Pengiraan Detik 77 Hari ke PRU13 – Senjata terakhir untuk menyelamatkan perikatan UMNO/BN daripada dihantar ke bangku Pembangkang ialah dengan mewujudkan perpecahan di dalam Pakatan Rakyat dengan memisahkan PAS dan DAP


Senjata terakhir untuk menyelamatkan perikatan UMNO/BN daripada dihantar ke bangku Pembangkang ialah dengan mewujudkan perpecahan di dalam Pakatan Rakyat dengan memisahkan PAS dan DAP

Tindakan itu mencerminkan tahap terdesaknya pemimpin, propagandis dan tukang putar UMNO/BN mengenangkan peluang mereka untuk mempertahankan Putrajaya dalam PRU13 yang semakin hampir sehingga keterdesakkan itu terpapar di dalam harapan dan strategi mereka.

Salah seorang tukang putar media UMNO/BN semalam menganjurkan bahawa “Pakatan parties may go own way”, berdasarkan andaian “Dengan peluang menawan Putrajaya semakin tipis, PAS dan DAP mungkin mahu merampas negeri yang mereka suka”.

Beliau menyatakan:

“IS there a case to be made that DAP and Pas may be privately ditching the idea of taking over Putrajaya and are preparing themselves to keep the spoils of March 2008 instead?

“DAP, for instance, may want to be the biggest opposition group in the land, with one or two states in its hands, and Pas with its continued hold on Kelantan.

“This is especially so when the prognosis of Pakatan Rakyat’s performance for the next general election is generally believed to be less sterling than what supporters are made to believe.

“Apart from hardcore and partisan supporters, sober political observers, from all sides of the political divide, share a rather common reading that the chances of Pakatan taking over Putrajaya in the 13th general election are rather slim. It is not impossible, but it is slim.

“Or, to put it another way, there is a strong likelihood that Barisan Nasional will be returned to power at the federal level.”

Pemimpin, propagandis dan tukang putar UMNO/BN yang merupakan mangsa fantasi mereka sendiri memandangkan “pemerhati politik yang waras” dan bebas memikirkan sungguhpun UMNO/BN ketika ini menikmati kelebihan, terdapat peluang yang keadaan mungkin berubah seaktu tempoh berkempen lalu memberikan Pakatan Rakyat kemenangan mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya ke-13.

Kita tidak perlu merujuk kepada “kemingkinan tinggi” yang diramalkan ketua ekonomi Bank Islam yang telah digantung Azrul Azwar Ahmad Tajuddin di Singapore Regional Outlook Forum awal bulan ini bahawa Pakatan Rakyat berkemungkinan membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti 28 kerusi – Barisan Nasional pula berkemungkinan memenangi hanya 97 dan 107 kerusi daripada 222 kerusi parlimen dalam PRU13.

Ini kerana Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Osman memberikan senario yang hampir serupa seperti Azrul beberapa hari sebelum Singapore Regional Outlook Forum, menyatakan secara terbuka Pakatan Rakyat boleh menang dengan majoriti tipis 5% hingga 10% kerusi Parlimen atau majoriti daripada 12 hingga 22 kerusi.

Pemimpin, propagandis dan tukang putar UMNO/BN tidak mungkin tidak sedar akan keputusan tinjuan terbaru yang secara amnya menunjukkan himpunan Pakatan Rakyat meningkatkan sokongan dan kekuatan menjelang PRU13, dengan peluang dan kemampuan untuk mengubah segalanya ketika kempen pilihan raya.

Tiga hari lalu, pengarah Pusat Kajian Demokras dan Plihan Raya (Umcedel) Mohamad Redzuan mengatakan bahawa “mustahil” untuk BN mendapat semula dua pertiga majoriti di parlimen, menjangkakan BN mengekalkan status quo dalam PRU13.

Keputusan undian terbaru yang dijalankan Umcedel antara 26 Disember dan 11 Januari, bagaimana pun, menunjukkan peluang yang lebih gelap buat BN dalam PRU13, dengan perbeazan antara mereka yang percaya BN mampu menewaskan PR dalam PRU13 berkurangan daripada 25% pada Disember 2011 kepada 5% pada Januari 2013.

Pertama sekali, responden yang percaya Pakatan Rakyat akan memperoleh Putrajaya dalam PRU13 meningkat dari 18% pada Disember 2011 kepada 21% pada April 2012 kepada 30% pada September 2012 dan 37% pada Januari 2013.

Sebaliknya, responden yang percaya bahawa Barisan Nasional boleh memenangi PRU13 telah menurun dari 43% pada Disember 2011 kepada 49% pada April 2012 kepada 44% pada September 2012 dan 42% pada Januari 2013.

Responden yang tidak membuat keputusan atau tidak pasti siapa yang boleh memenangi PRU13 jatuh dari 39% pada Disember 2011 kepada 30% pada April 2012 dan 26% pada September 2012 dan 21% pada Januari 2013.

