Siapa yang guna wang rakyat untuk kepentingan peribadi, sila kembalikan


By Aspan Alias | February 15, 2012
The Malaysian Insider

15 FEB — Nazri Aziz meminta NFC membayar balik semua wang yang telah dipinjamkan oleh kerajaan sebanyak RM 250 juta itu. Nazri berpendapat Shahrizat Jalil tidak perlu berhenti atau berundur dari kerajaan.

Kata-kata Nazri ini memberikan banyak perkara yang membuatkan kita lebih memahami cara dan kaedah Umno menyelesaikan masalah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita dan keluarga mereka.

Kenyataan Nazri ini boleh membayangkan cara berfikir dan sikap pemimpin kita berhubung dengan isu-isu besar yang dihadapi oleh negara. Sikap pemimpin kita boleh membezakan nilai diantara sikap serta “attitude” kepimpinan yang sepatutnya ada kepada pemimpin demokrasi dengan apa yang sebenarnya ada pada pimpinan kita.

Jika Shahrizat menjadi pemimpin dinegara maju, misalnya di England, beliau sepatutnya berhenti dari awal lagi untuk menjaga imej kerajaan.. Shahrizat adalah ahli jemaah Kabinet negara, maka etika wajar menjadi elemen yang terpenting dalam pentadbiran itu.

Etika dalam kepimpinan merupakan nilai yang lebih tinggi dari undang-undang kerana etika itu datangnya dari disiplin diri yang tinggi untuk mempastikan seseorang pemimpin itu tidak menjejaskan imej kerajaan yang dia berada bersama didalamnya.

Yang terlibat dengan menggunakan wang pinjaman kerajaan secara salah yang telah melanggar perjanjian itu adalah suami kepada Shahrizat dan keluarga terapat yang tinggal sebumbung dengannya. Shahrizat sepatutnyanya berhenti dan berundur dari jawatannya dalam kabinet negara. Yang membolehkan keluarganya mendapatkan wang sebanyak itu adalah kerana Shahrizat seorang yang berpengaruh dalam kerajaan.

Jika Shahrizat hanya seorang bidan di klinik kerajaan di kampong saya, Salleh Ismail tidak mungkin mendapat pinjaman yang begitu banyak dengan menggunakan dan berbelanja pula dengan wang itu untuk membeli benda-benda lain dengan banyak yang pasti akan menjejaskan matlamat NFC itu.

Oleh itu pandangan Nazri yang Shahrizat tidak perlu berundur itu merupakan pandangan yang tidak beretika dan jauh sekali dari menghormati rakyat negara yang demokrasi ini. Shahrizat telah gagal samasekali untuk menjaga statusnya sebagai seorang ahli jemaah kabinet dan inilah yang tidak dapat dihayati oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Bagaimanakah kita untuk menuju kepada sebuah negara maju jika etika yang senang di fahami dan diikuti ini tidak dapat dipenuhi semata-mata kerana terlalu sayang dengan jawatan dari sayangkan sebuah kerajaan yang beliau adalah salah seorang menterinya?

Tetapi saranan Nazri supaya NFC membayar kembali setiap sen yang diperolehi dari kerajaan itu dibayar kembali. Kita tidak mahu lagi perkara seperti dahulu berlaku dalam mana kerajaan dan rakyat terpaksa membuat “bail-out” kepada projek-projek kerajaan yang diusahakan oleh kroni-kroni dan mereka yang hampir dengan kuasa itu.

Kita masih teringat bagaimana Mirzan Mahathir di“bailout” oleh rakyat dengan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaannya yang gagal dengan jumlah yang berbillion. Sampai bilakah rakyat hendak membayar hutang pemimpin serta sanak saudara pemimpin yang berpengaruh ini. Sampai bila rakyat hendak menahan ragam pemimpin-pemimpin kita tetapi pemimpin-pemimpin sebaliknya memaksa rakyat untuk terus menyokong mereka tanpa berbelah bagi. Sampai bila?

Sekarang ini kita rakyat yang marhein di bawah ini tidak boleh lagi membiarkan mereka merompak dan merosakkan negara kita lagi. Cukup-cukuplah kita memerhati dan bersabar selama ini dengan sikap gila dan tidak malu pemimpin ini. Pemimpin yang baik akan ada perasaan malu sedikit sebanyak, apatah lagi masing-masing mengaku mereka itu Islam. Dalam Islam mencuri begini hukumnya potong tangan.

