By Amaluddin Zhafir
Roketkini.com
8 June 2011
8 JUN – Entah apa yang dimaksudkan bekas Perdana Menteri Malaysia bila beliau menulis bahawa pertandingan jarang menghasilkan keputusan “menang-menang,” dengan semua yang bertanding berjaya.
Apa yang jelas, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya merujuk kepada muktamar PAS lepas yang mana menurut pandangannya, ada yang menang dan ada yang kalah.
Kenyataannya itu ada asasnya. Tetapi melihat kepada tuduhannya yang mengatakan Pengerusi DAP Karpal Singh berjaya menggugurkan matlamat PAS untuk menubuhkan negara Islam, nampaknya kenyataan tersebut agak dangkal yang datang daripada seorang tokoh besar.
Benar, Karpal Singh pernah dipetik sebagai berkata “Mahu wujudkan negara Islam? Langkah mayat saya dulu,” dalam Utusan Malaysia bertarikh 8 Oktober 1990.
Tetapi itu cerita tahun 1990; kisah ketika PAS dan DAP masih tak sebulu dan belum bersekutu. Zaman di mana internet itu jauh lebih ‘mahal’ berbanding usaha Mahathir yang tiga tahun kemudian (1993) menghantar surat amaran kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendesak PAS tidak melaksanakan hukum hudud.
“Apa nama, apa nama…” I
Mahathir sendiri sedar dalam politik, lawan boleh jadi kawan dan kawan boleh makan kawan dan sebagainya. Tetapi beliau leka dengan politik kulupnya – tuduh-menuduh berniat menimbulkan sensasi picisan yang sudah tentu akan memecahbelahkan lagi masyarakat.
Politik itu berkembang mengikut masa dan keadaan.
Sekarang tumpuan PAS ialah membangunkan negara berkebajikan, tetapi bukan pula bermakna PAS akan melupakan perjuangannya menegakkan Islam.
Malah dalam ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri jelas lebih terbuka konsep Islamnya berbanding dahulu. Malangnya, keterbukaan konsep Islam yang dikemukakannya seakan ditolak ketepi oleh sesetengah poli-tikus untuk memberi ruang kepada perkara-perkara yang bersifat sensasi berbanding isinya.
Ucapan dasar Hadi Awang terang lagi bersuluh untuk sesiapa yang mendengar atau membaca teksnya:
“Politik berkonsepkan Islam mengakui wujudnya masyarakat majmuk berbilang agama, dan memelihara hak beragama kepada penganut berbagai agama yang dilindungi pemerintahan yang mengamalkan prinsip sembak-imbang dalam pemerintahan.”
Jelas Hadi lagi, dalam negara berkebajikan, indeks kesejahteraan yang ingin dicapai PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil kira persekitaran masyarakat yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa, dan segala fahaman yang wujud di negara ini.
Yang jelas di sini, selain mengemukakan pandangannya atas nama kebebasan bersuara (sesuatu yang jarang-jarang berlaku di era pemerintahannya), Mahathir telah memberi satu lagi input untuk media kawalan kerajaan bagi bermain kembali cerita lama, langsung membuktikan betapa pimpinan UMNO sekarang semakin kontang idea dan untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan.
Saya tertanya-tanya kenapa di dalam fikiran mereka, sentiasa mahu bermain hal-hal ‘lucu’ sedemikian sedangkan teknologi internet (sedikit sebanyak hasil titik peluh Mahathir) tidak diguna pakai untuk mencari dan menilai kebenaran. Untuk laku akhbar sahaja kah?
“Apa nama, apa nama…” II
Bagaimana pun saya separuh bersetuju dengan pandangan Che Det bahawa “Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya”. Tetapi bukan kerana PAS tunduk kepada DAP; ia kerana PAS dalam soal perjuangan politik bersama Pakatan, jauh lebih matang meninggalkan perkauman lapuk Barisan Nasional.