Semua yang diperlukan untuk PR menewaskan BN di dalam perlumbaan ke Putrajaya adalag untuk memenangi lima peratus responden yang tidak membuatr keputusan atau tidak pasti, iaitu sebanyak 21% pada Januari 2013.

Tambahan pula, tinjauan terkini Umcedel juga menunjukkan popularity Najib dan Anwar Ibrahim sangat hamper, dengan hanya satu peratus yang membezakan Najib dengan 43 peratus dan 42 peratus Anwar Ibrahim sebagai “yang paling layak menjadi Perdana Menteri”.

Tinjauan Umcedel telah mengesahkan bahawa pandangan undian Merdeka Centre terbaru dalam dua minggu terakhir Disember yang mendapatru kedudukan popularity Najib telah jatuh ke tahap paling rendah untuk untuk keseluruhan tahun itu – 63% pada Disember 2012 jika dibandingkan dengan 69% pada Febuari 2012 – sementara hanya 52 perartus pengundi mengatakan negara sedang menuju ke arah yang betul, paling rendah sejak Mei 2010.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mempunyai kedudukan undian yang lebih baik sebelum pilihan raya umum Mac 2008 berbanding Najib menjelang pilihan raya umum ke-13 akan tetapi itu tidak menyelamatkan jawatan Abdullah.

Kedudukan populariti Abdullah menjunam daripada 91% selepas pilihan raya umum 2004 kepada 61% pada Disember 2007 (yang mana masih lagi lebih tinggi daripada populariti Najib pada kedudukan 52% pada Disember 2012) manakala 63% pengundi merasakan negara menuju ke arah yang betul pada Disember 2007 (dibandingkan dengan 52% pada Disember 2012).

Walaupun kedudukan Najib telah menjunam ke tahap paling rendah untuk tahun lalu, Merdeka Centre juga melaporkan bahawa tahap tidak puas hati telah sampai ke tahap tertinggi di dalam empat tahun pemerintahan Najib, pada 30% berbanding 28% pada bulan Oktober 2012 dan 16% pada bulan Mei 2009.

Patut diberi perhatian juga penemuan Merdeka Centre bahawa dikala kedudukan sokongan terhadap Najib tergelincir 63 peratus, pemerintahannya dan Barisan Nasional telah mengekori jauh di belakang 47 peratus dan 45 peratus.

Di dalam keadaan ini, pemimpin, propagandis dan tukang putar UMNO/BN hanya membuat jangkaan tanpa asas ketika mereka membuat pendirian dan mengambil kedudukan penuh keyakinan bukan sahaja berkenaan kemenangan, tetapi juga menang besar dalam PRU13 – dengan mencipta fantasi bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah dengan DAP dan Pas menarik diri, dan terus menghadiahkan UMNO/BN jalan mudah dalam pilihan raya akan datang.

Kita harus menjangkakan UMNO/BN bakal memperbanyakkan politik penipuan dan pembohongan dengan menambah kempen pengecut memberitahu orang Melayu dan umat Islam pembohongan bahawa PAS merupakan boneka DAP pada waktu yang sama menipu orang Cina bahawa DAP hanyalah pelawak buat PAS – strategi bercanggah, dua muka dan tidak jujur.

Apa pun perbezaan kita di dalam Pakatan Rakyat, sama ada DAP, PKR dan PAS mempunyai perbezaan ataupun tiada tiga parti komponen di dalam Pakatan Rakyat kerana semua telah menyatu menjadi satu parti, kami bertiga tetap beriltizam dengan matlamat bersama seperti mana yang termaktub di dalam Kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan pelbagai Pengisytiharan dan Kenyataan Dasar Bersama

Kami menolak politik hagemoni, kebencian kaum, pelampau agama, rasuah dan kronisme.

Kami komited untuk menegakkan perkara asas di dalam Perlembagaan, prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, hak asasi manusia, tadbir urus yang baik dan memerangi rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa bagi membangunkan Malaysia yang harmoni, berdaya saing, makmur dan progresif yang mana setiap rakyat Malaysia boleh berbangga sebagai rakyat Malaysia walau berada di mana-mana pun ceruk dunia.

Rakyat Malaysia dengan itu tidak boleh membiarkan UMNO/BN berjaya dalam politik Machiavellian penipuan dan pembohongan, dengan tidak bertanggungjawab bermain api perkauman dan agama, yang mana untuk pertama kali di dalam 55 tahu sejarah negara, akan wujudnya Kerajaan Persekutuan rakyat, dari rakyat, untuk rakyat dan buat mereka di Putrajaya membuka lembaran baru dalam pembinaan bangsa Malaysia – fasa kedua Merdeka untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada penindas dalam negara.

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/pVb5V

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.