Pengiraan Detik 86 Hari ke PRU13: PR tidak perlu bermain permainan menaikkan nama sendiri dengan menjatuhkan orang lain bersama BN kerana KL112 tanpa ragu lagi adalah peransang semangat untuk UBAH dalam PRU13 yang semakin hampir dan PR cuma perlu bergerak terus


Selepas tergamam dan membisu pada hari Sabtu sesudah berlangsungnya perhimpunan KL112 yang bersejarah melihatkan ratusan ribu rakyat Malaysia daripada berbilang kaum, agama dan tempat berada di Stadium Merdeka, dan juga membisu sepanjang hari Ahad, pemimpin UMNO/Barisan Nasional telah memapu bersuara kembali dan kelam-kabut mahu meminimakan gelombang politik yang terhasil daripada KL112.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas kelihatan tertekan dengan kejayaan dan kemananan KL112 sehingga menumpang nama terhadap kejayaan perhimpunan mega Pakatan Rakyat sewaktu menjadi tuan rumah Malam Penghargaan Media perhimpunan agung UMNO 2012.

Selepas berbincang dengan strategis beliau sepanjang hari Ahad untuk mengira kos politik kepada UMNO/BN terutamanya bagi PRU13, Najib kembali dan mengisytiharkan secara terbuka semalam bahawa KL112 menunjukkan kejayaan reformasi politik dan kerajaan yang beliau telah lakukan sejak menjadi Perdana Menteri selama empat tahun.

Najib dilihat mengelak untuk menerangkan mengapa perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yang diadakan juga semasa beliau menyandang jawatan perdana menteri menjadi tragedi polis dan kerajaan BN, memandangkan KL112 telah membuktikan tanpa ragu bahawa rakyat Malaysia adalah manusia yang cintakan keamanan yang hanya mahu melaksanakan hak mereka untuk berhimpun dan meluahkan secara bebas serta kedua-dua perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 boleh menjadi model antarabangsa perhimpunan aman jika tidak kerana kesombongan dan tekanan daripada polis serta kerajaan.

Tetapi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang dijangka mempersoalkan perkara yang tidak disebut itu, memberikan jawapan berat sebelah apabila beliau menyalahkan kekacauan Bersih 3.0 kepada penolakan penganjur terhadap tawaran kerajaan untuk melakukannya di stadium, seolah-olah amukan, penyalahgunaan kuasa dan kekerasan melampau polis seperti tembakan rambang gas pemedih mata dan semburan air kimia boleh dijustifikasikan ketika itu.

Malah manusia berkuasa tanpa jawatan di dalam tempoh Najib menjadi perdana menteri, iaitu mantan Perdana Menteri Tun Mahathir bersuara tentang KL112, menggambarkan ia sebagai “meniru” apa yang terjadi di beberapa negara Arab dengan hasrat menjatuhkan kerajaan sedia ada memandangkan penganjur tahu mereka tidak dapat memenangi pilihan raya.

Mahathir mengatakan perkara yang sama tentang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 mendakwa bahawa perhimpunan itu bertujuan untuk “kebangkitan” menumbangkan kerajaan kerana Oposisi tahu melalui pilihan raya, rakyat tidak akan memberikan mereka kuasa membentuk kerajaan.

Pada ketika itu, Mahathir bukan satu-satunya yang mengutuk perhimpunan Bersih 3.0 dan membuat tuduhan liar – dengan Najib mendakwa bahasa “duduk bantah” Bersih 3.0 di Dataran Merdeka merupakan cubaan kudeta oleh oposisi bagi menumbangkan kerajaan, Hishammuddin mendakwa “tedapat pihak yang mahu kecederaan serius dan kematian”, tiga sokongan membuta tuli tiga mantan Ketua Polis Negara kepada tuduhan kudeta ileh Najib dan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan Parlimen bahawa garam dan botol air mineral boleh menjadi senjata pemusnah untuk menjatuhkan kerajaan Najib.

Sekurang-kurangnya Najib telah melalui “transformasi” untuk tidak membuat tuduhan liar dan tidak berasas mengenai KL112 – walaupun ucapan terima kasihnya kepada Pakatan Rakyat kerana memastikan keamanan KL112 masih belum disambut semua gerombolan UMNO/BN beliau.

Mahathir bagaimanapun dikecualikan, memandangkan mantan Perdana Menteri itu masih menyatakan tuduhan liarnya bahawa KL112 bertujuan meniru Kebangkitan Arab untuk menumbangkan UMNO/BN yang dipilih rakyat.

DAP dan Pakatan Rakyat tidak berhasrat meniru Kebangkitan Arab tetapi mahukan Kebangkitan Malaysia melalui jalan yang aman dan demokratik menerusi peti undi dalam PRU13.

Najib semalam berkata bahawa peralihan kuasa yang aman akibat daripada pilihan raya yang demokratik ialah “tradisi kita”, mendakwa ia dapat dilihat melalui keputusan 12 pilihan raya umum sejak kemerdekaan.

Setelah berulangkali mencabar Najib sejak empat tahun lalu untuk mengisytiharkan secara terbuka bahawa beliau, UMNO dan Barisan Nasional akan memastikan peralihan kuasa dengan aman Putrajaya kepada Pakatan sekiranya itulah keputusan para pengundi PRU13, saya mendapati jawapan Najib tidak memuaskan kerana kali ini beliau benar-benar mengelak daripada menjawab.

Tidak relevan Najib merujuk kepada “peralihan kuasa yang aman” dalam 12 pilihan raya umum lalu, kerana tidak pernah dalam satu pun daripada 12 pilihan raya umum di dalam 55 tahun sejarah negara ini terdapat “peralihan kuasa secara aman” pada peringkat persekutuan kepada parti atau perikatan lain, yang menyebabkan pertukaran Perdana Menteri daripada parti atau perikatan Oposisi selepas pilihan raya umum.

Apa yang akan terjadi dalam PRU13 adalah senario yang berbeza sama sekali daripada 12 pilihan raya umum sebelumnya – memandangkan ia akan menentukan sama ada BN atau oposisi Pakatan Rakyat yang akan membentuk Kerajaan persekutuan dan sama ada Najib atau oposisi Datuk Seri Anwar akan menjadi Perdana Menteri baru selepas PRU13.

Dalam keadaan itu, Najib tidak boleh terus mengelak persoalan sama ada beliau, UMNO dan Barisan Nasional akan menerima keputusan pengundi di dalam PRU13 untuk Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional di Putrajaya dan memastikan peralihan kuasa yang aman buat Anwar menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Pemimpin UMNO/BN dan media perdana, baik bercetak, penyiaran atau atas talian, menghabiskan masa, tenaga dan duit yang banyak mendakwak KL112 adalah gagal, sama ada dari segi kehadiran ataupun kesannya.

Najib dan leftenan-leftenan UMNO/BN perlu membelanjakan jutaan ringgit dana awam untuk membayar kehadiran dan menarik orang ramai ke acara mereka, akan tetapi di dalam kes KL112, lebih 100,000 rakyat Malaysia daripada berbilang kaum dan agama hadir dengan kehendak dan belanja sendiri malahan menyumbang RM262,000 untuk melunaskan perbelanjaan KL112 dan menganjakkan agenda UBAH untuk PRU13.

PR tidak perlu bermain permainan menaikkan nama sendiri dengan menjatuhkan orang lain bersama BN kerana KL112 tanpa ragu lagi adalah peransang semangat untuk UBAH dalam PRU13 yang semakin hampir dan PR cuma perlu bergerak terus.

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/CpgCT

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.