Sesiapa pun boleh kata apa tentang DAP, BN wajar di jauhi


Aspan Alias | 17 Disember 2012
aspanaliasnet.blogspot.com

Media perdana sekarang memainkan isu DAP parti chauvinis dan sebagainya. Media arus perdana memainkan isu DAP sebagai parti Cina kerana tidak ada seorang pun calon Melayu yang bertanding memenangi walau satu kerusi pun. Hanya yang perlu kita ketahui yang DAP tidak seperti UMNO yang telah membentuk mentaliti ‘quota’ dalam mana Melayu mesti di berikan segala keistimewaan dalam semua hal kerana Melayu yang mempunyai negara ini.

Bangsa lain kononnya hanyalah bangsa yang menumpang sahaja sedangkan sekarang ini seorang kaum cina itu merupakan generasi ke empat berada di dalam negara ini. Bangsa Cina yang lahir sekarang ini tidak tahu pun yang mereka itu bukan bangsa Malaysia (seperti yang di katakan oleh pemimpin UMNO) kerana mereka lahir di sini. Mereka (kaum Cina) tidak ada negeri lain seperti juga orang Melayu yang tidak ada negeri lain selain dari Malaysia ini.

Itu sebabnya kita rakyat semua kaum ingin melakukan perubahan kerana jika tidak dilakukan perubahan itu satu-satunya negara yang kita ada ini akan hanyut di telan masa kerana tidak berkemampuan untuk wujud mngikut kehendak masa dan zamannya. Kita tidak ada negara lain dari negara ini. Bagi mereka yang telah mengaut kekayaan melalui kuasa yang ada kepada mereka boleh duduk dan mendiami negeri lain kerana mereka adalah kaum yang mewah dan boleh hidup dimana-mana sahaja hasil dari rompakan harta rakyat yang telah berlaku sebegitu lama tanpa had itu.

Baik DAP mahu pun PAS dan PKR, mereka mewakili semua kaum yang menuntut perubahan ini. Dalam usaha menuntut perubahan sememangnya satu usaha yang sangat susah tetapi apa pilihan yang ada kepada rakyat ini. Jika tidak di ubah rakyat negara kita sendiri akan berubah menjadi rakyat yang hina di sisi rakyat dan masyarakat antarabangsa yang sedang berubah mengikut kehendak zamannya.

Merata-rata di dunia ini rasuah sudah menjadi perkara yang jelek di sisi mereka. Itulah sebabnya banyak negara dalam dunia sekarang ini telah menolak parti-parti yang memerintah kerana tidak mahu lagi pimpinan yang rasuah. Hanya di negara ini sahaja pemimpin yang rasuah bercakap besar dan menjanjikan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.

Parti Liberal Demokrat Jepun telah di sungkurkan oleh rakyat negara itu kerana rasuah. LDP telah menjadi pembangkang dan baru-baru ini LDP telah kembali berkuasa setelah belajar dari pengalaman sendiri Setelah berubah semasa berada dipetak pembangkang di parlimennya beberapa tahun baru-baru ini LDP telah kembali memerintah setelah belajar betapa buruk dan hinanya rasuah yang mereka lakukan semasa memerintah selama 50 tahun dahulu.

Jika di Jepun rakyatnya boleh berubah tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh melakukan perubahan itu. Jika LDP telah belajar yang rasuah itu buruk dan hina semasa dalam pembangkang dahulu, UMNO juga akan belajar perkara yang sama jika kita paksa UMNO belajar seperti pelajaran yang di lalui oleh LDP Jepun itu.

Parti Kongress India tersungkur di hadapan parti Jenata dahulu, kini Kongress India telah kembali berkuasa dengan kepimpinan yang lebih baik. Lama juga tempoh Kongress berada di pihak pembangkang tetapi akhirnya parti Kongress India telah belajar pengajaran yang baik dan kini kembali menerajui pimpinan negara yang mempunyai demokrasi yang terbesar di Asia ini.

