Umno vs. Najib


by Wan Saiful Wan Jan
The Malaysian Insider
Dec 04, 2011

4 DIS — Ketua Pemuda Umno YB Khairy Jamaluddin baru-baru ini mengatakan bahawa Umno kini dilihat sebagai lebih progresif dan lebih liberal. Jika ini benar, maka nampaknya masih ada yang tidak tahu mengenai perubahan itu.

Walaupun demikian saya gembira melihat Khairy secara terbuka menyeru Umno menjadi lebih progresif dan liberal. Seruan ini amat penting. Khairy sendiri mungkin perlu berusaha lebih keras untuk mengejar di belakang status Dato Saifuddin Abdullah yang kelihatan mendahului kelompok progresif dalam parti. Umno memang memerlukan lebih ramai pemimpin yang berfikiran progresif. Walaupun Khairy belum lagi sampai ke peringkat Saifuddin, beliau tetap ada potensi. Dan saya ikhlas mengharapkan Khairy akan sampai ke situ secepat mungkin.

Di kalangan pemimpin Ahli Majlis Tertinggi Umno, Saifuddin nampaknya konsisten menyeru ke arah penambahbaikan. Beberapa cadangan yang beliau utarakan memang bagus, dan beliau terus istiqamah walaupun menghadapi cabaran dari dalam parti sendiri, terutamanya dari kalang cybertroopers pro-Umno.

Minggu lepas Saifuddin ada mengeluarkan kenyataan yang amat berterus terang. Beliau mengatakan bahawa dalam Umno ada tiga kumpulan. Kumpulan pertama sentiasa mahukan perubahan dan mereka tidak bergantung kepada kemahuan Perdana Menteri. Kumpulan kedua juga mahukan perubahan tetapi komitmen mereka bergantung kepada kata Perdana Menteri. Kumpulan ketiga pula tidak mahukan perubahan besar kerana mereka selesa dengan status quo.

Menurut Saifuddin, malangnya kumpulan ketiga adalah kumpulan terbesar dalam Umno hari ini. Mereka ini digelar sebagai yang beraliran keras. Pandangan Saifuddin itu betul. Dan bagi saya golongan aliran keras inilah musuh Dato’ Sri Najib paling besar.

Sebagai pandangan sampingan, suka saya mencadangkan agar golongan progresif dalam Umno melihat pengalaman dalam PAS. Kelompok progresif dalam PAS kini telah berjaya memegang pelbagai jawatan tinggi dalam parti itu dan sekarang mereka memainkan peranan penting mencorakkan dasar parti. Mereka memulakan usaha tajdid telah lama, sekurang-kurangnya sedekad yang lalu, dan hasilnya hanya mula dirasakan sekarang. Laluan mereka dalam membawa perubahan pula penuh ranjau dan duri. Ramai yang dituduh tidak setia atau tidak wala’ dengan perjuangan asal parti. Pengajarannya, jika benar mahukan perubahan, maka golongan progresif dalam Umno perlu mempunyai stamina dan tahap istiqamah yang sama.

Mari kita balik kepada Umno. Banyak perkara mulia yang telah Najib cadangkan sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Slogan 1Malaysia merupakan satu idea yang bagus. Memanglah ideal jika kita tidak perlu lagi mengingatkan bahawa negara ini adalah milik semua. Tetapi hakikatnya masih ada segelintir pihak yang suka memecahbelahkan rakyat. Maka slogan itu boleh menjadi satu peringatan yang baik.

Model Baru Ekonomi juga mengandungi banyak idea-idea bernas, terutama dalam bahagian pertama yang dilancarkan oleh Najib pada bulan Mac 2010. Selepas berdekad-dekad kita hidup dengan campurtangan kerajaan dalam ekonomi, maka amat baik sekali kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang bercakap mengenai keperluan liberalisasi.

