Rebahnya BN kerana salah sendiri, bukannya kesalahan orang


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jul 02, 2012

2 JULAI — Insiden yang mengasari Ketua Menteri Pulau Pinang di Telok Bahang semalam membuktikan yang Barisan Nasional amat sengsara apabila kalah di dalam pilihanraya 20008 yang mengakibatkan BN jatuh tersembam di Pulau Pinang dalam PRU yang lalu.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh DAP itu telah melakukan yang terbaik dan telah pun membuktikan yang sesebuah kerajaan itu boleh ditadbir dengan baik jika pimpinannya telus, jujur, dan sebenarnya rasuah boleh dielakkan.

Jika Pulau Pinang kini mempunyai pentadbiran yang hampir sama dengan prestasi BN, tentulah BN mempunyai peluang untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang selepas pilihanraya yang akan datang.

Tetapi Lim Guan Eng dan barisan pimpinan kerajaan Pulau Pinang telah menunjukkan perbezaan ketara dengan membuktikan yang PR memang lebih berkemampuan untuk mentadbir dari BN yang telah menguasai Pulau Pinang dari 2008 dahulu.

Justeru kata-kata pemimpin-pemimpin BN yang mengatakan mereka (BN) akan mengambilalih Pulau Pinang di dalam PRU 13 ini hanyalah merupakan kenyataan untuk menyedapkan hati sendiri dan tindakan psikoloji sahaja. Keputusan PRU 13 sebenarnya sudah ditentukan. Pulau Pinang akan tetap berada ditangan PR, malahan lebih kuat lagi selepas PRU itu nanti.

Oleh kerana itulah nampaknya pihak BN melalui Perkasa telah melakukan perkara-perkara yang mengaibkan dengan mengasari pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan sikap kurang ajar pihak yang mengasari Ketua Menteri itu merupakan “reflection” yang jelas tentang nilai dan budaya pihak yang dalam keadaan “desperado” di negeri itu. Kejadian yang menimpa Ketua Menteri itu merupakan kejadian yang sangat tidak bertamaddun yang dilakukan oleh kumpulan dari Perkasa itu.

Jika BN hendak menang dalam pilihanraya tunjukkan kelakuan yang baik, kerana kekalahan BN dalam pilihanraya yang lalu itu adalah di sebabkan BN khususnya Umno tidak mempunyai budaya yang baik yang secocok dengan zaman dan waktu ini. Budaya kasar mengkasari ini hanya berlaku di zaman batu dahulu. Di zaman batu dulu siapa yang mempunyai lengan dan penumbuk yang besar merekalah yang berjaya.

Zaman sekarang manusia mahu dipimpin oleh pemimpin yang menggunakan otak dan pemikiran, bukan menggunakan buku lima atau dengan lengan yang berotot besar. Tetapi nampaknya pihak polis masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap penjenayah itu kerana penjenayah itu datangnya dari pihak atau dari penyokong BN khususnya Umno.

Sesiapa boleh menyokong sesiapa, tetapi jika BN disokong oleh kaki gaduh dan samseng, bagaimanalah rakyat yang berfikir akan menyokong mereka. Rakyat tidak mahu pimpinan yang menyerupai pimpinan Iddi Amin dari Uganda suatu ketika dulu.

Tetapi apa yang kita harapkan agar LGE bersabar dan teruskan kerja baik yang anda telah lakukan di Pulau Pinang selama empat tahun ini sehinggakan negeri tiu menjadi sebuah negeri yang premium jika dibandangkan dengan kerajaan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN. Jagalah keselamatan anda dengan baik kerana nampaknya pihak polis tidak begitu “magnanimous” dalam menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan rakyat dan negara.

Sikap ganas pihak Perkasa dan penyokong BN sekarang ini bukannya kerana apa: ia adalah kerana BN akan tersungkur kerana sikapnya sendiri. Bukannya salah sesiapa yang lain. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by Jeffrey on Monday, 2 July 2012 - 10:37 am

    About Najib’s concern about “RAHMAN” political prophecy and “rebahnya BN kerana sendiri”- Will BN implode in next GE due to internal inconsistencies?. Eg PM promotes inclusive 1 Malaysia but race is reasserted with intensity by TDM, Perkasa and NGOs, and UMNO hardliners/hawks influencing its media. There is then confusion of who really leads what is the vision amid inconsistent signals. The question is ultimately whether race is still relevant trump card for majority of voters as before or issues of corruption security, economy/costs of living, in short governance. There many changes: 308 tsunami allowed Opposition to control several states, and Penang is showcased; when 5-10% swing may determine electoral there is now a whopping 2.2 million – almost 25% of the original number of registered voters in 2008 – new voters majority being likely young and likely exposed to internet/blogs and social media as counterbalance against mainstream controlled media.

  2. #2 by Jeffrey on Monday, 2 July 2012 - 10:38 am

    [Continuing from preceding post under moderation] –
    There is no such thing as a static culture (including TDM/UMNO’s Ketuanan”), change is continual, Najib realises the need to adapt when he launched his transformation programmes under 1 Malaysia but hasn’t the political clout or force of personality to push through. The spectre of implosion stares and that’s what’s worrying to him as he postpones the GE. This ratcheting up of race rhetoric sounds like last hurrah. It is make or break! Will BN based on its traditional ethnocentric approach survive the changes abound or implode like the traditional the customs and society of the Igbo depicted in the 1958 award winning novel “Things Fall Apart “ by Nigerian author Chinua Achebe with TDM meeting the fate of its principal protagonist Okonkwo ?

  3. #3 by PRmaju on Monday, 2 July 2012 - 8:41 pm

    Dear Mr.Lim,
    Pls hire yr own security guards, at least 10 to accompany you when you do your walk about. Be safe , umno goons are desperate now, they know that they will be wiped out from Penang after GE13.

  4. #4 by sheriff singh on Tuesday, 3 July 2012 - 12:35 am

    LGE is a Chinese Chief Minister of a State and he is from Pakatan Rakyat. He goes walk-a-bout too to meet the residents of his State.

    This to some is ‘Provocation’ and they go beserk.

  5. #5 by Kampong Orang on Friday, 6 July 2012 - 6:00 pm

    China Press reported about Mamakthir criticized LGE about his poor managing of Penang state. http://www.sinchew-i.com/node/309143?tid=3

    Guess, Mamakthir even worst during his 22 years of ruling Malaysia.

    1. Poor managing of Ringgit currency (actually poorly managed economies): now far away from B$ and S$ although Ringgit almost same to latters in 1970s.

    2. Currency speculation lost of billions.

    3. Inaction of corruption especially Taib, Tajo, Osman, etc.

    4. Privatisation: escaping of responsibilities by government. Privatisation means to charge and bill Malaysians like tolled road, etc.

    Long list….

You must be logged in to post a comment.