— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Jan 06, 2012
6 JAN — Berita mengenai kami berdua masuk DAP mencetuskan reaksi yang di duga dari penentang kami dalam dunia blog. Yang boleh di duga ialah isi serangan. Serangan peribadi dan personal. Memperlekehkan perwatakan. Orang2 kecewa. Di bayar oleh DAP. Agaknya, ini cara Umno menggalakkan orang lompat? Bayar sana sini. Yang saya tahu itu dia cara Najib Razak operates — pays his way through.
Dan seumpamanya. Jika benar, maka tidak perlu Umno dan penyokong rasa cemas dan gusar. Mudahlah mengalahkan mereka berdua.
Kalau Aspan bertanding di Seremban, semua menteri berasal dari Nogori Sembilan akan hentam dia. Teruklah dia kena belasah. Saya pula, mana lah terdaya menentang Ng Yen Yen di Raub — dia ada billboard yang berharga RM1.9 juta, ada website yang bernilai jutaan ringgit juga. Dia menteri. Dia boleh buat hebohan yang rapi lagi mantap. Lainlah kalau saya bertanding di Triang. Tapi Leong Ngah Ngah has done a sterling job. Biar dia disana.
Dua orang tua (Muhyiddin, Najib Razak dan ramai lagi pimpinan Umno lebih tua dan ganyut) tidak menjadikan kudis pada Umno. Aspan pula tidak hensem walaupun ada menteri Umno kita pandang macam-macam. Umno gagah dan perkasa walaupun pemimpinnya dari yang tertinggi ke yang tidak tinggi semua korap dan rasuah. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir yang kata. Bukan saya kata, tapi Shahrizat yang kata. If I go down, the other clowns go down with me. Mana pemimpin Umno yang tidak ada masaalah tanya Shahrizat?
Tidak ada orang misalnya membahaskan apa yang mungkin tidak kena dengan Umno. Umno maksum. Berjuanglah dari dalam. Yang bertanya ini ahli Umno ke? Tahukah system dalam Umno has been designed to self perpetuate bukan self renew. Jangan percaya cakap pimpinan Umno. Najib boleh bercakap mengenai demokrasi penuh, orang lain boleh bergolak dan bertombak berlembing asal kedudukan nya jangan di kacau!. Dan saya bercakap dari pengalaman saya sendiri. Goga dan gegak gempita macam mana nun di bawah, asal kedudukan nya tidak terancam, biar lah.
Ceritalah misalnya, kenapa agenda Melayu yang di canangkan Umno masih di takuk lama dan tidak bergerak? Umno suruh orang Melayu kaku dan jangan berubah sedangkan berubah itulah punca kemajuan. Umno tak ajar orang Melayu jadi fit supaya mereka boleh survive. Malah yang di tanam dalam benak orang Melayu ialah orang Melayu bergantung dan dependent pada Umno. No need to change. Just depend on Umno.
This is a stupid way to promote growth. Tapi cara demikianlah yang Umno suka, lagi di sembah lagi suka. Najib sendiri pun gayanya aristokratik. Dia suka kalau orang berduyun-duyun menyambutnya di lapangan terbang, berduyun-duyun pula mengiringi kunjungannya ke Pekan. Maklum sahajalah, setelah puluhan tahun balik ke Pekan, dia masih tidak tahu jalannya. Terpaksalah segala soldadu yang bersetia dan gegak gempita mengiringi sebutir bintang dan intan payung singgah ke Pekan. Mudah mudahan dengan sentuhan majlisnya, orang Melayu Pekan akan bertukar menjadi Melayu yang terbaik di Malaysia. Saya dengki ke dia di perlakukan demikian? Who cares?
Agenda yang serupa takkanlah lama sangat Umno hendak mencapainya? Mustahil Umno di pimpin oleh si bahlul dan tongong. Bahasa Melayu, agama Islam, kedudukan orang Melayu, institusi Raja Melayu. Semua ini di lindungi oleh undang-undang dan perlembagaan Malaysia. Siapa yang mengancamnya semua? Umno kelentong orang Melayu mengapa? Kebenarannya ialah, semua perkara ini sudah di terima. Umno sahaja yang mempermainkan isiu2 ini demi menutup kebobrokan dan pembohongan keatas orang Melayu. Perkara perkara ini tidak di ancam oleh PAS, PKR atau DAP.
