Archive for October 29th, 2013

Happy Deepavali

by Allan CF Goh

This day Hindus celebrate
The holy festival of light,
So as to commemorate
The victory of right over might.

This day the lamp’s waving flame
Welcomes the Goddess Lakshimi
To bring blessings, without blame,
To all the faithfuls, every me. Read the rest of this entry »

4 Comments

Liow Tiong Lain hanya berminat untuk bersaing dengan Chua Soi Lek bagi mendapatkan undi perwakilan MCA dari kalangan penyokong Liong Sik bukannya untuk membentuk budaya politik baru yang berintegriti dan anti-korupsi

Sama ada Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak faham bahasa yang mudah dan nyata atau beliau sengaja berpura-pura tidak faham kerana ada muslihat politik tertentu.

Apa muslihat politik berkenaan? Apa lagi kalau bukan untuk bersaing dengan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek bagi mendapatkan undi perwakilan MCA dari kalangan penyokong Tun Dr. Ling Liong Sik dalam pemilihan parti MCA bulan Disember nanti dan bukannya untuk membentuk budaya politik baru yang berintegriti dan anti-korupsi.
Saya tidak rasa kenyataan saya yang berjudul “Dua mesej Belanjawan 2014 – Malaysia terus menjadi negara yang “mempunyai jenayah besar, tetapi tiada penjenayah” dan para menteri pula kebal daripada tindakan undang-undang walaupun cuai dalam tugas” berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Liong Sik daripada tuduhan menipu kerajaan dalam skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang melibatkan berbilion-bilion ringgit itu adalah kenyataan yang rumit dan sukar untuk difahami sehingga membingungkan Tiong Lai.

Seperti yang saya sebutkan dalam kenyataan itu, “Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu membawa dua mesej yang memberi kesan langsung terhadap Belanjawan 2014, Rancangan Transformasi Nasional Najib dan arah tuju negara dan ekonomi Malaysia di masa depan,” iaitu:

  • Malaysia terus menjadi negara yang “mempunyai jenayah besar, tetapi tiada penjenayah”, di mana rakyat Malaysia menjadi mangsa korupsi dan skandal raksasa dalam keadaan kerajaan dan agensi pencegahan rasuah, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tidak mampu berbuat apa-apa untuk memerangi korupsi yang melibatkan “jerung” dan bukan hanya “ikan bilis”; dan

  • Menteri kabinet kini kebal daripada hukuman jika mereka cuai dalam menjalankan tugas rasmi, termasuk tugasan di peringkat kabinet.

Saya percaya jika 2,400 perwakilan MCA diberikan peluang untuk menyatakan pandangan secara rahsia, sebahagian besar mereka akan bersetuju dengan dua kesimpulan yang saya kemukakan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Belanjawan 2014 itu.
Read the rest of this entry »

1 Comment