Dengar cerita ‘anjing sukum’


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jan 17, 2012

17 JAN — Dalam tahun-tahun awalan lapan puluhan ada seorang yang semasa itu merupakan seorang veteran yang duduk bersama kami sebagai AJK Umno Bahagian di tempat saya, bernama Yassin Mahmud. Beliau sudah tiada lagi bersama kita kerana beliau telah pergi menghadap Allah yang Maha Esa. Beliau seorang guru dan beliau juga adalah seorang yang serius tetapi nampak periang sifatnya. Beliau pernah menelah yang Umno akan menjadi apa yang kita lihat pada hari ini, iaitu sebuah parti untuk ‘warlords’ dan beliau selalu membuka cerita Umno ini dengan memberikan anologi yang melucukan terhadap apa yang akan terjadi kepada parti ini.

Beliaulah yang membuka cerita yang bertajuk ‘anjing sukum’ dan cerita ini pernah saya tulis tiga tahun dahulu. Anjing sukum ini pada beliau ialah anjing buruan yang taat kepada bossnya dan akan melakukan apa sahaja untuk menghambat segala binatang buruan bossnya untuk bossnya melapah dan memakan haiwan buruan, lebihan dari yang telah di jual oleh pemburu itu.

Anjing sukum ini dibela oleh pemburu itu guna untuk membantunya menghambat binatang buruan seperti rusa dan apabila rusa itu telah dihambat dan tidak berdaya untuk melarikan diri pemburu itu akan menembaknya. Setelah rusa itu jatuh maka pemburu itu akan menyembelih rusa yang di hambat oleh anjing sukum itu tadi.

Sedang pemburu itu melapah daging-daging rusa tersebut, anjing-anjing sukum ini menyalak-nyalak untuk mendapatkan habuan dan upah menghambat rusa itu tadi. Pemburu pantas memotong tulang-tulang rusa itu dan membalingkan tulang-tulang tersebut kepada tujuh lapan ekor anjing sukum itu. Maka anjing sukum itu pun terus diam sahaja dan berpuas hati dengan upah tulang-tulang yang dilemparkan oleh bossnya itu.

Pemburu itu terus sahaja melapah dan mendapat daging batang pinang dan lain-lain dari rusa tersebut. “Itu sahajalah gunanya kita di bawah ini kepada pemimpin-pemimpin kita.. Mereka nak jadikan kita macam anjing sukum sahaja” kata embong Yassin. Banyak pelajaran yang didapati dari orang-orang lama ini dan mereka tahu semua nilai kemanusiaan pemimpin-pemimpin Umno walaupun semasa itu keadaan tidaklah begitu teruk seperti yang kita hadapi pada hari ini.

Sekarang apa yang diceritakan oleh embong Yassin itu memang benar-benar berlaku. Ramai di antara ahli-ahli Umno nampaknya hanya dijadikan sebagai anjing buruan semata-mata. Kerjanya memburu musuh-musuh mereka dengan menggunakan anjing sukum ini untuk menghambat mereka yang di musuhi oleh boss-boss mereka.

Ada yang berjaya dan ada yang masih tidak mampu diburu. Itu sahajalah cerita pendek saya. Masa dan waktu mencemburui saya dan saya belum ada masa untuk menulis bahan-bahan serius yang lain buat hari ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by dagen on Wednesday, 18 January 2012 - 11:38 am

    Biar kita tanya saja cintanegara – samada beliau sekarang telah dapat menikmati projek2 umno dengan keuntungan berpuluh-puluh atau beratus-ratus juta seperti melayu celup tu yg bernama sharizat. Jawapan beliau akan menentukan samada beliau sebenarnya seekor anjing sukum atau seorang umnoputra.

  2. #2 by waterfrontcoolie on Wednesday, 18 January 2012 - 12:41 pm

    The above story always reminds me of the moaning by the Gomen as to why there are more Bumi girls in the institutions of higher learning than Bumi boys. The truth has much to do with the slant of this story. say after Form 5, for a Bumi Youth, he would have to struggle mentally for the next 5 years if he wanted to go to a university. And them how much will he be paid after graduation?
    Let us see the more practical opiton he can get.
    After Form 5, he opens up an UMNO branch, even a Youth Branch, say within the Division of an MP. Within 5 years, if he works as hard as if he is studying to go to the University, he is likely to become either the Chair or the Secretary of that branch even at the Youth Wing. He deems he can get more money as a branch Something than working as a graduate! Is there any wonder, why so many Bumi youths just prefer to become supporters of such leaders? The system creates it and forces them to pick the easiest path in life. Why do they want to lament over such scenario which UMNO has created?

You must be logged in to post a comment.