Pengiraan Detik 89 Hari ke PRU13 – Apakah MB Johor Ghani Othmas akan disuruh menarik balik ramalannya bahawa PR boleh menang PRU13 dengan majoriti 5% atau 10% ataupun majoriti 12-22 kerusi?


Petang semalam, Bank Islam Malaysia menjarakkan diri daripada ramalan ketua penganalisis ekonominya di dalam sebuah forum di Singapura bahawa Pakatan Rakyat (PR) boleh menang dengan majoriti kecil pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pengarah urusan Bank Islam Datuk Seri Zukri Samat berkata di dalam kenyataannya bahawa Bank Islam bukanlah pihak di dalam Regional Outlook Forum pada hari Khamis, dan “tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut,” dan pandangan yang diberikan penganalisis ekonominya Azrul Azwar Ahmad Tajudin adalah “pandangan peribadi beliau dan tidak patut dikaitkan dengan Bank Islam,”

Di dalam Singapore Regional Outlook Forum, Azrul telah meramalkan bahawa Barisan Nasional berkemungkinan untuk menang cuma di antara 97 dan 107 kerusi parlimen – membentuk kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat dengan majoriti parlimen antara lapan hingga 28 kerusi.

Tidak mengapa sama ada unjuran Azrul adalah anggaran rasmi atau tidak rasmi Bank Islam, hakikatnya pemimpin UMNO/Barisan Nasional juga telah turut sampai kepada keputusan yang sama berdasarkan maklumbalas dan pengiraan – menunjukkan bahawa PRU13 akan menjadi perkara penentu sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasioal yang akan memenangi perlumbaan ke Putrajaya.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Osman memberikan senario hampir sama dengan Azrul ketika bercakap kepada pertubuhan Cina Kulai pada hari Selasa, menyatakan Pakatan Rakyat boleh menawan Putrajaya di dalam PRU13, walaupun beliau memberi amaran bahawa paling banyak Pakatan Rakyat cuma boleh menang dengan majoriti tipis 5% kepada 10% kerusi parlimen.

Pakatan Rakyat memenangi 5% hingga 10% majoriti parlimen bermakna antara 117 kerusi dimenangi PR dan 105 kerusi dimenangi BN dengan majoriti 12 kerusi (majoriti 5.5%) hingga 122 kerusi dimenangi PR dan 100 kerusi dimenangi BN dengan majoriti 22 kerusi (majoriti 10%).

Ghani menganggarkan PR boleh menang dalam PRU13 dengan majoriti antara 12 – 22 kerusi parlimen amat hampir dengan anggaran Azrul bahawa PR boleh menang dengan majoriti 8 hingga 28 kerusi.

Apakah MB Johor Ghani Othman akan disuruh menarik balik ramalannya bahawa PR boleh menang PRU13 dengan majoriti 5% atau 10% ataupun majoriti 12-22 kerusi?

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.