Keutamaan bagi Pakatan Rakyat ialah untuk membentuk majlis strategik peringkat tertinggi untuk menyusun rancangan menawan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang


Tahniah diucapkan kepada pimpinan dan perwakilan PAS atas kejayaan melaksanakan Muktamar ke-59 di peringkat kebangsaan, pemuda, dan wanita dengan lancar sehingga menggagalkan usaha para penyusun konspirasi Umno yang telah bekerja lebih masa menerusi media sosial di ruang siber untuk mewujudkan perseteruan dan perpecahan dalam PAS dan untuk menghancurkan kesatuan matlamat Pakatan Rakyat. Muktamar yang baru berlangsung itu memberi harapan kepada majoriti rakyat Malaysia yang percaya bahawa politik dua pakatan di Malaysia masih hidup dan bertenaga.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyedarkan semua orang apabila beliau menyebut dalam ucapan penggulungannya bagi Muktamar ke-59 itu bahawa PAS tidak akan berkembang ke luar pantai timur semenanjung jika parti itu tidak menyertai Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.

Kata Sabu:

“Kalau PAS berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (utara Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).

“Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan Insya Allah sampai ke Johor.”

Pada tahun 1999, PAS mendapat faedah besar daripada kemarahan orang terhadap BN berikutan krisis politik dan ekonomi 1998 sehingga ia memenangi 27 kerusi parlimen dan 98 kerusi DUN, menjadikannya parti pembangkang terbesar.

Bagaimanapun, 93% dan 86% kerusi parlimen dan negeri yang dimenangi PAS ialah di negeri “Utara”, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pada tahun 2004, berikutan “Tsunami” Pak Lah, PAS hanya berjaya memenangi 6 kerusi parlimen dan 33 kerusi negeri (100% kerusi parlimen dan 94% kerusi negeri di negeri-negeri utara).

Tahun 2008 menandakan anjakan besar sokongan terhadap PAS dari negeri-negeri di luar negeri utara. PAS menang 23 kerusi parlimen dan 83 kerusi negeri, hanya 70% kerusi parlimen dan 76% kerusi negeri di keempat-empat negeri utara.

Pada tahun 2013, PAS kerusi parlimen yang dimenangi PAS kurang dua (21 kerusi) berbanding pada pilihanraya 2008 (23 kerusi), tetapi parti itu berjaya menambah dua lagi kerusi negeri (85 kerusi) berbanding sebelum itu (83). Kali ini, hanya 67% kerusi parlimen dan 66% kerusi negeri adalah di keempat-empat negeri utara (lihat Jadual 1 di bawah).

Jadual 1: Taburan kerusi Parlimen dan Negeri PAS (1999 – 2013)

Negeri 1999 2004 2008 2013
Parl. State Parl. DUN Parl. DUN Parl. DUN
Perlis 0 3 0 1 0 1 0 1
Kedah

8 12 1 4 6 16 1 9
Kelantan 10 41 5 24 9 38 9 32
Terengganu 7 28 0 4 1 8 4 14
Penang 0 1 0 1 0 1 0 1
Perak 2 3 0 0 2 6 2 5
Pahang 0 6 0 0 0 2 1 3
Selangor 0 4 0 0 4 8 4 15
KL 0 NA 0 NA 1 NA 0 NA
Negeri Sembilan 0 0 0 0 0 1 0 0
Melaka 0 0 0 0 0 0 0 1
Johor 0 0 0 1 0 2 0 4
P.Msia 27 98 6 35 23 83 21 85
Perlis, Kedah, K’tan & T’gganu 25 84 6 33 16 63 14 56
Lain-lain 2 14 0 2 7 20 7 29
di Utara % 92.6% 85.7% 100.0% 94.3% 69.6% 75.9% 66.7% 65.9%
Lain-lain % 7.4% 14.3% 0.0% 5.7% 30.4% 24.1% 33.3% 34.1%

Dengan menganggotai Pakatan, PAS telah berjaya melangkah melampaui empat negeri terasnya.

Kegagalan PAS di Kedah pada tahun 2013 tidak boleh dikaitkan dengan penyertaan PAS dalam Pakatan, sebaliknya kerana faktor dalaman. Penjelasan yang sama boleh dikemukakan untuk memahami kemerosotan sokongan terhadap PAS di Kelantan.

Jika sokongan terhadap PAS di negeri-negeri utama Melayu terjejas kerana keanggotaannya dalam Pakatan, sudah tentu pencapaiannya di Terengganu tidak akan meningkat.

Jelas bahawa pertambahan penduduk secara pesat di Semenanjung Malaysia akan berlaku di Selangor, KL dan Johor. Di negeri-negeri inilah kita akan melihat adanya peningkatan jumlah kerusi (parlimen dan negeri). Kebanyakan kerusi baru ini dari segi kaum adalah kerusi ‘campuran’.