DAP bersama dengan PAS serta PKR sedang memainkan peranan memberikan pelajaran kepada kepimpinan UMNO dengan memberikan pimpinan alternatif seperti apa yang di berikan oleh parti Janata kepada rakyat India dahulu. Rakyat terpaksa melakukan ini kerana itu sahaja yang boleh membuktikan kepada kepimpinan yang rasuah dan lalai itu yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa itu adalah kerja hina di sisi masyarakat, apatah lagi di sisi agama suci kita.

Kesalahan rasuah yang keterlaluan ini tidak boleh di tutupi dengan BRIM. PRIM atau apa – apa yang ‘RIM’ yang lain. Masakan rakyat boleh terpikat dengan imbuhan-imbuhan yang di berikan sejemput itu berbanding dengan berkepuk-kepuk wang mereka (rakyat) yang telah di larikan oleh pimpinan kita untuk kepentingan mereka dan kroni serta keluarga mereka dengan tidak ada segan silu itu.

Isu Melayu kalah dalam pertandingan merebut CEC DAP menjadi isu oleh pimpinan BN termasuk oleh Perdana Menteri sendiri. Melayu baru hendak bertunas di dalam DAP dan dengan kehadiran beberapa orang Melayu dan Bumiputra yang di lantik untuk bersama-sama dalam CEC itu menunjukkan yang DAP serius dalam membawa parti itu menjadi parti ‘multi-racial’. MCA yang begitu lama usianya masih tidak ada seorang pun Melayu atau Bumiputra di dalamnya dan parti yang uzur itu merupakan parti yang sebenar-benarnya ‘chauvinistic’ dengan pandangan anti melayu dan Islam nya yang begitu mendalam.

Baik dari sudut mana pun kita pandang DAP itu ia tetap parti yang lebih ‘multiracial’ jika di bandingkan dengam MCA, rakan kongsi BN yang kedua terbesar itu. Oleh kerana saya belum lagi sampai usia keahlian saya selama 2 tahun maka saya tidak dapat untuk menawarkan apa-apa dalam pemilihan CEC baru-baru ini. Jika kalau perlembagaan parti itu sudah membolehkan saya bertanding saya akan menawarkan untuk bertanding dalam pemilihan itu.

Kita tidak boleh di buai oleh permainan media perdana sejak dua hari yang lepas kerana seperti biasa media perdana itu tugasnya sekarang ialah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat kerana pakatan rakyat memang sudah semakin hampir untuk menghampiri Putrajaya yang tidak mungkin mampu di pertahankan oleh BN sekarang ini.

Tetapi apa yang saya perkatakan ini hanya mengikut kemampuan kita berfikir kerana yang penentu terakhirnya tetap Tuhan yang Maha Kuasa. Itulah sebabnya setiap tindakan kita mesti di iringi dengan doa dan munajat kepada Tuhan kerana Tuhan sahaja yang akan memberikan keputusannya.

Tuhan terlah memberikan pesan dan kenyataan kepada kita, ‘apa yang ku berikan kepada mu itu, adalah yang terbaik bagi mu’. Kita terima sahaja apa-apa ketentuan Tuhan. Itu sebabnya Pakatan Rakyat jangan mengambil alih kerja Tuhan seperti yang dilakukan oleh BN. BN dan pimpinannya selalu berkata “hanya BN dan UMNO sahaja yang boleh menentukan masa depan kamu semua. Kalau kamu pilih Pakatan Rakyat kamu semua termasuk agama kamu akan terhakis dan Melayu akan hilang di dunia ini”

Tetapi mereka (pimpinan BN) tidak menyedari Melayu telah mula hilang dunianya walaupun mereka (melayu) telah memerintah selama lebih dari 5 dekad. Jangan terpengaruh dengan ungkapan yang merugikan kita dari pimpinan BN kerana kita tidak boleh menerima kata-kata pimpinan yang fasik semata-mata untuk kebaikan kita semua.

Print Friendly

  1. #1 by boh-liao on Wednesday, 19 December 2012 - 6:16 pm

    RACE is just a 4-letter word
    Does not matter if 1 is Malay, Chinese, Indian n what hv U, just regard all as 1M’sians

You must be logged in to post a comment.