Jangan was-was, lakukanlah perubahan


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
October 14, 2012

Okt 14 — Rasa tidak terdaya untuk membaca dan mengulas tentang isu-isu yang mengelilingi politik negara. Seperti mana yang saya sebut selalu kebanyakan isu yang ditimbulkan ialah isu rasuah yang besar yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpin UMNO kini. Saya tetap akan terus menerus bercakap tentang rasuah ini kerana rasuah adalah kerja yang sangat hina dan ia boleh menjahanamkan sebuah negara. Sebelum ia menjahanamkan negara elok rakyat bertindak dengan kesatuan yang kuat kerana perasuah ini bukan mudah untuk dihapuskan.

Usaha menghapuskan rasuah ini memerlukan kerjasama yang rapat di antara semua pihak dan rakyat keseluruhannya kerana kehancuran terhadap negara itu akan pasti sampai jika rasuah yang keterlaluan ini tidak dibendung. Perjuangan ini merupakan perjuangan yang panjang dan memakan masa yang lama, tetapi langkah permulaan wajar berlaku sekarang kerana jika usaha ini ditangguh-tangguhkan ia akan menjadi barah yang susah untuk dikawal.

Perjuangan melawan rasuah ini memerlukan permuafakatan yang jitu dari rakyat semua kaum dan juga dari parti-parti politik serta setiap individu-individu yang sedar tentang bahayanya rasuah ini dibendung. Maka samada terdaya atau pun tidak, kita harus ke depan dan memerangi rasuah ini habis-habisan melalui cara yang halal dan dibenarkan oleh perundangan negara kita.

Banyak pihak telah membuat teguran dan desakan untuk pimpinan sekarang ini melakukan pembersihan terhadap rasuah ini kerana UMNO merupakan parti yang memimpin negara kita. Namun semua desakan itu tidak pergi ke mana, malahan rasuah berkembang dengan begitu menjolok mata sehinggakan kita semua tidak tahan lagi untuk bersabar.

Rasuah sudah menjadi mainan kepada pimpinan hari ini. Rasuah dilakukan oleh mereka seperti makan sarapan harian. Tidak ada rasa malu dan tidak merasa bersalah terhadap rakyat yang memberikan mereka mandat. Oleh kerana amalan buruk ini sudah berlaku begitu lama ianya sudah bersarang di dalam pentadbiran kerajaan hari ini. Tidak siapa yang mahu melakukan kerja tanpa mendapat habuan secara rasuah.

Itu sebabnya saya dan ramai yang lain mahukan pembenterasan rasuah ini dilakukan secara politik. Kenapa secara politik? Kerana ahli dan parti politik yang diberi mandatlah yang menyebabkan rasuah ini berluas-luasa. Menteri-menteri tidak tahu tugas dan tanggungjawab mereka lagi. Menteri-menteri sepatutnya duduk di pejabat untuk memantau perlakuan pelaksana ia itu penjawat awam yang melaksanakan tanggungjawab mereka. Menteri-menterinya wajar memelihara kebersihan kementerian mereka daripada rasuah. Itu tugas mereka sebenarnya.

Tetapi menteri-menterinya pula yang bersekongkol dengan perasuah malahan menteri-menteri pula yang memberikan perlindungan terhadap penjawat awam di bawah mereka untuk kepentingan bersama yang menjijikkan itu. Apabila menteri-menteri ini bersama-sama ‘mencari makan tambahan’ ini bersekongkol dengan perasuah itu maka menteri-menteri ini tidak lagi dihormati oleh penjawat awam di bawah kementerian masing-masing dan mereka bebas untuk melakukan kerja hina ini terang-terangan.

Kerja-kerja ini sudah berlaku begitu lama sehinggakan ramai di antara penjawat awam yang bersih dari rasuah ini tidak lagi bersama dengan parti yang sedang memerintah. Banyak usaha dilakukan oleh berbagai-bagai pihak untuk membawa kes-kes ini kemuka pengadilan, tetapi ada pula yang mempertahankannya dari jabatan perundangan negara itu sendiri.

“Attorney-General” sendiri mengambil sikap melindungi mereka yang rasuah ini dengan memilih-memilih kes yang melibatkan mereka yang berkuasa. Yang ini dibawa ke depan, dan yang ini NFA (no further action) dan tidak dihadapkan ke mahkamah. Masing-masing yang besar-besar dalam kerajaan bekerjasama untuk melindungi rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar negara.

Rasuah sudah menjadi sebati sehinggakan tidak ada siapa yang boleh mengambil tindakan kepada sesiapa kerana yang patut mengambil tindakan ini juga sedang dipersoalkan kewibawaan mereka. AG Ghani Patail sendiri mempunyai stigma yang buruk. Bagaimana beliau boleh masih kekal dengan jawatan yang penting itu. Pendeknya tidak ada siapa lagi di dalam “regim” hari ini boleh dipercayai untuk menjaga rakyat dan negara ini dengan baik dan sempurna.

Itulah sebabnya ramai rakyat merasakan yang ‘gerombolan’ ini patut dinyahkan dari kuasa. Sebagai rakyat yang mahukan keamanan kita tidak mahu memilih untuk melakukan kekerasan seperti apa yang berlaku di negara-negara arab sekarang ini. Kita sudah ada cara yang sesuai untuk menukar kerajaan tanpa kekerasan.

Kita mengambil pilihanraya sebagai tempat dan premis untuk menukar wajah negara kita di zaman kemajuan ini. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan mandat kepada pihak lain untuk menjaga negara dan rakyat selama lima tahun yang akan datang.

