Berapakan jumlah nilai ekuiti yang diperuntukkan untuk Bumiputera, nilai yang masih dalam pegangan dan bagaimana boleh membantu rakyat Bumiputera biasa?


PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

TUAN LIM KIT SIANG minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah nilai ekuiti yang diperuntukkan untuk Bumiputera setakat hari ini, nilai yang masih tinggal dalam tangan Bumiputera, dan bagaimana program sedemikian boleh membantu rakyat Bumiputera biasa.

JAWAPAN: YB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID OMAR. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah menggunakan beberapa pendekatan untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera. Antara lain, termasuk peruntukan saham khas kepada Bumiputera bagi syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia, lanya dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Ringkasan penyertaan Bumiputera dalam pasaran saham melalui peruntukan saham khas ini adalah seperti dalam jadual di bawah:

TAHUN JUMLAH TAWARAN SAHAM KHAS (UNIT) NILAI (RM) TAWARAN KESELURUHAN IPO (UNIT) PERATUSAN TAWARAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA (%)
2013* 1,204,717,700 2,324,592,915 17,146,814,329 7.0
2012 1,552,878,400 5,127,533,410 7,537,722,900 20.6
2011 826,612,300 1,913,479,398 5,640,376,813 14.7
2010 1,505,157,900 5,918,993,850 7,892,390,280 19.1

*sehingga September 2013

Di samping itu, terdapat juga Skim Amanah Saham yang dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang telah berjaya meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera dalam pasaran modal. Sehingga 31 Disember 2012, pegangan pelaburan Bumiputera di bawah Skim Amanah Bumiputera bernilai RM110.3 bilion. PNB turut menawarkan unit pelaburan kepada rakyat Malaysia melalui beberapa skim seperti Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Iain-lain.

Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pasaran modal adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Ianya turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antara lain, premium harga saham yang dimiliki, prestasi pelaburan syarikat, kadar pulangan dividen dan spekulasi pasaran. Justeru, jumlah pegangan dan nilai ekuiti yang terus dimiliki Bumiputera adalah sentiasa berubah mengikut keadaan pasaran semasa.

Sehubungan itu, dari segi pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, sehingga tahun 2011, ianya telah mencapai 23.5%. Dari segi nilai tara, pemilikan ekuiti Bumiputera menunjukkan peningkatan yang ketara, iaitu daripada RM20.8 bilion pada tahun 1990 kepada RM211.5 bilion pada tahun 2011.

Walau bagaimanapun, Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkat dan mengekalkan pemilikan ekuiti dan penguasaan berkesan Bumiputera supaya sasaran sekurang-kurangnya 30% pemilikan ekuiti Bumiputera dapat dicapai menjelang tahun 2020.

Melalui pemilikan dan penguasaan berkesan ekuiti korporat, Bumiputera mempunyai kuasa menentukan hala tuju korporat dan memberi impak positif kepada kedudukan ekonomi Bumiputera. Ini dicapai melalui kesan spill-over dan trickle-down seperti menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan, terutamanya pekerjaan di peringkat pengurusan tertinggi kepada tenaga kerja Bumiputera. Selain itu, perkongsian pintar sesama Bumiputera dapat dilaksanakan bagi memantapkan operasi dan seterusnya menguasai sepanjang rantaian nilai ekonomi, terutama bagi sektor yang berdaya maju dan berpotensi. Masyarakat Bumiputera yang melabur juga mendapat peluang secara langsung dan tidak langsung melalui pulangan dividen daripada pegangan saham yang dimiliki.

Sekian, terima kasih.

  1. #1 by cinaindiamelayubersatu on Thursday, 24 October 2013 - 5:27 pm

    PNB sama sama melaksanakan ASB,ASM,ASW2020,AS1M,ASN dan lain lain. Tapi pulangan ASB,ASN yang kuota 100% bumi saban tahun lebih tinggi dari yang bukan bumi boleh labur! Apahal? 1malaysia? 2malaysia? 3malaysia ?

  2. #2 by Godfather on Thursday, 24 October 2013 - 7:48 pm

    How much is diam diam Daim worth ?

  3. #3 by Godfather on Thursday, 24 October 2013 - 7:51 pm

    Nor Yakcop’s kid and Najib’s kid taking over control of listed companies. JJ’s kid winning multi million ringgit contracts. Nazri’s son bought a 7.2 million mansion. Shahreezat’s kids on the board of the cow corporation and drawing fat salaries.

    Do these family holdings count as bumi equity ?

You must be logged in to post a comment.