Dua prasyarat untuk PR menewaskan Umno/BN dalam pertembungan merebut Putrajaya pada PRU13


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan dalam ucapan beliau ketika pembukaan Muktamar PAS ke-58 pagi ini bahawa PAS bersedia untuk mengambil alih kuasa persekutuan dengan teman-teman lain dalam Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia kini dalam dilema pada Pilihan Raya Umum ke-13, untuk membuat keputusan sama ada Malaysia patut mempunyai sebuah permulaan baru dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru di Putrajaya, atau sama ada rasuah, salahguna kuasa, ketidakadilan dan ketidaksamarataan Umno/Barisan Nasional perlu terus menggelapkan masa depan, harapan dan kehendak rakyat.

Terdapat dua prasyarat untuk Pakatan Rakyat menewaskan Umno/Barisan Nasional dalam pertembungan merebut Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Perkiatan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP mestilah mampu meyakinkan rakyat Malaysia kepada dua perbezaan penting antara Pakatan Rakyat dengan perikatan Umno/Barisan Nasional.

Pertama, bahawa Pakatan Rakyat mengamalkan politik “Bersatu dan Perintah” yang membezakan dengan pendekatan tradisional dan memecahbelahkan “Pecah dan Perintah” UMNO/BN, yang memisahkan rakyat Malaysia mengikut garis kaum dan agama bukannya menyatupadukan.

Melalui politik pembohongan, penipuan dan menakut-nakutkan, UMNO/Barisan Nasional menyebarkan mesej berbeza dan bercanggah di kalangan kelompok kaum dan agama yang berbeza, menyemai benih-benih keraguan malahan kebencian, yang tentu sekali bertentangan dengan tugas membina bangsa Malaysia.

Di kalangan orang Melayu, UMNO menyebarkan menyebarkan pembohongan dan penipuan dalam bentuk amaran bahawa DAP sebenarnya yang akan berkuasa sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan pada PRU13, Melayu akan kehilangan hak dan menjadi “pengemis di tanah sendiri” Islam akan dipinggirkan dan Malaysia akan menjadi negara Kristian, sistem Raja-Raja akan dimansuhkan dan Malaysia menjadi Republik. Dalam erti kata lain, DAP akan mengkhianati ikrar di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

Di kalangan kaum Cina, MCA akan menyebarkan pembohongan dan penipuan dalam bentuk amaran bahawa PAS sebenarnya yang akan berkuasa sekiranya Pakatan Rakyat menang mengakibatkan korbannya hak-hak politik, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan agama bukan-Melayu dan bukan-Islam. Disebalik pembohongan dan penipuan itu adalah mesej bahawa PAS akan mengkhianati ikrar di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

Ini merupakan amalan politik yang sangat tidak bertanggung jawab, tidak menghiraukan akibat buruk daripada taktik “Pecah dan perintah” sedemikian rupa kepada proses pembinaan negara Malaysia.

Sebaliknya, parti-parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP mahu menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan, dengan visi dan objektif yang sama – untuk memulihkan keadilan, kebebasan, demokrasi dan tadbir urus yang baik di dalam negara.

Juga tidak seperti Barisan Nasional di bawah pengaruh dan dominasi UMNO, Pakatan Rakyat adalah perikatan yang sama rata dan bergerak atas dasar muafakat. Tiada penguasaan dan dominasi parti-parti tertentu di dalam Pakatan Rakyat.

Kedua, kita mestilah menyakinkan rakyat Malaysia bahawa perbezaan besar Pakatan Rakyat dengan UMNO/BN adalah perikatan Pakatan Rakyat mengamalkan politik yang ikhlas, jujur dan amanah, yang mana janji dipegang erat dan tiada satu pun daripada tiga parti di dalam Pakatan Rakyat baik PAS, PKR atau DAP akan mengkhianati ikrar dan komitment yang telah dibuat di dalam PR, sama ada di dalam Dasar Bersama atau Buku Jingga.

Saya menyeru semua pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, sama ada PAS, PKR atau DAP untuk menyokong sepenuhnya perjuangan bagi membawa perubahan dalam PRU13 memandangkan ini sajalah caranya untuk menamatkan korupsi, penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan dan ketidaksamarataan di bawah pemerintahan UMNO/BN.

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.