Pengiraan Detik 45 Hari ke-PRU13 – Cadangan untuk tambahan 10 poin kepada Ikrar Integriti Pilihan Raya TI bagi memastikan mereka yang menurunkan tandatangan menandatangani dokumen yang bermakna dalam mewujudkan era baru integriti


Agak menghiburkan melihat pemimpin UMNO/Barisan Nasional cuba membesar-besarkan kenyataan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang menyuarakan keraguan terhadap autoriti, kewibawaan dan keabsahan Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah menandatangani ikar itu.

Ini kerana Najib perlu memikul tanggungjawab penuh terhadap menjunamnnya Malaysia ke kedudukan paling rendah Indeks Persepsi Rasuah tahunan TI sejak 18 tahun lalu.

Sejurus selepas kenyataan Najib di Kuching pada Jumaat bahawa pemimpin Pakatan Rakyat sepatutnya mendatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI sekiranya mereka beriltizam dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz segera mengikuti, secara dramatiknya menyatakan semalam bahawa “Apabila tiba masanya, saya akan tandatangan untuk menegaskan bahawa saya tidak terlibat di dalam rasuah, jenayah dan tiada berhutang dengan kerajaan”.

Terima kasih banyak-banyak kepada Nazri, dia telah mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Najib telah gagal untuk membuat penegasan sedemikian apabila menandatangi Ikrar Integriti Pilihan Raya TI pada Rabu bahawa beliau tidak terlibat di dalam rasuah, jenayah dan tidak sebarang hutang dengan kerajaan!

Adakah Najib akan mengadakan majlis menandatangan semula Ikrar Integriti Pilihan Raya TI supaya beliau boleh secara tegas membuat pengisytiharan seperti itu, atau ia disebabkan seperti yang disebut Nazri, beliau “takut dan menyembunyikan sesuatu”?

Saya tidak rasa Nazri atau mana-mana pemimpin UMNO/BN, termasuklah dua mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah berani untuk menentang kenyataan bahawa daripada kenam-enam Perdana Menteri negara ini sepanjang 56 tahun, Najib sebagai Perdana Menteri diburu dan dihantui oleh pelbagai dakwaan besar rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa – termasuklah dakwaan terlibat dengan pembunuhan!

Kini, banyak lagi dakwaan rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa sedang menunggu untuk didedahkan terutamanya oleh penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan pengedar permaidani Deepak Jaikishan.

Nazri amat silap apabila mengatakan bahawa “hanya orang yang takut saja tidak berani tandatangan dan memberikan pelbagai alasan untuk tidak menandatanganinya”.

Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah pun menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI sebelum Najib dan saya tidaka da masalah dengan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI.

Bagaimanapun, saya mula ragu-ragu selepas Najib menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI, yang mengingatkan saya kepada cerita Martin Luther, bapa kepada gerakan Reformasi yang memberontak menentang Gereja Roman Katolik berhubung penjualan pengampunan daripada dosa.

Apakah kita di Malaysia sudah sampai ke tahap dosa rasuah dapat diampunkan dengan satu tandatangan?

Sekiranya Perdana Menteri yang telah menyebabkan Malaysia jatuh ke tahap terendah rasuah berbanding mana-mana Perdana Menteri sepanjang 56 tahun sekelip mata mampu berubah menjadi wira memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa hanya kerana beliau telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI, bukankah ini penghinaan yang besar dan tidak menghormati semua insan yang selama berdekad lamanya telah bangkit demi kejujuran dan integriti?

Kelihatan seperti Ikrar Integriti Pilihan Raya TI mempunyai kuasa transformasi lebih hebat daripada pelbagai Program dan Rancangan Transformasi Negara memandangkan berjaya mengubahkan menjadi pejuang hebat memerangi rasuah!

Najib telah digelar “democrat palsu”. Apakah dia akan menambah gelaran sebagai “pejuang palsu memerangi rasuah”?

Saya bersedia untuk menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI tetapi ia mestilah sesuatu yang bermakna, bukan seperti penjualan surat pengampunan di Zaman Pertengahan untuk menghapuskan dosa dengan wang, yang mana di Malaysia, untuk membersihkan dosa rasuah hanya perlukan satu tandatangan!

Saya mencadangkan penambahan 10 poin lagi kepada Ikrar Integriti Pilihan Raya TI bagi memastikan mereka yang menurunkan tandatangan menandatangani dokumen yang bermakna dalam mewujudkan era baru integriti.

Perincian kepada tambahan 10 poin ini boleh dibincangkan dan diputuskan oleh TI dan penandatangan dalam satu siding meja bulat, akan tetapi ia perlu termasuk lima poin berikut:

  1. Pengisytiharan Aset kepara orang ramai oleh Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar untuk dia tempoh waktu: (a) sebelum mereka memegang jawatan (b) pada masa sekarang.

    Menandangkan Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar UMNO/Barisan Nasional diperlukan untuk menghantar pengisytiharan asset kepada Perdana Menteri ketika menyandang jawatan dan selepas pilihan raya umum, bukanlah masalah besar untuk didedah kepada umum pengisytiharan asset ini.

  2. Ikrar oleh penandatangan kepada “Tiada politik wang” Ikrar Integriti Pilihan Raya dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

    Setiap ringgit perbelanjaan untuk PRU13, sama ada oleh calon atau parti politik yang terlibat mesti diakaunkan dan diaudit.

    Satu suruhanhaya audit khas perlu ditubuhkan untuk mengaudit setiap ringgit perbelanjaan untuk PRU13, sama ada oleh calon atau parti politik yang terlibat lalu mendedahkannya kepada umum hasil auditnya selepas PRU13.

  3. Ikrar oleh penandatangan supaya tidak mengungkit peristiwa 13 Mei atau menggunakan politik menakut-nakutkan, ugutan atau kebencian untuk menakut-nakutkan pengundi..
  4. Iltizam penandatangan kepada pilihan raya bebas, adil dan bersih yang dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang Adil dan Bersih termasuklah pemerhati dalam negara dan luar negara. Sekatan terhadap Senator Australia Xenophon daripada memasuki Malaysia sepatutnya dihentikan memandangkan tiada alasan sah untuk menafikan kemasukkannya atau mengusirnya.
  5. Ikrar oleh penandatangan untuk menerima keputusan pengundi dalam PRU13 memastikan sepenuhnya peralihan kuasa yang aman di Putrajaya sekiranya itu adalah kehendak pengundi.

Malaysia tidak mahu Kebangkitan Arab yang melibatkan pertumpahan darah dan revolusi. Apa yang Malaysia mahukan adalah Kebangkitan Korea, yang 15 tahun mendahului Malaysia dalam peralihan kuasa secara aman apabila calon Oposisi Kim Dae-jung dipilih dan mengangkat sumpah sebagai Presiden. Sekali lagi pada 2007, berlakunya peralihan kuasa secara aman sewaktu pilihan raya Presiden Korea Selatan.

Ucapan oleh Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang pada Ceramah DAP Kuching di Chonglin Park, Kuching pada Ahad, 24 Febuari 2013, 9PM

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/z1YwU

  1. #1 by chengho on Tuesday, 26 February 2013 - 12:39 am

    ensure 1School for Malaysian

You must be logged in to post a comment.