Oh, DAP. Itu parti Cina chauvinis. Anti Melayu. Anti Islam. Anti Raja Melayu. Ini gelaran Datuk pada lahabau Ariff Sabri — tarik balik. DAP pun rakyat DYMM Raja Melayu. Ariff Sabri pun rakyat setia pada DYMM Raja Melayu. Jangan lah respond macam budak-budak. Tak setuju, gesa tarik balik gelaran. Ambiga derhaka! Tarik balik gelaran. Panggil datuk atau tak panggil, doesn’t make any difference to me. Esok saya jaga dari tidor, saya tahu ramai yang ada gelaran Datuk tetap juga bodoh macam dulu. Pendidikan yang saya ada, pengalaman saya, tetap berada dalam diri saya, Datuk atau tidak Datuk.
Apa agenda orang Melayu yang patut? Agenda orang Melayu: (1) pemimpin yang memimpin kerajaan terdiri dari yang terbaik. (2) Urustadbir yang baik. (3) Menentang rasuah. (4)Memajukan ekonomi orang Melayu dengan model ekonomi yang tulin. (5) kedaulatan undang2 atau rule of law.
Ini dia agenda Melayu dalam era baru. Bukan yang lapuk yang di mainkan sampai jemu kita mendengar nya.
Di mana silap Umno? Ekonomi orang Melayu? Modelnya — selagi menyokong Umno, kedudukan ekonomi akan di perjuangkan. Masa depan politik Melayu? —bergantung kepada Umno. Bahasa Melayu dan Islam? — bergantung kepada Umno. Jelas disini, orang Melayu tidak dapat maju kehadapan kerana kesemuanya bergantung kepada Umno. Umno simply doesn’t have a model for the advancement of orang Melayu. It has only one answer — just depend on Umno.
Hasilnya? Orang Melayu yang lemah mental tidak menyedari bahawa majority penyelesaian dalam hidup ini bergantung kepada kesedaran diri sendiri. Sebab itu, saya katakan sikap yang memusnahkan orang Melayu ialah usah di tanya apa Umno boleh lakukan kepada kamu, tanya apa kamu boleh lakukan kepada Umno. Umno pelindung orang Melayu di lindungi; Umno adalah wadah yang mesti di puja dan di taati. Nak senang, sokong Umno. Nak selamat? Sokong Umno.
Kita ada jawapan lain.
* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).
#1 by undertaker888 on Friday, 6 January 2012 - 1:01 pm
They are all PENCURI lah.
#2 by k1980 on Friday, 6 January 2012 - 1:54 pm
PENCURI is too mild.
They are all PENYAMUN lah.
#3 by Godfather on Friday, 6 January 2012 - 5:25 pm
Datuk Sabri:
We are almost there. The grassroots tak boleh tahan lagi dengar all these nonsense of corruption, curi tanpa malu…..serta kebodohan UMNO. Who else would be so stupid as to pay a known conman RM 1.7 million for services that the MACC claims he did not render ? Who was the chairman of NFC who paid the conman RM 1.7 million just like that ? Could the chairman have been so stupid and incompetent ?
Prices are going up. Those who depend on the feeding machine known as BN are not going to tighten their belts. They want more ! They are going to take more and more because they know the end is near. What good is the position of the minister of tourism if she has another 3 months left of her post ? Tanding same dia di Raub – I’ll go campaign for you.
#4 by Godfather on Friday, 6 January 2012 - 5:26 pm
Tanding sama Ng Yen Yen. We will go campaign for you.
#5 by sotong on Saturday, 7 January 2012 - 10:10 am
Decades ago, many knew the government policies will not benefit the majority of ordinary Malays and the country in general.
#6 by boh-liao on Saturday, 7 January 2012 - 6:15 pm
SUDAH MASUK ke? “MASUK” is one of d most SEARCHED term in M’sia, sexciting lor