Hanya BN yang mampu mencetuskan kekecuhan jika kalah PRU


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jul 24, 2012

24 JULAI — Selalu saya terfikir yang negara perlu memulakan “facet” yang baru dalam politiknya kerana dengan isu perkauman yang sedang digendang oleh pihak pemerintah sekarang ini amat merbahaya untuk kestabilan dan keselamatan negara. Pihak BN tidak mahu menerima hakikat dan semangat demokrasi dan kekalahan dalam pilihanraya merupakan satu perkara yang mereka tidak dapat hendak terima sedangkan itu lah perkara yang biasa yang berlaku di dalam mana-mana negara demokrasi.

Nampaknya cita-cita negara untuk mendapatkan sebuah negara yang mencapai “national unity” tidak mungkin tercapai sampai bila-bila selagi BN masih memainkan isu perkauman yang terlalu besar. Isu perkauman ini tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila kerana itu pun isu yang digunakan oleh pihak BN terutamanya Umno untuk meneruskan cengkaman terhadap pemikiran rakyat kerana tamakkan kuasa.

Umno tidak mahu menerima hakikat bahawa untuk memperbaiki diri, mereka harus dan wajib menerima yang mereka juga mesti melalui zaman dan waktu sebagai pembangkang. Umno harus menerima yang waktu duduk di kerusi pembangkang itu merupakan waktu yang terbaik untuk memperbaiki diri.

Perasaan saya begitu mendidih apabila pimpinan Umno membuat andaian yang negara akan menghadapi zaman kekecuhan jika PR memerintah. Saya tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan rasional nya terhadap andaian itu. Pihak pembangkang khususnya DAP tidak pernah membuat andaian yang merbahaya ini tetapi hanya Umno sahaja yang membuat andaian ini semata-mata untuk menakut-nakutkan orang ramai dan memberikan sokongan terhadap parti yang sudah memerintah selama lebih lima dekad itu.

Sebenarnya pihak pembangkang telah menerima kekalahan setiap pilihanraya dan tidak pernah membuat kekacauan. Kita telah mengadakan pilihanraya sebanyak 12 kali dalam sejarah negara merdeka kita. Mengingatkan peristiwa 13 Mei itu merupakan kerja menakut-nakutkan rakyat untuk membuat pilihan secara bebas dan jika berlaku kekecuhan ia akan hanya dilakukan oleh pihak BN dan bukannya dari pihak PR.

Jangan mengungkit cerita lama tentang peristiwa berdarah itu kerana ramai di antara mereka yang membesarkan isu ini belum pun lahir lagi atau masih dalam buaian semasa itu yang di antara mereka sudah menjadi Menteri-Menteri Besar dan Menteri-Menteri dalam kerajaan sekarang. Contohnya Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri kita yang tidak semenggah itu masih bermain dengan tali seluar lagi.

Pada tahun 1969 itu adalah pilihanraya yang berkeputusan seperti pilihanraya 2008 dalam mana BN atau pun Perikatan semasa itu hampir-hampir tidak dapat membentuk kerajaan. Di sini kita lihat kekecuhan hanya berlaku jika BN kalah atau hampir kalah kerana BN akan melakukan segala-gala perkara buruk untuk membawa negara kearah kekecuhan dan mengambil keadaan itu secara “expedient” untuk mengistiharkan dharurat seperti yang berlaku semasa itu.

Perayaan kemenangan parti Gerakan yang pertama kali menyertai pilihanraya sebagai pembangkang semasa itu di ambil kesempatan secara halus oleh pimpinan BN atau Perikatan semasa itu untuk mencetuskan situasi yang membolehkan dharurat di isyhtiharkan. Setakat itu sahaja yang saya mahu sebutkan untuk menafikan yang kekecuhan itu dilakukan oleh pembangkang. Bagi orang-orang lama ia tidak perlu disebut-sebut lagi kerana jika disebut ia seperti “menepuk air di dulang” seperti apa yang dikatakan oleh perbilangan kita orang Melayu.

