Janji dimungkiri, Mahathirisme hidup lagi


— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Jul 12, 2012

12 JULAI — Dr Mahathir yang masih tidak boleh melupakan seronok jadi PM selama 22 tahun menyatakan masa depan Malaysia musnah jika Pakatan menang. Dia sebenarnya rindukan Mahathirisme. Najib di anggap kurang cerdik melaksanakan doktrin Mahathirism. Sebab itu Mahathir sedang asah parang hendak sembelih leher Najib di bantu oleh Muhyidin al lelongi dan Mukriz a/l Mahathir.

Sebelum masa itu tiba, perkara yang serupa dislogankan oleh PM Najib. Mengenai slogan-slogan rakyat dah lali dengan jerit sana sini Najib. Ketika meraikan ahli Umno yang di angkut dan dibayar berhimpun di stadium Bukit Jalil, dia kata nak istihar pilihanraya dia tetap takut. Di Melaka dia kata Umno akan menang 14-0, saya kata, kalau demikian, semalam sudah Najib istihar PRU. Najib tahu perpaduan orang Umno akan kurang 30 peratus pada hari dia menamakan calun. Jadi bagaimana hendak bertarung dalam gelanggang, apabila diluar pun sudah kelam kabut.

Orang Umno dah letih menunggu bila PRU akan di adakan. Kepada orang Umno, PRU ialah Hari Raya. Sebab masa itu, duit datang mencurah curah. Motorsikal dan kereta Myvi sudah di pesan tapi duit belum turun. Orang Umno gelisah. Hendakkan PRU di cepatkan. Mereka tahu kalau Umno kalah, orang Melayu tetap akan terbela bahkan di jagai dengan lebih baik dari yang Umno mampu.

Pilihan alternative yang Najib ada ialah menyibarkan fitnah dan dakyah menakutkan rakyat. Orang Melayu hancur jika Umno tewas. Islam dalam bahaya jika Umno tewas. Raja Melayu musnah jika Umno tewas. Negara akan di perintah oleh DAP. Cina akan membunuh orang Melayu. Pemimpin Umno buat bisness semua dengan Cina. Raja Melayu buat bisnes pun semua dengan Cina.

Celakanya orang Umno, mereka ingat mereka sahaja yang berhak di anggap Melayu. Semasa saya berada dalam Umno, keMelayuan saya tidak pernah di pertikai. Melayu itu ada pada diri saya bukan terletak pada Umno. Mengapa pula, apabila orangnya yang serupa yang Melayunya tidak dipertikai semasa dalam Umno sekarang mahu di pertikaikan ketika bukan dalam Umno? Umno janganlah bongkak sangat. Melayu itu orang, bukan parti politik. Orang Melayu walau dalam apa parti pun tetap Melayu. Orang Melayu tidak jadi bukan Melayu bila mengistiharkan dirinya bukan Umno.

Orang Umno macam takde rasa malu. Sudah berkuasa lebih dari 50tahun, kalau tidak dapat mengurus dan mentadbir dengan baik, eloklah berundur. Serahkan kepada rakyat mengadili parti mana yang mereka hendak.

Bila Mahathir dan Najib mengeluarkan keresahan serta bimbang dan ragu mereka, sesungguhnya itu luahan kata-kata dari orang yang cemas. Jika Umno/BN kalah semua dasar pentadbiran negara yang merosakkan negara akan terdedah. Ketika itu, metos kehebatan Mahathir akan pecah.

Cuba kita tanya sebagai misalan kenapa ekonomi orang Melayu secara keseluruhannya masih rendah berbanding dengan kaum lain? Yang bertambah baik ialah ekonomi Melayu yang terpilih dan istimewa. Anak Mahathir, anak orang bangsawan, Raja-raja Melayu, anak pemimpin tinggi kerajaan; Melayu jenis ini tidak mewakili Melayu keseluruhan dan mereka tidak pun peduli apa berlaku kepada orang Melayu. Yang mereka penting ialah bangsa Melayu boleh di perkudakan untuk mengukuhkan kedudukan Melayu istimewa dan terpilih.

Kenapa jurang perbezaaan pendapatan di kalangan bangsa Melayu paling besar berbanding dengan jurang pendapatan antara kaum lain di Malaysia? Sebab semenjak Mahathir ambil alih kerajaan tahun 1981, dasar memajukan ekonomi Melayu secara organic di gantikan dengan dasar memilih bulu oleh Mahathir. Itulah masanya kita melihat anak-anak emas yang di anggap sebagai pemangkin ekonomi orang Melayu muncul. Mahathir beri lesen, beli konsesi, beri monopoli, beri peluang menswastakan punca-punca kekayaan negara kepada orang-orang yang di pilih, untuk mewakili pencapaian ekonomi Melayu. Mereka ini jadi kayalah, tapi rakyat Melayu kebanyakan masih ketiggalan. Rakyat terus di haramjadahkan sehinga kini.