Dan setelah sekian lama kita hidup dengan pelbagai undang-undang yang mencengkam, sudah pasti ramai aktivis kebebasan sivil yang gembira apabila mendengar pengumuman Najib pada malam Hari Malaysia yang lalu. Para aktivis tersebut telah berjuang sekian lama menentang kezaliman ISA serta lain-lain undang-undang yang menyekat kebebasan rakyat, dan akhirnya Najib menyahut seruan mereka.

Tetapi golongan aliran keras dalam Umno kelihatan berterusan mahu menentang dan menewaskan Najib. Atau, paling tidak, mereka mencipta pelbagai ranjau di sepanjang jalan transformasi yang Najib lakarkan. Mari saya berikan beberapa contoh.

Tatkala Najib bercakap mengenai kesatuan, ada orang Umno, termasuklah yang berjawatan tinggi, tanpa teragak-agak menggunakan bangsa dan agama untuk membawa perpecahan, termasuklah dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini. Mereka mengulang-ulang tuduhan bahawa orang bukan Melayu, terutamanya dalam DAP, akan menggugat institusi raja, menghancurkan Islam dan merobekkan Bahasa Melayu. Semua ini jelas bertujuan untuk mewujudkan suasana berpecah “kita lawan mereka” dalam negara ini.

Tatkala Najib bercakap mengenai pentingnya kita mewujudkan ekonomi liberal yang lebih kompetitif, ada orang Umno yang vokal menggerakkan NGO untuk merosakkan perancangan Najib itu. Mungkin antara kemenangan besar orang-orang Umno ini ialah mereka dapat memaksa Najib mewujudkan agensi-agensi yang tidak wujud dalam perancangan awal transformasi ekonomi negara. Badan seperti TERAJU dan juga unit memantau kepentingan Bumiputera dalam MRT Corp adalah dua contoh, yang mana mereka ini akan menyebabkan dasar tindakan afirmatif yang tidak liberal berterusan menular dalam ekonomi kita.

Dan tatkala Najib kelihatan radikal dalam mengumumkan transformasi undang-undang, radikalisme itu jelas sekali tidak turun ke bawah ke peringkat jentera parti. Kerana itulah kita kini mendengar beberapa pemimpin Umno mempertahankan sekatan-sekatan yang ada dalam Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibawa ke Dewan Rakyat penghujung bulan lepas.

Apa yang boleh kita lihat ialah wujudnya satu jurang yang semakin membesar antara Najib dan Umno. Walaupun Najib bersungguh-sungguh mengutarakan idea-idea progresif, Umno kelihatan amat berat hati untuk mengikut halatuju Najib. Umno dan Najib kelihatan seperti dua entiti yang berbeza yang berlawan antara satu sama lain.

Bagi saya perlawanan antara Najib dan Umno ini adalah lebih menarik untuk diperhatikan. Saya harap Najib akan menang. Kerana yang pastinya, jika Najib kalah, dia dan Umno akan sama-sama tenggelam.

* Wan Saiful Wan Jan ialah ketua eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my)

Print Friendly

  1. #1 by Bigjoe on Sunday, 4 December 2011 - 9:52 am

    The description of what Saifuddin Abdullah and KJ are basically like a young educated child trying to teach aging parents and much less educated siblings and relatives of the world that exist today when they still live in the old ones.

    Anyone who has aging parents and relatives who neglected their schooling and education understand that there is just so much one can do. Like it or not, old dogs don’t learn many new tricks and untrained ones cannot be show-performers. Like it or not, the world has left them behind and the more you pander to them, the worst off yourself.

    Its the perennial question of reform and the answer has always been the same since time immemorial. The only possible change is cathartic. It can never been smooth. It simply not possible. The good news is cathartic change has been done again and again and things work out.

  2. #2 by monsterball on Sunday, 4 December 2011 - 10:37 am

    Najib went to Mecca….ask G to forgive his sins….and said.. G has forgiven all his sins.
    Why can’t Malaysians trust him …forgive him and his ministers?
    Why can’t we be like G?
    Did G say…he supports UMNO b and politics too?
    Pekan Malaysians vote with conscience…he will not only loose….but his deposit too..come 12th GE.

You must be logged in to post a comment.