Pengiraan Detik 74 Hari ke PRU13 – Fuad Mohamad sepatutnya dipecat dari jawatan Ketua Pengarah JASA dan keseluruhan jabatan hendaklah dibubarkan


Lewat malam semalam, saya menghantar twit: : “Workers Party Lee Li Lan wins Punggol East by-election in Singapore with impressive 3182-vote majority against PAP. Najib more nervous about 13GE.”

Merupakan sesuatu yang ironi apabila angin perubahan bertiup kencang di rantau ini, menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi lebih gementar menghadapi pilihan raya umum ke-13, sebuah agensi kerajaan telah menyalahgunakan dana awam dengan menjelajah seluruh negara untuk menyebarkan bahawa Barisan Nasional mempunyai kemampuan untuk mendapat dua pertiga majroriti di dalam PRU13.

Ini dilaporkan tidak lain tidak bukan oleh Bernama di dalam laporannya semalam bahawa Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan, Fuad Hassan di dalam satu soalan daripada perserta Perjumpaan Rakan Media Sosial Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor semalam berkata:

“InsyaAllah, BN berkemampuan mencapai kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum ini jika kita terus bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan”

Fuad menjelaskan bagi memperoleh majoriti dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.

Fuad menzahirkan keyakinan bahawa sokongan orang Melayu untuk BN di Johor mampu melebihi 80 peratus manakala sokongan orang India juga telah pulih sepenuhnya daripada kejatuhan pilihan raya 2008 dan begitu juga sokongan masyarakat Cina.

Fuad secara peribadinya sebagai rakyat Malaysia berhak untuk percaya dan berusaha bagi memenuhi matlamat BN untuk mendapatkan semula majorti dua pertiga dalam PRU13, tetapi bukanlah urusan beliau untuk mengetuai sebuah jabatan kerajaan, Jasa, yang didanai oleh dana awam, berkempen untuk UMNO/BN.

Ini merupakan penyalahgunaan dana awam dan kemudahan kerajaan, penyelewengan kerajaan yang semakin menjadi-jadi, terang-terangan dan berleluasa selepas 55 tahun pemerintahan UMN /BN.

Generasi pertama pemimpin Merdeka yang diketuai oleh Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman amat sedar kepentingan membezakan kerajaan, parti politik yang berkuasa dan kapasiti peribadi, yang menjadi sebab penting mengapa rasuah dan penyalahgunaan kuasa diperhatikan dengan tegas pada tahun-tahun awal Merdeka tidak seperti tiga dekad lalu apabila penyalahgunaan kuasa dan dana awam semakin melampau memandangkan semua system semak dan imbang dipecahkan dan dimusnahkan satu persatu.

Inilah puncanya mengapa Bapa Malaysia, Tengku Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada April 1959, apabila beliau merasakan yang beliau perlu ke serata negara untuk mengukuhkan sokongan terhadap Perikatan sebelum pilihan raya umum 1959, ketika berdepan dengan cabaran hebat daripada Oposisi.

Tengku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk sementara waktu antara April hingga Ogos 1959 supaya beliau tidak akan dituduh menyalahgunakan kuasanya dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri apabila mengetuai kempen untuk meraih sokongan umum kepada Perikatan, lalu menyambung semula jawatan Perdana Menteri selepas Perikatan memenangi pilihan raya umum 1959.

Tindakan Tunku tentunya tidak dapat dibayangkan hari ini apabila terdapatnya jabatan dan Kementerian yang matlamatnya hanya satu – menyalahgunakan kuasa dan dana awam secara terang-terangan dan tidak tahu malu berkempen meraih undi untuk UMNO/BN bagi PRU13.

Fuad Hassan sepatutnya dipecat daripada jawatan Ketua Pengarah JASA, kerana beliau telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sebagai kakitangan awam dan juga menyalahgunakan dana awam.

Selain itu, Fuad Hassan sepatutnya meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam dan keseluruhan Jabatan Hal Ehwal Khas d bawah Kementerian Penerangan dibubarkan, kerana Fuad sepatutnya menyertai UMNO sebagai pegawai khas untuk mempromosikan capaian media sosial untuk UMNO/BN menjelangnya PRU13, dibayar oleh dana parti dan bukan dana awam kerana itu terang-terangan merupakan matlamat parti politik.

Adalah jelas bahawa Fuad Hassan dan Jasa hanyalah sebahagian daripada penyalahgunaan terang-terangan jentera awam dan penyalahgunaan dana awam untuk memenuhi matlamat dan objektif pemimpin UMNO/BN – satu lagi sebab mengapa perlunya UBAH di dalam PRU13 untuk mengakhiri secara sistematik penyalahgunaan kuasa kerajaan dan dana awam yang semakin menjadi-jadi, yang merupakan punca berleluasanya rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam negara hari ini.

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/2hTwR

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.