Kuasa bukannya hak milik kekal, ia hanya TOL sahaja


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 20, 2012

20 APRIL — Negara kita semakin hari semakin bercelaru dengan berkembangnya budaya samseng dan semua samseng-samseng ini adalah mereka yang menyebelahi pihak berkuasa. Pihak yang berkuasa sedang dalam keadaann desperado untuk mempertahankan kuasa dan mereka sedang mabuk dengan kuasa itu. Tindakan sekumpulan samseng memukul dan membelasah mahasiswa-mahasiswa yang sedang menuntut keadilan untuk masa depan mereka di Dataran Merdeka semalam amat menyayat hati. Mungkin sekarang ramai yang tidak merasa apa-apa tetapi orang yang miskin seperti saya dan ramai yang lain amat memahami perasaan mereka.

Nampaknya tidak ada siapa yang boleh menuntut apa-apa yang mereka anggap hak mereka dalam negara kita lagi. Sesungguhnya inilah kesilapan orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang selama ini terlalu memberi muka kepada BN untuk memerintah negara ini sejak merdeka. Sebagaimana yang saya sebut selalu pihak berkuasa seolah-olah tidak boleh dipersoalkan lagi kerana mereka menganggap negara ini adalah hak mereka sahaja untuk berkuasa maka siapa sahaja yang mempunyai pendapat yang berlainan akan dipukul dan dicederakan.

Apabila mereka merasakan kuasa akan hilang maka mereka bertindak bukan sahaja membiarkan samseng-samseng melakukan apa sahaja ke atas anak-anak muda yang sedang menuntut keadilan dan berjuang untuk masa depan mereka dalam negara mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab pula membuat kenyataan-kenyataan yang memihak kepada samseng-samseng ini dan mengutuk tindakan mahasiswa untuk melakukan apa yang mereka wajar lakukan.

Dengan apa yang berlaku di Dataran Merdeka semalam ianya menunjukkan bukti jelas yang parti yang sedang memerintah benar-benar dalam keadaan tersepit dengan puluhan isu besar-besar yang sedang menghadapi mereka. Tuntutan mahasiswa ini merupakan isu besar kerana ia melibatkan setiap ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menghadapi zaman pendidikan tinggi dan isu ini menusuk dalam sanubari mereka.

Dengan apa yang berlaku di Dataran Merdeka itu juga menunjukkan yang selama ini kita tidak pernah menyangka yang apa yang berlaku dinegara-negara mundur telah berlaku dinegara kita sendiri. Tekanan terhadap masyarakat marhean sudah menjadi kebiasaan di akhir-akhir ini dan nampaknya kita sedang menuju kearah sistem di negara-negara Afrika dan negara-negara mundur di dunia ini.

Tidak ada satu pihak pun yang menyalahkan kumpulan samseng-samseng ini seolah-olah mereka memang memihak kepada mereka (samseng-samseng) ini. Menteri Pendidkan Tinggi, Khaled Nordin, menyatakan bahawa tidak ada siapa yang menyuruh mahasiswa untuk berdemonstrasi dan kenyataan beliau itu seolah-olah memberi gambaran yang mahasiswa ini memang patut dibelasah oleh kumpulan-kumpulan samseng ini.

Dimanakah pihak polis dan anggota-anggota keselamatan yang lain? Tidakkah pihak polis faham bahawa mereka itu adalah polis kepada rakyat dan bukannya polis untuk mempertahankan pihak yang berkuasa tanpa mengira salah benarnya? Inikah sistem dan cara pemerintah yang patut dikekalkan untuk menjamin keselamatan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita?

Saya memberikan pandangan yang lebih serius kali ini. Jika inilah budaya yang dibenarkan berkembang oleh pemerintah hari ini maka sudah menjadi kewajipan dan fardhu kifayah untuk kita menolak habis-habisan parti pemerintah yang membiarkan perkembangan budaya gila ini. Kita tidak boleh membiarkan samseng-samseng memerintah kita. Kita mahukan pemerintah yang memerintah kita dengan daya pemikiran, bukannya dengan menggunakan lengan dan buku lima atau dengan otot-otot besar.

Kalau sekarang keadaan sudah begini buruk, adakah budaya ini akan berkurangan jika mereka ini terus dibiarkan mendapat mandat rakyat? Parti pemerintah mesti faham yang perasaan dan pemikiran tidak boleh ditekan. Lagi ditekan ia akan mendapat reaksi yang bersalah-salahan. Itu adalah “nature”.

Politik samseng ini merupakan satu petanda politik yang bankrap. Cara ini adalah cara politik pihak yang terdesak. Politik cara ini adalah politik zaman batu. Dan politik secara ini adalah politik tidak bertamaddun. Politik sepatutnya ada perlawanan saikoloji dan persepsi. Ini bukannya politik siapa yang mempunyai otot yang besar. Politik menggunakan otot ini adalah politik bacul dan ianya berlaku sebelum tamaddun manusia bermula.

