Akhbar didakwa fitnah Kit Siang isu raja Melayu


oleh Malaysiakini

Lim Kit Siang showing untruthful article on SelangorKita (Picture by MalaysiaKini)

DAP hari ini mendedahkan pengedaran sebuah akhbar anti Pakatan Rakyat tidak berdaftar yang didakwa mereka-reka kenyataan penasihatnya Lim Kit Siang berhubung isu raja-raja Melayu.

Akhbar dengan nama Selangor Kita itu dengan memetik “sumber DAP” antaranya memetik Lim sebagai berkata, tidak perlu menghormati pemimpin tertinggi negara Yang di-Pertuan Agong.

Lim Kit Siang exposing SelangorKita fitnah article (Picture by MalaysiaKini) “Ia tidak benar. Saya tidak pernah berkata demikian.

“Pemimpin-pemimpin DAP lain juga tidak pernah berkata demikian,” kata Kit Siang merujuk kepada petikan kenyataan dalam halaman kedua edisi Mei 2012 akhbar tersebut.

Bercakap dalam sidang akhbar di Petaling Jaya pagi tadi, Lim berkata, penerbitan itu bersifat menghasut dan memberikan gambaran yang salah tentang dirinya.

“Ini adalah penerbitan yang sangat tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan rasa tidak percaya dan kurang senang antara kaum.

“Ia juga bertujuan memberikan gambaran seolah-olah saya ini menentang sistem kesultanan Melayu dan seolah-olah saya ini tidak hormat kepada Raja-raja Melayu,” katanya.

Akhbar dengan reka letak ala Selangor Kini – penerbitan rasmi kerajaan Selangor pimpinan Pakatan – tanpa nama penerbit, pengedar dan penulis itu mempunyai hanya lapan halaman dan didakwa dikesan sekitar Puchong.

Picture of SelangorKita paper (Picture by MalaysiaKini) Antara tajuk beritanya “PKR Selangor PENAKUT!”, “Politik dendam Khalid Ibrahim tiada batasan”, dan “PTPTN: Pemuda Umno bidas kerajaan Selangor”.

Turut dimuatkan kenyataan dan gambar Timbalan Ketua Perhubungan BN Selangor Datuk Noh Omar yang mengkritik pentadbiran Selangor.

Sementara itu ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San yang mendakwa menerima akhbar itu berkata akan membuat laporan polis petang ini.

Print Friendly

  1. #1 by yhsiew on Wednesday, 18 July 2012 - 2:27 pm

    Kit should make a police report.

  2. #2 by Godfather on Thursday, 19 July 2012 - 7:10 am

    This is a publication without a KDN number, probably printed by a fly-by-night printer, and a bogus office address. It’s probably operating out of one of the many abandoned buildings in PKFZ or possibly out of the admin building of a certain prawn farm owned by a certain UMNO politician.

    Sue them ? The gomen can’t even find them.

  3. #3 by dagen wanna "ABU" on Thursday, 19 July 2012 - 8:51 am

    Ask the sultan of selangor, kedah and kelantan. Do they ever get the feeling that their position and existence were under threat by the pakatan state government? In our short history the greatest threat to the king came from umno during that crazyO’mamak’s 22 yrs as pm.

You must be logged in to post a comment.