Sekarang ini kita melihat rakyat sudah bangkit dan mahukan perubahan ini dilakukan segera dan PRU13 inilah masanya untuk melakukannya. Jika pakatan baru ini tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan rakyat akan kembali membuat perubahan di masa depan. Di sini kita dapat menekankan yang rakyatlah yang berkuasa dengan sebenarnya, bukannya Najib, Mahathir atau sesiapa.

Tetapi apa yang kita lihat sekarang ini, jika tidak ada apa yang saya selalu sebut sebagai “legal cheating” dilakukan oleh pihak UMNO dan BN pertukaran kerajaan tidak akan dapat dibendung lagi. Itulah sebabnya PM Najib dan seluruh kepimpinan hari ini merasakan bahang perubahan ini. Gerombolan ini sedang berusaha mempertahan kuasa yang ada hari ini dengan menabur fitnah dan selalu mengatakan yang PR tidak akan boleh memimpin dengan ‘baik’ seperti BN.

Saya selalu berkata. “The worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of BN.” Tidak ada yang terbaik kerana yang terbaik itu bukan sifat manusia. Yang terbaik hanya sifat yang Maha Kuasa dan RasulNya.

Itu sebabnya Tuhan adakan dosa dan pahala kerana manusia diduga dengan kenikmatan dan keburukan. Apabila tubuh kita sudah terbujur roh kita tidak mati. Ia akan menghadap Tuhan semesta alam ini untuk ditimbang semua kerja baik dan buruk semasa hayat kita.

Buat kali ini kita perlu melakukan perubahan itu tanpa was-was.

  1. #1 by balance88 on Sunday, 14 October 2012 - 1:49 pm

    Amongst our prime ministers todate, Najib, in my opinion, has the best command of English with good fluency and proper pronunciation, at times sounding like a white man. Where do you think he acquired this level of proficiency? Had he been brought up under the current Malay based education system, he would not have good command of English. Of course, his family can afford to send him overseas to study, an option not available to many average Malaysians without burning a big hole in their pocket. So, whilst our ministers’s sons and daughters are able to get the best education overseas, the average Malaysian suffers and our ministers continue to politicize the education issue.

    Our policy makers are running round in circles like a headless chicken and blowing where the wind blows them to. The direction to the blueprint should be simple and obvious. English should be an important part of the blueprint IF Malaysia wants to compete in the global market. What is so difficult with that!

    While we can have the best education plan in the world, we must also ensure that the plan is implemented by those in the lower echelons of our education system in particular the administrators and teachers. Even a sub standard plan if implemented successfully will achieve a better result than a poorly implemented good plan.

    Any blueprint must address the quality of our teachers. Teachers must not only be well qualified but also must possess the right attitude, responsibility and dedication to educate the young. Currently, it is common to hear of teachers not teaching in classes due to pregnancy or courses they need to attend. In the school that my daughter attend, the teacher is either not present in class or the students are asked to do their own things and she is due to sit for her SPM in 1 months time! Contrast this to my son in the independent Chinese school. 1-2 months before his PMR and UEC, the teachers finished teaching the whole syllabus and thereafter, the teachers concentrated on revisions and gives them loads of exercises to do right until exam time!

    There is a basic fundamental flaw in our education system and we need to solve it fast. The solution is obvious. Just stop playing politics with it and put the right people in charge of it. There is too much talk and not enough action. While the policy makers talk until the cow comes home with time and money spent on blueprints after blueprints year after year, our young generation suffers in silence. Ultimately, Malaysia loses its competitive edge and the country suffers economically.

  2. #2 by son of perpaduan on Sunday, 14 October 2012 - 8:21 pm

    ” Jangan was-was, lakukanlah perubahan ”

    Pada awal tahun 90an, perubahan ini telah dimartabatkan oleh golongan kaum cina.
    Pada masa itu, MCA dan tuannya iaitu Umno ( Perlindungan PDRM ) begitu berkuasa dan bermaharajalela menperluasakan perniagaan haram seperti dadah, maksiat tumbuh dimerata-rata tempat disetiap majlis bandaran. Majlis Penbandaran juga bersekongkol dengan pihak polis melindungi setiap sarang dibawah jagaan mereka supaya perjalanan perniagaan haram itu tidak terganggu.

    Pada masa itu, jumlah keluarga terutamanya golongan orang cina menghadapi masalah serius anak-anak muda mereka terperangkap dalam gejala sosial seperti dadah yang senang didapati serta dijual tanpa gangguan di sarang seperti disco dan karaoke.
    Sedih sekali apabila diketahui semua sarang dadah itu kepunyaan VIP politik tajaan MCA.
    Peratusan yang tinggi setiap ahli keluarga berhadapan kehilangan anak perempuan terperangkap dalam pelacuran dan anak lelaki yang masih belajar jatuh kedalam alam neraka dadah.
    Justeru, orang cina sudah lama pinggirkan MCA dari dipukau sehingga sekarang.

    Disebaliknya, apa yang jelas saya nampak sekarang ini ialah golongan anak muda melayu mula mengambil alih sebagai mangsa gejala tajaan Umno. Kaum melayu harus bangkit menolak Kerajaan yang haprak ini secara besar-besaran supaya bangsanya diselamatkan.
    Lakukan perubahan ini demi menyelamatkan anak-anak masa depan kita semua.

You must be logged in to post a comment.