Saya tidak berminat untuk membuat kenyataan yang sangat dibimbangi oleh semua pihak ini tetapi cukup sekadar menyatakan yang 13 Mei sengaja di cetuskan secara sistematik oleh pihak yang sedang hampir kalah dengan menggunakan perayaan dan perhimpunan kemenangan pilihanraya itu sebagai “immediate cause” kepada peristiwa berdarah itu.

Semasa itu perhimpunan dan perayaan kemenangan adalah bebas, tidak seperti sekarang. Pihak pembangkang tidak dapat mengadakan ceramah-ceramah semudah dahulu dengan adanya bermacam-macam akta yang digubal untuk kepentingan politik pihak pemerintah sahaja.

Oleh yang demikian kita harus berfikiran yang menyejukkan dan bukannya mempunyai pemikiran yang boleh memanaskan keadaan. Peristiwa 13 Mei itu membuktikan yang keadaan kekecuhan itu akan hanya berlaku jika pihak yang memerintah mengalami kekalahan atau hampir kepada kekalahan. Didalam pilihanraya-pilihanraya yang lain tidak ada kekecuhan kerana BN memang dalam angka yang memudahkan mereka meneruskan pembentukan kerajaan.

Dalam situasi sekarang BN merasakan kali ini merupakan kali yang terakhir mereka mendapat mandat, bukan kerana rakyat sengaja hendak menolak mereka tetapi terpaksa melakukan penolakan itu kerana Umno sudah tidak lagi menjadi parti yang bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat dan negara.

Oleh itu pihak Umno dan pimpinannya lah yang sepatutnya memujuk hati mereka sendiri supaya tidak melakukan kerja seperti pada tahun 1969 itu jika mereka mengalami kekalahan dalam PRU yang akan datang. Umno dan pimpinan patut memujuk hati dan jiwa masing-masing supaya menerima hakikat bahawa apa yang hidup akhirnya akan mati kerana segala makhluk bersifat baharu itu wajib menghadapi kematian. Begitu jugalah Umno, mesti menerima hakikat jika sampai waktu dikalahkan, terimalah dengan penuh ‘gentleman’.

BN tahu yang kali ini PAS, DAP dan PKR akan mendapat mandat (insyaallah) maka itulah sebabnya isu perkauman kembali subur dalam politik sekarang ini. Perlu di ingat dialam gabungan PR, tidak ada satu parti pun yang bersifat perkauman.

Rakyat tidak mahu lagi cerita-cerita perkauman seperti isu Melayu-Melayu yang didendangkan oleh Umno untuk mendapatkan sokongan, tetapi Melayu tidak kemana juga… asyik tertipu oleh retorik pimpinan bangsanya sendiri. Melayu tidak habis-habis tertipu sepanjang hayatnya.

Oleh itu saya impikan negara kita kembali bermula dipangkal jalan dengan cara yang baharu untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu “perpaduan national”. Tidak ada seorang pun dalam kepimpinan hari ini boleh melakukannya kerana kesemua di antara mereka itu sudah hilang segala “plot” untuk mentadbir negara.

Kita perlu mencari agar timbul seorang Mandela dalam negara kita untuk membuat penyusunan kembali siasah dan politik negara untuk menjamin “perpaduan national” itu. Mereka yang perlu diberikan tanggungjawab itu ialah mereka-mereka yang berpengalaman luas yang “senior” untuk duduk dan berbincang bab masa depan negara.

Isu ini isu serius dan tidak boleh ditangguh-tanguhkan lagi. Kita hendak tinggalkan politik berpuak-puak yang tidak ada hadnya seperti sekarang ini kerana yang akan menerima celakanya adalah generasi kita yang akan datang. — aspanaliasnet.blogspot.com

Print Friendly

  1. #1 by monsterball on Wednesday, 25 July 2012 - 3:41 am

    Najib bohon besar.
    Dia tak boleh kalar.
    Kalar kina tamkap masok lokup investigasi corruptsi.
    Party pun tak boleh kalar.
    Curi Rakyat wang billions billions.
    Itu Mahathir ajar sumua apa macham curi curi pun tak takot.
    Dia sindiri curi 100 billion dalam 22 tuhon jadi PM.

You must be logged in to post a comment.