Peduli apa dengan tarian perkauman mereka, sedangkan Pakatan Rakyat sudah hampir ke Putrajaya bersama longgokan idea-idea baru untuk pembangunan sosial, ekonomi, dan budaya untuk rakyat Malaysia yang lebih mapan dan cerdas.
Walaubagaimana pun, saya masih lagi berasa kasihan dengan UMNO, parti pejuang tegar Melayu, apa yang sedang mereka usahakan sebenarnya sekarang ini?
Baik, marilah kita beranggapan kerajaan pimpinan UMNO-BN mahu memecahbelahkan Pakatan kerana takut pada pilihan raya umum akan datang mereka akan dikeluarkan dari galaksi politik Malaysia, seperti planet Pluto ditolak oleh para saintis secara syura dan penuh ilmiah.
Dan jika begitu, apa yang mereka nampak ialah bahayanya sifat kepelbagaian kaum DAP dan PKR yang cuba “merasuk” PAS – parti tertua dalam gabungan Pakatan – supaya meninggalkan pegangan lama parti Islam itu.
Oleh kerana PAS mempunyai ahli Melayu paling ramai berbanding DAP dan PKR, maka menjadi satu tanggungjawab besar bagi UMNO – parti Melayu konservatif yang mana pemimpin kaya manakala ahli banyak merempat – untuk memecahkan dan kalau boleh, meyakinkan PAS menyertai mereka.
Bagai pungguk rindukan bulan, kasihannya, usaha mereka sudah ditolak mentah-mentah oleh PAS.
“Apa nama, apa nama…” III
Pakatan Rakyat sejak awal lagi telah sebulat suara untuk memegang falsafah ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia,’ berbanding slogan 1Malaysia yang agak longgar falsafahnya, dan ditolak pula oleh kelompok perkauman di dalam dan di pinggiran UMNO.
Berbalik kepada bekas perdana menteri, beliau melihat pegangan PAS yang semakin kendur itu disebabkan “PAS tidak sanggup berhujah dengan Karpal Singh.”
Psikologi jenis apa doktor yang sudah lama berhenti merawat pesakit ini sedang main? Bukankah sudah dijelaskan tiga tahun dahulu selepas tsunami politik, parti-parti dalam Pakatan telah bersetuju untuk bergabung menjatuhkan demokrasi cacat hasil legasi Mahathir sendiri?
Apa lagi yang PAS nak hujah dengan Karpal?
Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua akhir tahun lalu, Karpal mengatakan bersedia untuk berdialog tentang negara Islam. Beliau jelaskan, kata-kata “langkah mayat” itu telah difahami di luar maksud kenyataannya.
“Apa yang saya katakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama persekutuan dan rakyat agama lain juga ada hak. Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh diperbincangkan. Saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini… ini boleh dibincang dengan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Tok Guru Datuk Seri Abdul Hadi.”
Apa nama, apa namanya itu…kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. – Roketkini.com
#1 by Indon Planter on Wednesday, 8 June 2011 - 4:34 pm
Tidak lama lagi selepas GE13, Mamakutty berkata – apanama hakim yang dapati saya bersalah, apanama penjara itu, apanama warden itu, apanama itu orang yang liwat jubuq tua saya di penjara. XD
#2 by cintanegara on Wednesday, 8 June 2011 - 5:44 pm
Eminem lyrics – ‘Maybe one day we’ll wake up and this will all just be a dream’. Find out what song best suits DAP and PR….The fact is.. God-willing, BN will win more than two-thirds in the next election…..no one can deny that.. there is a huge gap between fantasy and reality. As long as you are not aware of the fact …..you hang on to fantasies, expecting them to materialize… When you hang on to fantasies, you ignore reality. …..the truth hurts but lies are worse, right?
However, just in case PR takes over Putrajaya….Most probably, Anwar will be the first and last Malay PM…Just like the first president of another country… his might be a good benchmark for comparison…but not to worry so much…its not gonna happen….