Umno itu sudah terlalu fakir dalam perjuangan


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jul 15, 2012

15 JULAI — Muhyiddin menyeru agar Umno mempertahankan kerusi Gelang Patah habis-habisan kerana Gelang Patah merupakan kawasan yang menempatkan pusat pentadbiran negeri Johor dan mempunyai infrastuktur yang terbaik di negeri Johor. Di dalam kawasan ini jugalah terletaknya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berbagai-bagai infrastruktur terbaik di negeri Johor.

Kenyataan seperti ini yang datangnya dari Timbalan Perdana Menteri dan ianya membayangkan bahawa negeri Johor juga merupakan negeri yang sangat ditakuti oleh BN dalam menghadapi PRU yang akan datang ini. Kenyataan yang membayangkan ketakutan dari pihak BN tidak pernah kita dengar sebelum ini jika ia melibatkan negeri Johor kerana Johor sebelum ini merupakan kubu kuat BN sejak negara mengadakan pilihanraya.

BN dan Umno di negeri Johor sebelum ini hanya mengambil pilihanraya umum sebagai satu pesta sahaja kerana bak kata orang Umno semasa parti itu kuat dahulu, ‘calon Umno tidak payah turun berkempen. Hantarkan songkok untuk mewakili calon-calon-calonnya sahaja sudah cukup dan BN akan menang’. Tetapi kenyataan yang datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan anak Johor ini, amat jelas yang BN di Johor tidak boleh lagi bercakap takbur seperti dahulu. Keadaan sudah berubah dan rakyat lebih fokus untuk mencari pemimpin dan parti yang lebih berguna dari dahulu.

Muhyiddin meminta Umno dan BN Johor perlu melipat gandakan usaha untuk mempertahankan Gelang Patah daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat. Ia bermakna Johor terutamanya di Gelang Patah Umno sedang berada di posisi defensif di tengah-tengah kemaraan pengaruh Pakatan Rakyat sekarang ini. Jika Gelang Patah yang merupakan kubu tradisi BN Johor sudah berada di posisi defensif, bagaimana agaknya di kawasan-kawasan lain yang lebih lemah dari Gelang Patah?

Mungkin apa yang dikatakan oleh setengah pemimpin-pemimpin Umno dan BN di Johor yang mereka (BN) kali ini akan hilang sepuluh kerusi parlimen dalam pilihanraya umum yang akan datang itu memang akan menjadi kenyataan. Mungkin itu jugalah sebabnya kenapa Sallahuddin Ayob, naib presiden PAS yang sekarang mewakili kawasan Kubang Kerian mengambil keputusan untuk kembali ke Johor untuk menjadikan impian PR menjadi pemerintah kepada kerajaan Johor menjadi kenyataan selepas PRU yang akan datang ini.

Jika penekanan dan tumpuan kepada kawasan Gelang Patah ini keterlaluan mungkin ada kemungkinan yang Gelang Patah dan beberapa kawasan Parlimen di Johor akan kekal dalam BN dan yang lainnya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Tidak ada perkara yang tidak menjadi kemungkinan dalam politik negara pada hari ini. Contohnya tidak pernah sesiapa terfikir yang Umno akan menjadi seperti hari ini; fakir dalam perjuangannya serta miskin dalam nilai dan budaya bangsa yang dipimpinnya.

Itu semualah yang menjadikan Umno sudah hilang seluruh identitinya sebagai sebuah parti pemerintah yang bermaruah dan berintergriti sehinggakan parti itu tidak akan kebah dari stigma yang terlalu buruk di sisi pandangan rakyat yang ramai. — aspanaliasnet.blogspot.com

Print Friendly

  1. #1 by dagen wanna "ABU" on Monday, 16 July 2012 - 9:37 am

    Umno ni dah sesat jalan dan sesat arah. Jalan yg kian lama dikenali sebagai Jalan Perjuangan Melayu dah sampai ke hujungnya tanpa sebarang sambungan dgn jalan2 di sekeliling yg lain. Alamak. Celaka betul!

  2. #2 by Bigjoe on Monday, 16 July 2012 - 9:51 am

    Honestly, I don’t like all these reference to religiosity and morality when it comes to UMNO’s performance. In my experience, when it comes really making things work its not about values or believes – its simply more about ability and talent. The reason people are corrupt and abusive usually is because they fail as talent and skills. Even Mahathir despite his success, ultimately failed because he is incapable of working in a more challenging accountable system that had to be.

    Like it or not, UMNO’s failure simply a failure of talent and skills

    • #3 by megaman on Monday, 16 July 2012 - 10:56 am

      Hi BigJoe,

      There are some truth to your statement but there’s more to it.
      The smart and powerful can create a lot of wonderful changes if their motivations are noble and vice-versa, they can create a lot of suffering it their motivations are the reverse.

      The Wise would do the right things right …
      The Evil would do the wrong things right …
      The Ignorant would do the right things wrong …
      The Foolish would do the wrong things wrong …

      Unfortunately we have a group of leaders that can be classified under the Evil, Foolish and Ignorant but none under the Wise.

You must be logged in to post a comment.