Jika PAS hendak terus berkembang di luar 4 negeri utara, ia perlu bekerjasama dalam konteks Pakatan untuk meningkatkan sokongan Melayu dan juga bukan-Melayu. Di negeri-negeri utara, PAS perlu memperkukuhkan diri dan Pakatan di peringkat dalaman.

Satu lagi cara untuk meneliti prestasi PAS berdasarkan negeri ialah dengan menganalisa peratusan undi yang diraih PAS di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS di setiap negeri.

Maklumat berkenaan boleh dilihat dalam Jadual 2 di bawah.

Sokongan terhadap PAS di Kelantan dan Terengganu mencapai tahap tertinggi pada tahun 1999 (iaitu masing-masing 60.5% dan 58.7%). Sokongan terhadap PAS di Kedah mencapai tahap tertinggi pada tahun 2008 apabila ia meraih 50.6% undi di kerusi-kerusi yang ditandinginya. Pada tahun 2013, walaupun sokongan terhadap PAS merosot di Kedah, Kelantan, dan Terengganu berbanding tahun 1999, peratusan undi yang didapatinya masih jauh lebih tinggi daripada yang didapati pada tahun 2004.

Pada masa yang sama, sokongan terhadap PAS di luar 4 negeri utara telah meningkat dengan banyak sejak tahun 1999, khususnya di Pulau Pinang (peningkatan sebanyak 16.8%), Selangor (peningkatan sebanyak 11.0%), Negeri Sembilan (5.1%) dan Johor (7.2%). Ini menunjukkan bahawa keanggotaan PAS dalam Pakatan telah menguntungkannya di ketiga-tiga buah negeri.

Jadual 2: % undi dimenangi PAS di kerusi parlimen yang ditandingi PAS (1999 hingga 2013)

Negeri Parlimen (As a % of Votes in PAS Seats) Perbezaan 1999 hingga 2013 Perbezaan 2004 hingga 2013
1999 2004 2008 2013
Perlis 44.5% 35.6% 44.5% 44.7% 0.2% 9.1%
Kedah 48.4% 42.1% 50.6% 46.4% -1.9% 4.4%
Kelantan 60.5% 47.2% 55.1% 54.4% -6.2% 7.2%
Terengganu 58.7% 44.2% 44.9% 48.9% -9.8% 4.7%
Penang 30.0% 28.2% 38.4% 46.8% 16.8% 18.6%
Perak 44.3% 35.0% 48.1% 43.6% -0.7% 8.6%
Pahang 44.0% 32.6% 39.7% 42.1% -1.9% 9.5%
Selangor 43.3% 32.6% 51.9% 54.3% 11.0% 21.7%
WPKL 47.5% 27.3% 48.7% 44.3% -3.2% 17.1%
Melaka 34.0% 21.4% 29.4% 28.9% -5.1% 7.5%
Negeri Sembilan 34.4% 23.0% 30.8% 39.5% 5.1% 16.4%
Johor 28.1% 17.6% 28.8% 35.2% 7.2% 17.6%
Semj. Msia 47.5% 34.4% 45.3% 47.3% -0.2% 12.9%

Keanggotaan PAS dalam Pakatan jelas telah membantu parti itu memenangi dua kerusi parlimen baru pada tahun 2013, kerusi yang tidak mungkin dimenanginya tanpa sokongan Pakatan.

Di Temerloh, kerusi parlimen yang mempunyai 63% pengundi Melayu, 26% Cina, dan 9% India, PAS telah menang dengan majoriti 1070 undi berkat sokongan kuat daripada 35% pengundi bukan-Melayu dalam kawasan tersebut.

Di Sepang, kerusi yang mempunyai 59% Melayu, 23% Cina, 18% India, PAS menang dengan majoriti 1142 undi menentang seorang bekas menteri UMNO dengan sokongan kuat 41% pengundi bukan-Melayu dalam kawasan tersebut.

Jika PAS hendak merebut kembali kerusi Sungai Besar (34% bukan-Melayu), Kuala Selangor (36% bukan-Melayu) dan Titiwangsa (32% bukan-Melayu) yang dipegangnya dulu, ia mesti memanfaatkan kekuatan jenama dan kerjasama Pakatan.

Bukan hanya PAS mendapat faedah daripada kerjasama dalam Pakatan Rakyat kerana hal yang sama juga boleh disebutkan untuk DAP dan PKR.

Tidak diragui lagi bahawa dengan membentuk pakatan, setiap satu daripada ketiga-tiga parti DAP, PKR, dan PAS berjaya merebut lebih banyak kerusi parlimen dan negeri berbanding jika setiap parti ini bertanding secara bersendirian, dan dengan kerjasama itu juga mereka mampu meningkatkan jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi di seluruh negara.

Perkara terpenting bagi Pakatan Rakyat kini ialah untuk membentuk majlis strategik peringkat tertinggi untuk menyusun rancangan merampas kerajaan pusat dan menawan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang, selain mencatat keputusan terbaik untuk PR di setiap negeri.

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.