi dengan kaum bercampur-campur, yang tujuh daripadanya dominan Cina dan enam lagi dominan Melayu.

Biro Pilihan raya Pakatan Rakyat patut mengadakan kajian tentang berapa banyak daripada 148 PBT ini yang boleh dimenangi Pakatan sekiranya ada pilihan raya kerajaan tempatan.

Sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, bolehkah Pakatan Rakyat mendapat majoriti besar dalam PBT di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah?

Terdapat 12 PBT di Kelantan dengan populasi Melayu terendah sebanyak 92% di Kuala Krai sehinggalah yang tertinggi 97% di Dabong.

Terengganu pula memiliki tujuh PBT, populasi Melayu paling rendah seramai 95.% di Kemaman, dan yang paling tinggi, 99.7% di Setiu.

Pahang mempunyai lapan PBT. Selain Cameron Highlands yang mempunyai komposisi kaum bercampur-campur dengan Cina 42.8%, Melayu 33.7%, India 22.8% dan lain-lain 0.6%, populasi Melayu di tujuh lagi PBT berbeza-beza dari 57.3% di Bentong, 63.1% di Raub, 67.2% di Bera, 75.7% di Temerloh, 78.5% di Kuantan, 84.7% di Jerantut, 85.3% di Lipis, 95.7% di Maran, 95.8% di Rompin dan 96.9% di Pekan.

Bagi Kedah, 11 buah PBT mempunyai populasi Melayu seramai 63.6% di Kulim, 66.2% di Sungai petani, 76.9% di Alor Setar, 82.1% di Bandar Baru, 88.3% di Kubang Pasu, 89.7% di Pendang, 90.9% di Baling, 92.5% di Padang Terap, 92.6% di Langkawi, 92.8% di Sik dan 93.2% di Yan.

Biro Pilihan raya Pakatan Rakyat mesti mengkaji sama ada Pakatan Rakyat boleh menang majoriti 41 PBT di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah di mana PBT dengan lebih 70% Melayu adalah 92% daripada jumlah PBT, manakala PBT dengan populasi lebih 90% Melayu adalah 67% daripada jumlah PBT.

Semua parti politik dan rakyat Malaysia wajar memberi perhatian terhadap deklarasi ke arah demokrasi dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Athi Nahappan pada tahun 1968 mengenai pihak berkuasa tempatan yang mencadangkan supaya pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan:

“Ahli majlis yang dilantik tidak boleh menyuarakan kepentingan pembayar cukai secara efektif kerana mereka tidak melapor kepada pembayar cukai. Lantikan bukan gantian sebenar kepada perwakilan melalui pilihan raya. Pelantikan adalah tinggalan kolonial, dan bertentangan dengan ide demokrasi.” (Athi Nahappan 1968:99)

Isu-isu yang dipertaruhkan dalam mengembalikan ketiga adalah demokrasi, akauntabiliti dan urustadbir yang baik, dan tidak ada kena mengena dengan kaum. – 28 Januari, 2015.

  1. #1 by Bigjoe on Thursday, 29 January 2015 - 9:32 am

    The issue really is will PAS keep falling for the fallacy of Rahman Dahlan as excuse to continue its path of UMNO-like behaviour of deceit and burnishing the truth?

    We now have leaders in PAS re-interpreting the facts of issues of local elections even their own actions just the way that UMNO has done for decades since the 1969.. Its clear the lines of corrupted souls in UMNO and PAS is not so clear anymore – to the extent its clear they are ignoring facts that exposes their lies and insist on holding on their already broken story, believing the lies is not clear and so they are entitled. Its the same delusion of UMNO’s entitlement and abuse of power..

You must be logged in to post a comment.