Dr M mempunyai ‘migrant mentality’


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Aug 10, 2012

10 OGOS — Dr Mahathir Mohamad telah membuatkan rakyat sebenar Sabah merasa tersinggung kerana kenyataan beliau (Dr Mahathir) bahawa pendatang yang telah lama datang ke Sabah diberikan kerakyatan kerana mereka sudah pandai berbahasa Melayu. Alasan untuk memberikan kerakyatan kepada pendatang ini amat memilukan kita sebagai rakyat negara yang merdeka dan kononnya sedang menuju kemajuan setanding dengan negara-negara maju.

Ketua Penerangan Parti UPKO, Datuk Donald Peter Mojuntin, telah membidas Dr Mahathir kerana tidak sensitif terhadap perasaan rakyat khususnya rakyat Sabah. Bekas Perdana Menteri itu tidak memahami bahawa isu pendatang yang terlalu ramai ini akan menjejaskan keselamatan negara kita akhirnya. Kini seramai 27 peratus daripada keseluruhan rakyat Sabah terdiri daripada pendatang asing khususnya dari Filipina. Ratusan ribu yang lain yang menetap di Sabah secara haram dan tidak ada apa-apa tindakan dari pihak kementerian keselamatan dalam negeri. Ianya amat mengerikan.

Buat kita dari semenanjung yang datang ke Sabah terpaksa menggunakan passport antarabangsa atau kad pengenalan. Tetapi itu tidak mengapa kerana itu merupakan salah satu syarat sebelum Sabah menyertai persekutuan ini. Kita ikut sahajalah undang-undang itu. Tetapi ratusan ribu rakyat asing yang datang tanpa izin dengan senang lenang duduk di Sabah tanpa apa-apa tindakan terhadap mereka.

Mereka (pendatang) ini telah diberikan kad pengenalan melalui projek IC yang telah membiarkan pendatang asing masuk ke Sabah tanpa dokumen perjalanan sah dengan bebas tanpa sekatan. Sebab mereka diberikan kad pengenalan ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana politik BN untuk mengekalkan kuasa dan perkara ini berlaku dari zaman pemerintahan Dr Mahathir.

Itulah sebabnya saya selalu berkata BN tidak boleh memberi jaminan keselamatan kepada negara kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan kuasa tanpa mengira “consequence”nya kepada kestabilan politik negara dalam jangka masa yang panjang. Yang penting bagi mereka (BN) ialah pengekalan kuasa walaupun dilakukan dengan cara kotor.

Mojuntin telah memberikan reaksi yang panas terhadap penulisan Dr Mahathir yang berpendapat mereka (pendatang asing) itu diberikan kerakyatan semata-mata kerana mereka sudah pandai berbahasa Melayu. Kalau kita kaji ramai rakyat negara kita mahukan kerakyatan negara asing khususnya di England atau pun Australia tetapi usaha itu bukanlah usaha yang senang.

Negara dan pemimpin British dan Australia tetap tidak memberikan kerakyatan dengan senang walaupun yang memohon untuk mendapatkan kerakyatan itu boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Jadi kenapa kita mesti memberikan kerakyatan kepada pendatang Filipina itu semata-mata mereka sudah boleh bercakap bahasa Melayu dan telah duduk di negara ini agak lama.

Ribuan rakyat Malaysia yang telah menetap di Britain sejak puluhan tahun yang memohon untuk menjadi rakyat Britain, masih tidak mendapat taraf kerakyatan walaupun mereka begitu fasih dalam bahasa Inggeris. Justeru alasan yang diberikan oleh Dr Mahathir untuk memberikan taraf kerakyatan kepada pendatang Filipina itu adalah alasan yang sangat meleset. Ia merupakan satu pandangan yang tidak difikirkan betul-betul sebelum ditulis di dalam blog popular beliau itu.

Dalam isu pendatang asing di Sabah ini saya nampak satu kenyataan yang jelas tentang Dr M ini. Beliau masih lagi mempunyai “migrant mentality” walaupun sebahagian daripada diri beliau itu adalah generasi kedua atau ketiga daripada keluarga yang berasal dari sebuah negara lain.

Sebab itulah agaknya beliau begitu memihak kepada pendatang asing di Sabah itu. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by yhsiew on Friday, 10 August 2012 - 11:33 pm

    The 240 million Indonesians living in Indonesia are also fluent in Bahasa Melayu. Dr Mahathir may well invite them to become Malaysian citizens!

  2. #2 by ENDANGERED HORNBILL on Friday, 10 August 2012 - 11:42 pm

    Mahathir was Malaysia’s first migrant PM.
    Now he wants to be a prime minister to the migrants.

  3. #3 by bumiborn on Saturday, 11 August 2012 - 12:28 am

    Just like traitor, betraying his country men.

  4. #4 by yhsiew on Saturday, 11 August 2012 - 7:42 am

    There is no justification in granting citizenship to aliens in exchange for votes.

  5. #5 by undertaker888 on Saturday, 11 August 2012 - 9:50 am

    This muckhead thir is prostituting our country away. And he has the nerve to say balik Cina. Traitor of the highest order. Bapa ayam will be right title for him instead Of bapa permodenan.

  6. #6 by Bigjoe on Saturday, 11 August 2012 - 12:33 pm

    Aspian Alias is spot on describing Mahathir

    Mahathir has is over self-righteousness of ownership of this country but little sense of responsibility of that ownership – like a migrant not citizenship certainly not a patriot. In other words, he cares about winning at all cost, rules and principles don’t matter – perversion of the ‘means justify the ends’.

    When will people get it, Mahathir principle is that if he has to lose – the other guy is going to lose more..Mahathir is an intellectual and political terrorist. If he were not lucky enough to have had a successful career, there is no doubt in my mind he would have turn to violence and arms..

    What Sabahan and Sarawakian have to be told as well as the rest of this country – If they don’t act now against UMNOnisation which is in fact Mahathirism in Sabah & Sarawak, the terrorism that is Mahathirism will wipe them out eventually..

  7. #7 by monsterball on Saturday, 11 August 2012 - 2:41 pm

    Mahathir is an established liar, racist and steal billions to buy power and enriching his family ad friends.
    He is a pain in the A…s to millions of Malaysians.
    His leadership by examples for 22 years have shamed the people and country.
    Only in Malaysia, he enjoys a small group of fanatics and racists support.
    His son tells Kedahans not to shame his father anymore.
    He does not know what he is talking about.
    His father shamed Tunku Abdul Rahman all forgotten.

  8. #8 by dagen wanna "ABU" on Saturday, 11 August 2012 - 2:41 pm

    Dia tu betul betul dah gila kuasa dan tamak sangat.

  9. #9 by monsterball on Saturday, 11 August 2012 - 2:49 pm

    UMNO b politicians have all learn to tell half truths…and the fooling Malaysians with their dirty politics have gone further under Najib.
    They are truly hypocrites of the highest order and a disgrace to their race and religion.
    They will never change for changing means admitting so many evil deeds and defeat in the 13th GE means the corrupted lot will be investigated and tried under a new government.
    Najib dare not announce 13th GE date at all.
    He knows one day delay means one day free for him and Rosmah.
    He will defend his freedom with his life.

  10. #10 by ENDANGERED HORNBILL on Saturday, 11 August 2012 - 3:59 pm

    Selepas Pakatan Rakyat mengawasi kerajaan dipersekutuan, Sabah patut mengistiharkan bahawa Tun M dianggap “persona non grata” di Sabah atas kekecohan dan keterlampauan beliau dalam usaha Projek IC/Projek M.

You must be logged in to post a comment.