Kalau kita sudah merasakan akan tewas dalam politik bertamaddun, kita mesti memperbaiki politik itu dengan politik yang lebih bertamaddun mengikut waktu dan zamannya. Jika tertewas dalam politik ia merupakan kemenangan kepada pihak lawan dalam sistem demokrasi. Jika kita sudah tidak dapat lagi mandat rakyat kita mesti membuat introspeksi ke dalam diri kita sendiri. “There must be a cause for a cause.”

Itulah sebabnya demokrasi ini merupakan sistem yang adil. Dalam sistem ini yang menang akan menerajui pemerintahan dan yang kalah mesti menerimanya kerana bukan mereka yang punya kuasa itu. Kuasa itu kepunyaan rakyat dan tidak boleh sesiapa atau mana-mana pihak untuk menekan dan memaksa mereka menyokong kita.

Kuasa pemerintahan dalam sistem demokrasi bukannya hak milik kekal. Kuasa yang kita pegang itu hanyalah pegangan sementara atau pun lebih mudah dikenali sebagai TOL sahaja. Kalau kita mempunyai lesen untuk memegang kuasa sementara sahaja kita perlu mengikut undang-undang dan syarat yang ditetapkan.

Dalam kontek kerajaan kita, kerajaan mesti jangan rasuah dan menekan rakyat yang telah memberikan mereka kuasa sementara tadi. Jika kita lakukan juga rakyat boleh mengambil kembali lesen TOL itu dan memberikan pihak lain pula lesen untuk menduduki tanah TOL itu.

Tetapi parti pemerintah hari ini menganggap lesen TOL itu sebagai hak milik kekal. DAN dalam kontek Umno dan BN mereka menekan pula pihak yang memberikan menumpang di tanah TOL itu tadi. Ini budaya apa?

Nampaknya pihak berkuasa terminta-minta sangat mereka diusir dari tanah TOL itu. Tidak mengapa. Apabila mereka datang untuk memperbaharui lesen TOL itu nanti, jangan kita sambung lagi. Itu sahaja cara kita untuk memberi tahu mereka bahawa mereka selama ini hanya duduk di tanah TOL sahaja, bukannya di tanah milik kekal.

Pengakhir kata, elok kita nasihatkan pihak yang sedang mabuk dengan kuasa ini supaya jangan berperang dengan rakyat yang merupakan empunya kuasa. Rakyatlah yang menentukan kepada siapa yang mereka hendak mandatkan pemerintahan dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kalau masih inginkan kuasa, jangan berperang dengan rakyat. Tunjukan fe’el dan kelakuan yang setimpal dengan kehendak pemimpin yang punya tamaddun yang tinggi. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by cseng on Friday, 20 April 2012 - 12:43 pm

    TDM said ISA is a good law, they protect you by locking you under ISA. Now, you understand they do make sense or of their Umno minds.

    Without ISA or other oppressive laws, they could not jail anyone as they like. Alternatively, they resorted to these thuggish behaviors. So you see, if they use ISA, you are protected from these assaults. That justify the ISA is a good law for public order… it does not matter if polices or the thugs are responsible for the disorder.

    ISA is a good law, so as the Burmese constitution. ISA says I can lock you up as long as the Minister like, Burmese constitution set the quota for military Junta. So you are foretold, you know what to expect. Now you do away the ISA, grant more power to police and AG, the spirit of ISA still alive, they transfer the ISA spirit from written law to police and AG themselves. ISA never a problem, it is a dead written law, execution of the law is the problem, it is the ISA spirit that haunted us.

    What are the police doing? The case during hijau protest in penang involved CM, they did the same, what is these few students to them? sap-sap-soi. There were police report made for the incident in penang, what had happened? anyone arrest? anyone charge?…we indeed reform.
    .

  2. #2 by cseng on Friday, 20 April 2012 - 12:47 pm

    Kuasa bukan kebal, hidup bukan kekal..semua TOL.

    Tetapi, kerosakan, kebusukan kadangkala kekal selamanya…

  3. #3 by tak tahan on Friday, 20 April 2012 - 3:19 pm

    Kita menolak sahaja lah pemerintah Umno yang mabuk dengan rasuah,seks dan kuasa tanpa batas.Selagi orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya masih ingin memberi mandat kepada pemerintah yang rakus,zalim sampai ketahap membelasah rakyatnya seperti kes pelajar di Dataran Melaka, i no say la.Pening maybe.

    Bangkit lah rakyat jangan slumber lagi.Masa sudah sampai untuk memberi mandat kepada pemerintah yang lebih bersih,serious dan berjasa untuk membangunkan negara.Mari lah kita sama sama fe’el sekali dengan pemimpin yang punya tamaddun yang tinggi iaitu PR.

  4. #4 by tak tahan on Friday, 20 April 2012 - 3:21 pm

    Sorry,should be Dataran Merdeka

You must be logged in to post a comment.