Perkara paling mengecewakan daripada Najib pada Perhimpunan Agung UMNO – kegagalan mengisytiharkan perang ke atas rasuah


Perhimpunan Agung ke-66 “perang” UMNO baru sahaja berakhir dengan penuh keyakinan dan tawa gembira, apabila Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin UMNO yang lain mengisytiharkan bahawa UMNO bukan sahaja bakal menang pada pilihan raya umum akan datang, tetapi akan memenangi kembali majoriti dua pertiga dan keempat-empat negeri Pakatan termasuklah Kelantan dan Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, manusia hanya merancang, Tuhan yang akan menentukan”.

Kemungkinan untuk Barisan Nasional mendapatkan kembali keempat-empat negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah atau menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Kerajaan Negeri Perak tidak harus ditolak sepenuhnya.

Di peringkat nasional, pengakhiran PRU13 adalah amat mendebarkan, dengan keputusan yang boleh memihak kepada sesiapa sahaja sama ada kembalinya Barisan Nasional ke tampuk kekuasan Persekutuan atau Pakatan Rakyat akan menggantikan BN sebagaik kerajaan Malaysia yang baru memecahkam dominasi kuasa UMNO.

PRU13 akan melihatkan demografi politik baru rakyat Malaysia – dengan majoriti populasi yang berjumlah 29 juta hari ini lahir selepas Hari Malaysia, dengan hampir 70 peratus tinggal di kawasan bandar, lapan puluh peratus berumur di bawah 45 sementara sementara separuh daripada orang kita adalah di bawah 25 tahun.

Siapa yang menawan Putrajaya pada PRU13 bukanlah ditentukan oleh penyokong kuat BN atau PR tetapi pengundi atas pagar, terdiri daripada lebih kurang 30 peratus daripada 13.1 juta, contoh: 4 juta, pengundi berdaftar.

Sejak dua minggu lalu, Pakatan Rakyat menghadapi masalah paling teruk melibatkan kelompok atas pagar ini semenjak penubuhannya selepas tsunami politik.

Pakatan Rakyat perlu merungkai semula keserabutan itu sekiranya PR mahu mencipta sejarah di dalam “ibu segala pilihan raya” pada PRU13 yang dijangka diadakan dalam tempoh tiga atau empat bulan ini.

Pakatan Rakyat tidak sepatutnya kehilangan kepercayaan, keyakinan dan sokongan pengundi atas pagar kepada Barisan Nasional kerana kegagalan atau sebarang bentuk politik yang tidak sensitif memandangkan PR memerlukan sokongan dan undi kalau boleh setiap rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban; di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak; penyokong setia atau pengundi atas pagar yang masih belum membuat keputusan, itupun sekiranya PR mahu berjaya dalam tugas besar untuk menumpaskan BN pada PRU13.

Walaupun Perhimpunan Agung UMNO ke-66 “perang” yang baru sahaja melabuhkan tirai telah disusun dan diatur dengan teliti, dengan banyak peraturan buat mereka yang bercakap pada Perhimpunan UMNO selama empat hari itu untuk memastikan penampilan UMNO pada PRU13 di peringkat terbaik, kesimpulan rasional rakyat Malaysia yang berfikir tidak dapat mengelak daripada merasakan UMNO akan kekal korup selagi mana terus berkuasa meskipun bergebang tentang “transformasi”.

Itulah sebabnya saya mahu menilai kegagalan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan perang habis-habisan ke atas rasuah sebagai perkara paling mengecewakan daripada Najib pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66.

Bandingkan ucapan beliau dengan ucapan Presiden China dan Setiausaha Agung Parti Komunis China (CCP) Hu Jintao pada Kongres CCP ke-18 bulan lalu yang mana beliau memberi amaran bahawa rasuah akan mencetuskan keruntuhan Parti dan negara – tajuk yang dibangkitkan dalam ucapan pertama ketua Parti Komunis China yang baru, Xi Jinping, yang mengecam tersebar luasnya rasuah dan berkata para pegawai mestilah memelihara diri daripadanya atau ia akan “memusnahkan parti dan negara”.

Sebenarnya Najib mempunyai lebih banyak sebab berbanding Hu Jintao dan Xi Jinping untuk memberikan lebih keutamaan kepada masalah rasuah kerana sejak dua dekad lalu, China telah mencapai kemajuan dalam usaha membanteras rasuah manakala Malaysia pula sebaliknya.

Sekiranya corak kemajuan China di dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) sejak 17 tahun lalu (1995-2011) dan kejatuhan Malaysia terus tidak dihalang, China akan berada pada kedudukan yang lebih baik daripada Malaysia di dalam CPI TI kurang daripada lima tahun.

UMNO dan Barisan Nasional sudah menjadi begitu sinonim dengan rasuah di Malaysia dan sepanjang 44 bulan Najib menjadi Perdana Menteri telah menunjukkan bagaimana Najib hanya pandai mengucapkan slogan anti-rasuah tetapi tiada kesungguhan politik dan komitmen untuk membasmi rasuah, terutamanya rasuah besar melibatkan pemimpin politik dan kerajaan.

Sebab itulah Perhimpunan Gaung UMNO ke-66 memaparkan situasi menyedihkan apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berjaya “menghilangkan diri” sekalipun terdapat pelbagai usaha daripada wakil media menjejaki beliau untuk menjawab tuntutan delegasi UMNO Sabah supaya Musa menjelaskan skandal “sumbangan politik UMNO Sabah” berjumlah RM40juta yang melibatkan beliau dan ahli perniagaan balak Michael Chia.

Yang turut membimbangkan adalah membisunya Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi disertai dengan kegagalan Najib menjawab kepada dakwaan serius berkenaan projek kementerian pertahanan bernilai RM100 juta pada 2005 yang dibangkitkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan membabitkan keluarga Perdana Menteri dan juga berkaitan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Yang menghantui Najib pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66 adalah hantu Altantuya Shaariibuu. Mengapa hantu Altantuya itu tidak tenteram?

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.