Mural “jenayah tinggi” Zachas patut dikekalkan sebagai cabaran untuk pihak berkuasa menjadikan JB bandar rendah jenayah dan sebagai testimoni bahawa kadar jenayah yang tinggi di JB “hanya tinggal dalam lipatan sejarah”


Sejak beberapa hari lalu, pihak berkuasa di Johor Bahru, termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru, Polis, dan kerajaan negeri Johor terganggu dengan salah satu dari tiga mural yang dibuat oleh seniman jalanan bertaraf antarabangsa kelahiran Ernest Zacharevic yang menonjolkan isu kadar jenayah yang tinggi dalam bandaraya tersebut.

Bandaraya Johor Bahru dan penduduknya akan meraih faedah lebih besar jika tenaga yang mereka gunakan untuk berdebat tentang apa yang perlu dilakukan terhadap mural jenayah tinggi di JB disalurkan ke arah mengurangkan kadar jenayah dalam ibu bandar Johor itu.

Mural “jenayah tinggi” Zachas tidak perlu dihapuskan, sebaliknya ia patut dikekalkan sebagai cabaran untuk pihak berkuasa menjadikan JB bandar rendah jenayah dan sebagai testimoni bahawa kadar jenayah yang tinggi di JB “hanya tinggal dalam lipatan sejarah”.

Satu-satunya cara untuk menghilangkan ‘sengatan’ mural jenayah tinggi Zachas itu ialah dengan menghapuskan reputasi JB sebagai pusat jenayah negara sehingga mural Zachas itu boleh dianggap sebagai tanda kejayaan transformasi Johor Bahru menjadi sebuah bandaraya selamat.

Gambaran yang terdapat pada mural Zachas tidak akan menyengat jika kadar jenayah di bandaraya itu tidak tinggi.

Mural Zachas menonjolkan keadaan sebenar yang tidak menyenangkan dan mencerminkan keadaan semasa yag menyedihkan tentang kadar jenayah yang tinggi di bandaraya itu.

Apakah pihak berkuasa berkenaan mampu untuk menanggapi komentar tentang kadar jenayah yang tinggi itu sebagai satu cabaran dan inspirasi untuk menggembeleng usaha semua pihak, dengan sokongan penduduk Johor Bahru, untuk menurunkan kadar jenayah JB dan sebagai bahawa kadar jenayah yang tinggi di JB “hanya tinggal dalam lipatan sejarah”.

Langkah tersebut akan menjadi respons yang lebih kreatif dan positif terhadap mural “jenayah tinggi” Zachas dan akan membuatkan Johor Bahru lebih terkenal berbanding jika ia mengekalkan dua rekod – pertama, mural “jenayah tinggi” Zachas dan, kedua, mural yang dipadamkan oleh pihak berkuasa dalam keadaan kadar jenayah masih tinggi atau meningkat lebih tinggi sehingga menghantui penduduk.

Rakyat Malaysia yang waras akan bersetuju dengan Zacharevic – “Seni tidak mencemarkan citra sesebuah kota, yang mencemarkannya adalah jenayah.”

Semoga mural ini diterima sebagai cabaran oleh pihak berkuasa berkenaan, termasuk Menteri Besar Johor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Polis Johor, Datuk Bandar JB, dan ahli-ahli majlis kerajaan tempatan JB untuk mereka bangkit dan menggunakan mural itu untuk mengubah JB menjadi sebuah bandaraya rendah kadar jenayah demi kepentingan penduduk, pelancong dan pelabur.

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.