Dan Mahathir kata Mahathirimse sudah habis? Lihat sahajalah di keliling kita. Penswastaan lapangterbang Sungai Besi akan dimajukan oleh rakan-rakan Najib dan Rosmah. Penglibatan 1MDB hanyalah hiasan tingkap. Lihat pula projek LRT Ampang yang dimenangi oleh syarikat Belfor-Beattty-Invesys pada harga RM1.01 billion di rampas dan di beri kepada syarikat George Kent milik rakan golf Najib dengan tambahan harga sebanyak RM167 million.

Kita lihat dasar mengayakan rakan-rakan kroni yang di pelopori oleh Mahathir masih di teruskan. Jadi bagaimana kita boleh menerima bahawa Mahathirisme sudah berakhir?

Paling akhir dasar memerah dan memicit rakyat berlaku apabila Najib menyenaraikan perniagaan FELDA. Counter FGVH baik dan harga menuju kepada RM6 (buat masa ini) tapi baik untuk siapa? Baik untuk peneroka yang hanya memiliki 810 unit saham berbanding dengan puak yang tidak ada kena mengena dengan FELDA yang di anugerahkan 3-5 juta unit saham? Berani tidak pihak MITI mengeluarkan senarai penerima saham yang mereka agihkan? Ketua bahagian, pemimpin Umno, pemimpin kerajaan, menteri Umno yang memboloti bahagian singa terbitan saham tersebut.

Kita biarkan Dr Mahathir dengan igauannya kerana fakta-fakta mendedahkan pendustaan Mahathir. Dia pembohong dan cara terbaik mendedahkan pembohongan orang yang kian cemas ialah menunjukkan pencapaian-pencapaian kerajaan Pakatan. Kedah, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan negeri yang di rampas secara tidak etikal Perak.

Rakyat sudah terdedah kepada kebaikan berada dibawah kerajaan-kerajaan yang di pimpin oleh Pakatan. Tiga dari 5 buah negeri yang menerima FDI yang terbanyak sekali ialah negeri yang di pimpin oleh Pakatan. Umno gagal menguasai top 5 penerima pelaburan asing. Punca utama ialah kerana pimpinan mereka tidak cekap dan boros dan banyak ketirisan yang berlaku. Rasuah menjadi-jadi dan rompakan keatas sumber-sumber kekayaan negeri dilakukan oleh pimpinan Umno dan BN dengan sewenang-wenangnya. Pelabur takut hendak pergi berniaga dalam negeri-negeri Umno -BN. Syarikat Jepun yang membuka ladang menanam Spirulina di Perak memutuskan untuk tidak melabur kerana campurtangan golongan bangsawan negeri itu.

Lapuran ketua odit negara menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi dan kewangan dalam negeri di bawah Pakatan lebih baik dari negeri dibawah kerajaan Umno. Jadi bagaimana Dr Mahathir boleh mengambil konklusi bahawa jika Pakatan mengganti Umno, maka masa depan negara akan musnah?

Yang musnah ialah penerima-penerima habuan dari Mahathirisme. Sama ada Mahathirisme mati atau sudah tidak ada, bukanlah terletak kepada perakuan Dr Mahathir. Ianya terletak kepada orang lain untuk menilai sama ada mimpi seram yang bernama Mahathirisme masih ujud atau tidak. Dan petanda ianya masih hidup segar, terlalu banyak menyebabkan kenyataan Mahathir sebagai seorang yang bersalah mahu menegakkan benang yang basah.

Dan kita perlu ingatkan orang Umno dan rakyat bahawa ketika Pak Lah mendapat undi dan kerusi terbaik pada tahun PRU 2004, ialah kerana rakyat meraikan pemergian Dr Mahathir dari tampuk kuasa.

Kita mengalu-alukan perlantikan Mahathir sebagai pengarah PRU Umno. Sudah tentu ianya akan mempercepatkan pengebumian Umno. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

Print Friendly

  1. #1 by ringthetill on Friday, 13 July 2012 - 5:36 am

    I feel let down by TDM’s policies. There are many things I have experinced and can quite during him stewardship as PM of our beloved country but I sincerely feel anything good done for the common rakyat. The high income natione WILLL NEVER be achieved, trust me. His Look East policy is nothing but just a narrow minded view of a man who has never travelled and see the world! Do you know that in Japan today, suicide by yound people is ever increasing due to the long work hours and not able to make a decent living, never mind achieving high income nation? It is all a scam and skewed view of a failed nation builder, our ex-PM!!!

  2. #2 by ringthetill on Friday, 13 July 2012 - 5:46 am

    Sory for the jiberrish language, let me try again. This is what I meant to say -I feel let down by TDM’s policies. There are many things I have experienced and relate to during him stewardship as PM of our beloved country. I sincerely feel his policies are just views of a narrow minded man. One ting for sure is the nation WILLL NEVER achieve the goals of a developed and high income nation over the next 10 years. His Look East policy is nothing but a scam and narrow minde view of the world affairs of a less travelled man. Do you know that in Japan today, young people suicide is on the increase due to the long work hours and not able to make a decent living, never mind achieving high income? It is all a scam and skewed view of a failed nation builder, our ex-PM!!!

You must be logged in to post a comment.