Ali Hamsa! Lepaskan jawatan KSN, tanding atas tiket BN!


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jun 24, 2012

24 JUN — Baru sehari dua menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) Dr Ali Hamsa sudah bercakap politik, sedangkan beliau adalah ketua kepada 1.4 juta perkhidmat awam yang sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bekerjasama dengan sesiapa atau mana-mana parti yang dipilih rakyat.

Kakitangan kerajaan merupakan pelaksana kepada apa-apa dasar yang telah digubal oleh sesiapa yang memerintah yang diberikan mandat oleh rakyat.

Ali menyeru kepada semua kakitangan kerajaan supaya memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada pada hari ini dan jangan mendengar janji-janji kosong dari pihak pembangkang. Walaupun beliau berasa berterima kasih kepada kerajaan kerana dijadikan KSN manggantikan KSN yang lama ia tidak bermakna Ali boleh menafikan hasrat rakyat yang ramai yang merupakan empunya kepada negara ini.

Penjawat awam itu pun kepunyaan rakyat dan dibayar gaji mereka oleh rakyat termasuk gaji Ali itu sendiri. Penjawat awam seperti Ali ini nampaknya mesti melalui kursus sivik yang asas untuk memahami apakah jenis negara dan sistem yang ada yang beliau akan tadbir ini.

Malaysia tidak lagi mempunyai KSN sehebat Abdullah Ayub, Abd Kadir Shamsuddin, dan beberapa orang yang lain semasa pentadbiran Dr Mahathir Mohamad. Dari menjadi seorang yang “impartial” Ali Hamsa menjadi seorang ahli politik. Jika begitulah keadaannya maka kita layan KSN ini sebagai seorang ahli politik.

Seruan yang pertama saya jika didengari elok Ali Hamsa meletakkan jawatan dan bertanding diatas tiket Barisan Nasional dan berkempen keseluruh negara untuk membuktikan yang parti pembangkang memberi janji kososng.

Inilah yang menyebabkan kerajaan sekarang sudah menjadi haru biru kerana mereka bercakap tentang isu yang mereka tidak sepatutnya bercakap.

Sekarang kita lebih diyakini bahawa kita mempunyai sebab yang lebih besar kenapa BN mesti ditolak oleh rakyat kali ini. Sikap seorang penjawat awam berpangkat KSN ini amat memalukan.

Mentang-mentanglah beliau melangkahi ramai penjawat awam yang lebih berkelayakkan dari beliau, beliau memilih untuk mengampu dan membodek pimpinan yang “incumbent”.

Kita ingatkan apabila Sidek Hassan bersara, kita akan mendapat seorang KSN yang lebih mulia tetapi nampaknya hari demi hari kita mendapat pentadbir yang lebih keliru seperti beliau (Sidek).

Segala-galanya sudah menyimpang jauh. Pastikanlah yang PRU13 ini akan mengubah segala-galanya. Setidak-tidaknya kita akan ganti seorang KSN yang tidak sewel seperti ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by yhsiew on Sunday, 24 June 2012 - 11:21 pm

    Since Ali Hamsa is more interested in politics than the KSN post, he should quit his job and enter politics.

  2. #2 by raven77 on Monday, 25 June 2012 - 12:05 am

    Looks like this guy is sooooo grateful to Pee EM for allowing him to leap frog that he will not stop kissing his hand and butt to show how grateful he is…..

    Looks like he already has lost his job as he is a marked man if PR comes to power……..

  3. #3 by Taxidriver on Monday, 25 June 2012 - 12:41 am

    Bagaimana negara kita boleh jadi first world country seperti Taiwan, Korea, Jepun atau Singapura? Jawatan tinggi dan penting diberikan kepada orang sebodoh macam Ali Hamsa. Mungkin sistem promotion ini salah satu sebab ramai perkhidmat awam tidak sokong UMNO B/BN Ramai diantara mereka lebih berkaliber, lebih berpengalaman dan juga lebih layak daripada Ali Hamsa, tetapi diketepikan atas sebab tiada koneksion politik serta tidak mahu jadi orang bertiga kaki macam Ali Hamsa. Mereka ada prinsip

  4. #4 by good coolie on Monday, 25 June 2012 - 12:45 am

    Hello, Pakatan Rakyat yang disayangi! Selepas Pakatan memenangi GE3 nanti, Ali Hamsa akan sokong Pakatan pula dan membenci UMNO Baru. Sabarlah kawan-kawan kita!

  5. #5 by boh-liao on Monday, 25 June 2012 - 12:54 am

    This is Y UmnoB/BN must b kicked out – they don’t even know how 2 govern n how 2 appoint a competent KsN

  6. #6 by Taxidriver on Monday, 25 June 2012 - 1:12 am

    Yet another correct, correct, corect case. How to compete with other countries??????????????

  7. #7 by Taxidriver on Monday, 25 June 2012 - 1:21 am

    Appointment of Ali Hamsa is not surprising. When you have half-past6 cabinet,, so you will have 3 o’clock ( sa tiam long ) department heads. The whole world is laughing at us.

  8. #8 by Taxidriver on Monday, 25 June 2012 - 1:37 am

    Is Ali Hamsa all we have to fill up the KSN post? Is there no other more qualified candidate than Ali in the Civil Service or in UMNO B? Is Ali the best in our country?

  9. #9 by Godfather on Monday, 25 June 2012 - 10:38 am

    Only Ali Hamsa could claim that he has the support of both Malays and Indians in the civil service, which is enough for 95 pct of BN’s fixed deposit in that sector.

You must be logged in to post a comment.