Apabila Najib mengatakan mengundi DAP bermakna mengundi penindasan orang Melayu, sementara Chua Soi Lek mengisytiharkan yang undi itu adalah bagi penindasan orang Cina, sudah tiba masanya untuk menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan /UMNO/BN yang tidak jujur, penuh tipu daya, tidak berprinsip dan tidak bermoral


Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66 menyeru ahli UMNO untuk berkerja lebih keras bagi meyakinkan rakyat untuk menyokong Barisan Nasional kerana undi untuk DAP bermakna mengundi penindasan orang Melayu.

Akan tetapi ini sangat bercanggahan dengan apa yang pemimpin MCA seperti Presiden MCA Datuk Dr. Chua Soi Lek katakan kepada orang cina seantero negara, bahawa undi untuk DAP bermakna mengundi untuk penindasan orang Cina.

Jelas apabila Najib mengatakan mengundi DAP adalah mengundi penindasan orang Melayu sementara Chua Soi Lek mengisytiharkan mengundi DAP mengmengundi penindasan orang Cina, bermakna telah tiba masanya untuk menyelamatkan daripada kerajaan /UMNO/BN yang tidak jujur, penuh tipu daya, tidak berprinsip dan tidak bermoral.

Wibawa dan legitimasi apakah yang dimiliki perikatan seperti Barisan Nasional yang sanggup membuat tipu daya dan ketidakjujuran, menanam penipuan dan pembohongan bagia memastikan mereka kekal berkuasa, tetapi mengakui bahawa mereka mempunyai kelayakan dan moral untuk memerintah Malaysia yang berbilang kaum, berbilang bahasa, berbilang agama dan berbilang budaya walhal sebenarnya mereka giat memecahbelahkan kaum dan agama di Malaysia?

Najib dan prmimpin UMNO berbohong apabila mereka mengatakan yang satu mengundi DAP adalah mengundi penindasan Melayu sepertimana Chua Soi Lek dan pemimpin MCA berbohong apabila mereka memberi amaran bahawa mengundi DAP adalah mengundi penindasan orang Cina.

Memandangkan kedua-duanya berada di dalam satu perikatan politik Barisan Nasional, mereka sepatutnya cuba untuk menyusun dan menyelaraskan perbezaan mereka untuk menghasilkan satu “Penipuan Besar Keatas DAP” bukannya berterusan menyampaikan dua pembohongan yang saling bercanggah kepada dua komuniti berlainan dan tertangkap menipu!

Najib dan pemimpin Barisan Nasional sepatutnya tahu bahawa mereka sekarang berada di era internet dan tidak mungkin pemimpin politik di negara ini dapat menyekat dan memanipulasi aliran maklumat bagi menyembunyikan ketidakjujuran dan sikap berpura-pura pemimpin UMNO membohongi orang Melayu bahawa mengundi DAP adalah mengundi penindasan orang Melayu sementara pemimpin MCA membohongi orang Cina bahawa mengundi DAP mengmengundi penindasan orang Cina

Pada isu ini sahaja, melihat bagaimana parti komponen Barisan Nasional menyebarkan bukan sahaja pembohongan yang terang-terang tetapi juga bercanggah berkenaan DAP, menunjukkan muflisnya prinsip politik dan moral mereka, maka UMNO/Barisan Nasional sepatutnya dikeluarkan daripada Putrajaya.

Pengundi Malaysia tidak mengira kaum, agama dan kawasan sepatutnya bangkit dan bersatu untuk menyatakan denga jelas ketika PRU13 bagi memberitahu seluruh negara dan dunia bahawa mereka mengecam, benci dan tidak menerima politik yang sedemikian jijik juga bagi menaikkan kerajaan baru yang lebih bersih dan berprinsip.

DAP, bersama PKR dan PAS di dalam Pakatan Rakyat, menolak politik “pecah dan perintah” UMNO/BN yang memusnahkan dan mahu ia digantikan dengan politik “bersatu dan perintah” yang lebih positif dan membina.

Pakatan Rakyat menentang penindasan mana-mana kaum, agama atau kumpulan dan akan memastikan berakhirnya peminggian dan diskriminasi mana-nama kaum, agama atau kumpulan dan ini akan menjadi prinsip kerajaan persekutuan PR di Malaysia.

Semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asal, Kadazan atau Iban akan menjadi pemenang di dalam Malaysia di bawah kerajaan PR.

Tetapi kami tidak menjanjikan bahawa tiada yang akan kecundang sekiranya PR mencapai “impian mustahil” rakyat Malaysia untuk menewaskan UMNO/Barisan Nasional pada PRU13 dan membentuk kerajaan persekutuan di Putrajaya.

UMNO-putra dan kroni-kroninya dalam BN, yang telah menghirup kekayaan titik peluh rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asal, Kadazan atau Iban, akan menjadi mereka yang kecundang kerana tertutupnya jalan bagi mereka memperoleh kekayaan mudah dari titik peluh rakyat Malaysia.

Print Friendly

This article is also available in English at: http://goo.gl/pLHuo

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.