Pihak berkuasa berkenaan di JB tidak sepatutnya berdiam diri tetapi sebaliknya perlu memanfaatkan kontroversi mural “jenayah Tinggi Zachas untuk melancarkan inisiatif baru bagi menghapuskan reputasi JB sebagai pusat jenayah negara


Sesuatu yang menyedihkan dan tragis apabila “kreativiti luar biasa” digunakan untuk menghilangkan sengat mural “jenayah tinggi” yang dibuat oleh seniman jalanan kelahiran Lithuania Ernest Zacharevic di Johor Bahru sedangkan tiada tanda-tanda pihak berkuasa berkenaan – Majlis Bandaraya Johor Bahru, Polis dan Kerajaan Negeri Johor – mula mengambil langkah untuk memanfaatkan peningkatan kesedaran orang awam sejak seminggu lalu tentang kadar jenayah yang amat tinggi di JB bagi melancarkan inisiatif baru untuk menghapuskan reputasi bandar itu sebagai pusat jenayah negara.

Dua seniman tempatan telah berhempas-pulas sepanjang malam untuk menambah imej seorang pegawai polis Lego yang memegang sepasang gari ke atas mural kontroversial itu – menampilkan seorang lelaki Lego memakai topeng sambil memegang pisau, menunggu untuk merompak seorang wanita Lego yang sedang menjinjit beg “Chanel”. Zacharevic menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan penambahan tersebut apabila beliau mengulas menerusi Facebook tentang penambahan tersebut sebagai “vandalisme sebenar”.

Urutan keutamaan pihak berkuasa sama sekali salah apabila ia menyalurkan tenaga mencari jalan untuk menghilangkan “sengat” mural “jenayah tinggi” Zachas di JB dengan pelbagai idea kreatif bagi membolehkan mural yang “menghina” itu terus boleh dilihat di JB, sedangkan yang paling kita harapkan ialah agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang bermakna dan berkesan untuk memastikan JB menjadi bandaraya rendah kadar jenayah dan selamat untuk penduduknya, pelawat dan pelabur.

Pihak berkuasa berkenaan di JB – Majlis Bandaraya Johor Bahru, Polis dan Kerajaan Negeri Johor – tidak sepatutnya berdiam diri tetapi sebaliknya perlu memanfaatkan kontroversi mural “jenayah Tinggi Zachas untuk melancarkan inisiatif baru bagi menghapuskan reputasi JB sebagai pusat jenayah negara.

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.