Pengiraan Detik 72 Hari ke PRU13 – Politik Bersih Kebenaran dan Keadilanlawan Politik Kotor Penipuan dan Pembohongan


Hari demi hari yang meresahkan menjelang pilihan raya umum ke-13 telah menyebabkan bukan sahaja perlunya tindakan segera tetapi juga rasa terdesak di kalangan propagandis UMNO/BN kerana kurangnya kewibawaan propaganda mereka.

Sementara jabatan kerajaan seperti Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan dibawa masuk ke gelanggang untuk menyebarkan ayat-ayat propaganda bahawa UMNO/BN boleh memenangi PRU13 dengan majoriti dua pertiga, yang tiada siapa – tiada juga di kalangan pemimpin UMNO/BN- yang percaya akan keputusan begitu dalam PRU13.

Demokrasi berparlimen Malaysia akan lebih sihat dan matang sekiranya majoriti dua pertiga menjadi mustahil untuk mana-mana perikatan, kerana itu merupakan perisai untuk memastikan tidak akan berulangnya penguasaan merosakkan politik UMNO yang mengenakan budaya politik “Listen, listen, listen” terhadap parti politik lain di dalam Barisan Nasional.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kepimpinan tertinggi UMNO/BN memberikan bukti terbaik bahawa mereka tidak yakin mereka akan memperbaiki pencapaian mereka dalam pilihan raya umum 2008, jika mereka yakin pastinya PRU13 sudah lama diadakan.

Sebaliknya Najib kini telah mencatat nama di dalam buku sejarah menjadi Perdana Menteri paling lama di Malaysia tanpa mandat pilihan raya sendiri.

Tetapi Najib mahu mengelakkan daripada mencipta satu lagi sejarah hitam, menjadi Perdana Menteri pertama yang diundi keluar daripada pejabatnya dalam PRU13 atau menjadi seperti Tun Abdullah yang ditendang keluar oleh Mahathir daripada jawatan Perdana Menteri selepas PRU13 kerana tidak dapat memperbaiki pencapaian UMNO/BN pada 2008 dan memperoleh majoriti dua pertiga.

PRU13 penentu nasib sama ada kerajaan persekutuan di Putrajaya akan dimenangi oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, amat-amat bergantung kepada apa yang terjadi sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Undian terbaru yang dilakukan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) antara 26 Disember dan 11 Januari adalah yang paling menarik, kerana ia menunjukkan perbezaan antara mereka yang percaya BN boleh mengalahkan PR dalam PRU13 telah berkurangan daripada 25% pada Disember 2011 kepada 5% pada Januari 2013.

Responden yang percaya Pakatan Rakyat boleh menawan Putrajaya pada PRU13 telah meningkat dengan tetap dari 18% pada Disember 2011 kepada 21% pada April 2012 kepada 21% pada Januari 2013.

Sebaliknya, responden yang percaya bahawa Barisan Nasional boleh memenangi PRU13 menurun dari 43% pada Disember 2011 kepada 49% pada April 2012 kepada 44% pada September 2012 dan 42% pada Januari 2013.

Responden yang tidak membuat keputusan atau tidak pasti siapa yang boleh menang dalam PRU13 jatuh dari 39% pada Disember 2011 kepada 30% pada April 2012 dan 26% pada September 2012 dan 21% pada Januari 2013.

Dalam senario Umcedel ini, apa yang perlu bagi PR untuk menewaskan BN dalam perlumbaan ke Putrajaya dalam PRU13 adalah untuk memikat lebih daripada lima peratus responden yang tidak membuat keputusan dan tidak pasti, yang berjumlah 21% pada Januari 2013.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di Kuching semalam bahawa Barisan Nasional yakin mempertahankan “hampir semua” kerusi parlimen dalam PRU13, walhal Sarawak adalah salah satu daripada tiga “negeri deposit” termasuklah Sabah dan Johor yang mana BN boleh kehilangan lebih daripada satu pertiga kerusi parlimen berjumlah 83 kerusi, iaitu PR memenangi sekurang-kurangnya 28 kerusi yang merupakan “angka keramat” untuk mewujudkan perubahan kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam PRU13.

Semakin terdesak pemimpin dan propagandis UMNO/BN apabila menjelangnya PRU13, semakin bertambah mereka mereka menggunakan politik penipuan dan pembohongan bagi mencetuskan rasa ragu dan kebencian terhadap DAP dan Pakatan Rakyat, menjadikan PRU13 menjadi pertempuran Politik Bersih Kebenaran dan Keadilan melawan Politik Kotor Penipuan dan Pembohongan UMNO/BN.

Contoh terbaru politik penipuan dan pembohongan yang dilakukan propagandis UMNO/BN di dalam media sosial seperti di facebook, twitter, blog dan portal berita termasuklah yang berikut:

  • Penipuan dan pembohongan jahat dihasilkan daripada perbualan/temubual yang tidak wujud mendakwa Irene Chang, isteri kepada pengerusi DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng, menyerang kepimpinan DAP kerana tidak berhati perut mengenangkan Ho Leng yang melalui rawatan perubatan tumor otak;
  • penipuan bahawa saya menyalahkan kerajaan atas kematian tragis kanak-kanak enam tahun William Yau, ketika saya twit: : “6yr William Yau’s tragic death – apart from UMNO/BN Ministers/leaders, Msia just not safe even 4children like William!”. Saya tidak menuduh sesiapa atas kematian William tetapi membangkitkan hakikat menyedihkan bahawa Malaysia semakin tidak selamat untuk rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur kerana meningkatnya jenayah dan kebimbangan terhadap jenayah – yang mana hanya Menteri/pemimpin UMNO/BN merasa selamat kerana mereka mempunyai perlindungan keselamatan.
  • Penipuan bahawa saya telah mengucapkan slogan anti-Melayu di jalanan Kuala Lumpur pada 11 Mei, 1969 menyebabkan tercetusnya rusuhan 13 Mei 1969, walhal saya telah nyatakan di dalam dan di luar Parlimen bahawa saya tiada di Kuala Lumpur pada 11, 12 atau 13 Mei 1969.
Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/DtyB1

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.