Pengiraan Detik 37 Hari ke PRU13 – Untuk dua tahun berturut-turut, tiada satu pun universiti Malaysia yang berada di kedudukan 400 teratas dalam Times Higher Education World University Rankings 2012-2013


Ini merupakan satu lagi tamparan hebat buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang ditunggu sekian lama kerana ia menonjolkan kegagalan agenda transformasi negara Najib untuk memulihkan perpaduan negara, mencapai kecemerlangan dan mendapatkan semula daya saing antarabangsa melalui pelbagai usaha seperti program “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Program Transformasi Kerajaan (GTP) berserta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan mewujudkan banyak akronim yang tidak mungkin dapat diingat melalui pendekatan pembaharuan dengan aksara mengelirukan.

Di dalam keluaran terbaru Times Higher Education (THE) World University Rankings 2012-2013 semalam, untuk dua tahun berturut-turut, tiada satu pun universiti Malaysia termasuk di dalam kedudukan 400 Universiti Teratas Dunia.

THE World University Rankings 2012-2013 amat menyedihkan tetapi amaran yang baik kepada rakyat Malaysia berkenaan kegagalan empat tahun program transformasi Najib, dengan Malaysia dikecualikan terus daripada fenomena Asia-Pasifik yang ditunjukkan THE World University Rankings 2012-2013 berkenaan “kebangkitan Universiti Asia-Pasifik”.

Seperti yang Phil Baty, editor THE World University Ranking komen:

“Keseimbangan kuasa sedang berganjak. Universiti ternama dari seluruh rantau Asia-Pasifik telah menampakkan kemajuan ketara dalam kedudukan mereka di dalam Times Higher Education World University Rankings 2012-2013, mendapat tempat di antara kuasa tradusional US dan UK.

“Pada jadual 2012-2013, institusi teratas di China, Singapura, Republik Korea dan Taiwan telah meningkat kedudukan mereka. Jiran Asia Pasifik, Australia, juga melalui tahun yang hebat, berbeza dengan US dan UK: majoriti wakil Anglo-Amerika di dalam 200 teratas, sekalipun masih dominan dari segi bilangan, telah semakin hilang tempat.”

“Kebangkitan Universiti Asia-Pasifik” di dalam pendidikan tinggi dijelaskan seperti berikut:

  • Kemajuan ketara bagi Australia dan New Zealand. Institusi nombor satu Australia, University of Melbourne, telah melompat daripada kedudukan ke-37 tahun lepas kepada 30 teratas, di tempat ke-28. Australia mendapat tambahan dalam 200 universiti teratas, dengan University of Adelaide memasuki senarai 200 teratas pada tempat ke-176. Berkenaan tujuh wakil 200 teratas Australia, enam memperbaiki kedudukan mereka. Lapan belas universiti Australia tersenarai di dalam 400 Universiti teratas.
  • 200 institusi teratas China kedua-duanya bangkit, dengan Universiti Peking meningkat dari tempat ke-49 hingga ke-46 dan Tsinghua melompat 19 tempat dari tempat ke-71 hingga ke-52. Universiti yang diperuntukan oleh pihak berkuasa China untuk perkara hebat semakin maju: Universiti Fudan dan Universiti Shanghai Jiao Tong kedua-duanya semakin hampir ke tempat 200 teratas sementara Nanjing kekal pada kedudukan 250-257.
  • Dua institusi 200 teratas Singapura memperlihatkan kejayaan mengkagumkan. National University of Singapore naik dari tempat ke-40 hingga ke-29 dan Nanyang Technological University meningkat naik dari tempat ke-169 hingga ke-86.
  • Setiap institusi Korea Selatan meningkat, dengan peningkatan paling mengkagumkan oleh Seoul National University, yang meningkat dari tempat ke-124 hingga ke-59. Negara itu juga mendapat wakil baru di dalam kedudukan 200 teratas – Universiti Yonsei, di kedudukan 183.
  • Institusi perdana Taiwan dan satu-satunya wakil di dalam kedudukan 200 teratas, National Taiwan University, naik daripada tempat ke-154 kepada 134, sementara institusi Hong Kong kekal akan meningkat.
  • Thailand diwakili oleh Universiti King Monghut di dalam 400 universiti teratas di dalam lingkungan 351-400.

Sejumlah 81 Universiti Asia Pasifik berjaya masuk di dalam THE 400 Top World University Ranking, tetapi tiada satu pun dari Malaysia, dan kita masih mempunyai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru-baru ini mendakwa Malaysia mempunyai sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia – lebih baik daripada Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.

Sekiranya Malaysia mahu berpeluang untuk menjadi sebahagian Kebangkitan Universiti Asia-Pasifik dan dikenali di peringkat antarabangsa bukan saja mempunyai universiti di dalam kedudukan 400 teratas malah di dalam 100 teratas, keseluruhan sistem perlu dibaikpulih, bermula dari sekolah rendah, menengah sehingga tahap universiti.

Ini hanya dapat tercapai sekiranya ada permulaan baru memperbaharui negara dengan mengubah Kerajaan Persekutuan di Malaysia – dalam PRU13 yang julung kali sepanjang tempoh 56 tahun.

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.