Bagaimana Nazri boleh kata Shahrizat tidak payah berundur sedangkan NFC telah menggunakan wang pinjaman kerajaan itu hampir RM100 juta dengan membeli kondominium-kondominium mewah, tidak cukup di Kuala Lumpur pergi pula ke Singapura. Bagaimana projek masih bermasalah tetapi sudah bershopping secara gila-gila. Ini memalukan pimpinan sahaja serta bangsa Melayu yang kononnya Umnolah yang menjadi “champion”nya.

Shahrizat wajar berundur dan bantu suami dan anak-anaknya membayar kembali wang ratusan juta ringgit itu yang di salahgunakan oleh keluarganya. Tidak payah hendak membawa wanita Umno keseluruhannya untuk mempertahankan kerja yang tidak molek itu. Kes ini tidak kena mengena dengan wanita Umno.

Elok Sharizat fikirkan pandangan Dr Mahathir Mohamad, Rafidah Aziz, Kamilia dan ramai yang lain dalam Umno yang inginkan beliau berhenti sahaja. Sharizat tidak payah marah-marah kepada pembangkang. Shahrizat sepatutnya marah kepada dirinya sendiri kerana terlalu “silly” kerana termakan hasutan nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang mungkar ini.

Ingat Shahrizat, perjuangan yang sebenar dan hakiki ialah untuk berperang dengan nafsu nafsi sendiri, bukannya dengan Rafizi Ramli atau yang lain. Inilah kegagalan besar pemimpin-pemimpin Umno pada hari ini… tidak berdaya menahan nafsu untuk mencuri harta benda rakyat dan sikap ketagih kepada mengambil wang rakyat ini sudah tidak dapat diubati lagi.

Sekarang Shahrizat perlu meletakkan jawatan dan suaminya mesti bayar balik pinjaman itu. Pandangan Nazri itu, satu boleh pakai yang satu lagi kita tolak terus. Kalau boleh Nazri cuba cari Mirzan dan minta dia kembalikan wang rakyat yang berbillion yang digunakannya untuk menyelamatkan perniagaan beliau pada tahun 1998 dahulu.

Jangan hanya melakukan tekanan kepada Shahrizat, Yang lama-lama dahulu pun kita kena ingat. Bukankah wang itu semuanya wang rakyat juga? — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by Kampong Orang on Wednesday, 15 February 2012 - 8:42 pm

    They are acting only. In the first place, they should not approve this loan. If PKR did not expose it, they would just keep quiet.

    MCA Wanita organised a celebration in Cameron Highlands recently. This was the first time in Cameron Highlands for 15th day Chinese New Year celebration.

    Patakan must open the ears of people in Cameron Highlands that this type of celebration is not as critical needing as funding for Chinese and Tamil primary schools.

    For decades, MCA and Gerakan could not get sufficient funding for Chinese and Tamil primary schools. They also support by being quiet about corruption of UMNOputras.

    Look at how rich is Taib? http://www.sarawakreport.org. See his billion Ringgit property in overseas.

    What is so good about organising celebration which uses public fund?

  2. #2 by Kampong Orang on Wednesday, 15 February 2012 - 8:44 pm

    If Pakatan won as the new federal government, change the anti corruption law and confiscate all properties belong those found guilty.

    First two person to investigate is Mathir and Taib.

  3. #3 by dagen wanna "ABU" on Thursday, 16 February 2012 - 8:31 am

    Ok. Its breach of trust we are talking about. And the consequence of the breach, in this case criminal breach, does not stop behind bars only. So nazri was right to ask for return of the 250m. That too would be the follow on effect of breach of trust. And a little more. All profits or gains derived from the 250m would accrue to and become a part of the trust property (lets use this term instead of just money for a more general purpose) and must also be returned.

  4. #4 by mm08 on Thursday, 16 February 2012 - 8:35 pm

    will they return the money? money has been pocketed, do you think they will take it out? who is monitoring them returning the money? i believe all this is ” sandiwara”!

You must be logged in to post a comment.