Tiada apa untuk diraikan tetapi banyak sebab untuk dikesalkan terhadap Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2012 yang meletakkan kedudukan Malaysia di tempat ke-54 berbanding tempat ke-60 negara paling kurang rasuah tahun lepas


Tiada apa untuk diraikan tetapi banyak sebab untuk dikesalkan terhadap Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2012 yang meletakkan kedudukan Malaysia di tempat ke-54 berbanding tempat ke-60 negara paling kurang rasuah tahun lepas

Jumlah negara yang dinilai dalam CPI TI 2012 tekah dikurangkan daripada 183 negara tahun lepas kepada 176 negara tahun ini dan TI telah menggunakan metodologi baru, TI juga menyatakan yang mata CPI 2012 tidak boleh dibandingkan dengan mata pada tahun 2011 atau mana-mana penilaian sebelumnya. Perbandingan antara tahun hanya boleh dilakukan bermula 2012 sebagai asas untuk tahun-tahun berikutnya.

Mengikut metodologi baru, mata CPI adalah pada skala 0-100 dengan 0=tanggapan rasuah tahap tertinggi dan 100=tanggapan rasuah tahap terendah berbanding mata 0 hingga 10 pada mata CPI sebelum ini.

Sungguhpun mata CPI TI 2012 Malaysia adalah 49 daripada 100 tidak boleh dibandingkan dengan mata CPI TI sepanjang 17 tahun lalu daripada 1995 hingga 2011, satu hakikat yang tidak dapat dielakkan adalah Malaysia telah tewas dalam usaha membanteras rasuah sepanjang dekad-dekad sebelumnya, yang melihat kedudukan CPI TI Malaysia jatuh ke kedudukan terendah tempat ke-60 tahun lepas berbanding tempat ke-23 pada 1995, dan mata CPI menjunam ke 4.3 tahun lepas berbanding 5.32 pada tahun 1996.

Walaupun mata CPI TI 2012 tidak boleh dibanding dengan tahun-tahun sebelumnya, kedudukan dan mata Malaysia di peringkat antarabangsa jelas kurang daripada sederhana. Sejak 1995 Malaysia telah diatasi oleh Korea Selatan dan Taiwan sementara banyak negara semakin dekat merapati terutamanya Turki yang berada pada kedudukan ke-29 dengan mata CPI 4.1 pada 1995, tetapi telah berjaya mengejar Malaysia apabila kedua-duanya berada pada kedudukan No.54 dengan 49 mata pada CPI TI 2011.

Apakah tindakan yang Malaysia ambil untuk memastikan kita tidak ditinggalkan di belakang oleh Turki dan negara ASEAN, Asia-Pasifik dan OIC di dalam CPI TI pada tahun berikutnya memandangkan mereka semua telah menunjukkan keseriusan dan kesungguhan politik untuk membanteras rasuah jika dibandingkan dengan Malaysia.

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/56ymc

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.