Dr Dzul: Sokongan Melayu kepada DAP meningkat, PKR, PAS menurun


Oleh Mohd Farhan Darwis
The Malaysian Insider
November 24, 2013

PKR menerima penurunan tertinggi sokongan masyarakat Melayu.PKR menerima penurunan tertinggi sokongan masyarakat Melayu.Sokongan masyarakat Melayu kepada DAP ketika Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) meningkat, namun sokongan etnik berkenaan terhadap rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain mengalami penurunan, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu ketika membentangkan dapatan itu di Muktamar Tahunan PAS ke-59 PAS berkata, PKR menerima penurunan tertinggi sokongan masyarakat Melayu, iaitu sebanyak 7%, dan sokongan Melayu terhadap PAS turut menurun 2%.

DAP bagaimanapun menerima peningkatan sokongan sebanyak 2%.

“Bagaimanapun, sokongan masyarakat Melayu terhadap PAS meningkat di Terengganu dan Johor,” kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Justeru, PAS jelasnya perlu memberikan penekanan terhadap meningkatkan sokongan kumpulan anak muda daripada komuniti majoriti di negara ini kerana mereka akan menjadi penentu dalam PRU14.

Perwakilan PAS dari Kedah, Mohd Nasir Zakaria turut membangkitkan perkara sama dalam perbahasan ucapan dasar Presiden dan menegaskan perkara itu berlaku disebabkan PAS gagal dilihat membela institusi raja, tidak membela rakyat dan tiada tokoh masyarakat.

Berbanding Umno jelasnya yang memiliki lima ciri berkenaan berbanding PAS yang dilihat mempunyai integriti dan Islam sahaja.

Malah, beliau turut memberi ingatan, sekiranya perkara itu, dan masalah dalaman parti tidak diselesaikan, prestasi PAS akan lebih teruk dalam PRU14. – 24 November, 2013.

  1. #1 by Bigjoe on Tuesday, 26 November 2013 - 10:19 am

    Both PAS 2% drop and PKR 7% drop COULD HAVE BEEN FILLED BY NIK AZIZ if he had been able to campaign alongside everyone else.

    Anwar and PAS took it for granted they could make it up themselves. They clearly could not. We are paying a huge price for the assumption.

    Now Anwar is on his last leg and will not be as potent as before. DAP will not suffer greatly even if LKS and Karpal does not run again next GE. Without Nik Aziz and PKR transition only starting. PAS need their Rafizi, their Nurul Izzah, Fauziah Salleh etc and IN THEIR OWN HEARTLAND of Kelantan, Kedah. Terengganu, Pahang and Johor..

You must be logged in to post a comment.