Oleh Syed Mu’az Syed PutraThe Malaysian Insider
May 27, 2011
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu dua bulan lalu.
Ini kerana, menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, sehingga kini masih tiada perkembangan, menyebabkan keluarga itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.
Tambah sumber itu, perkembangan terakhir yang diketahui pada 4 Mei lalu di mana kertas siasatan kematian Ahmad Sarbaini akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara.
“Kami nak tahu apa status terkini sekarang, kami tertanya-tanya apa yang berlaku dan perkembangan kes ini.
“Saya sendiri tertanya-tanya apa status kes ini sekarang, sebab saya lihat macam tidak ada apa-apa yang berlaku… senyap begitu sahaja,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.
Bapa lima anak itu meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh dari bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu.
Tegas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini bimbang jika polis masih berdiam diri dalam perkara itu. lama-kelamaan ia akan “hilang” begitu sahaja.
“Sebab itu kami mahu polis dedahkan perkembangan terkini dalam kes ini, jangan senyap sahaja,” katanya.
“Polis buat macam tak tahu sahaja, yang paling kasihan kami sekeluarga sebab masih menanti perkembangan terbaru,” kata anggota tersebut.
Jelasnya, keluarga Ahmad Sarbaini sudah tidak mahu menunggu lagi dan mahu mengetahui perkembangan hasil siasatan dengan segera.
“Kami nak tahu apa yang berlaku, apa status… jangan senyap macam ini.
“Jangan biarkan kami tertanya-tanya, nak kami tunggu sampai bila? Sudah hampir dua bulan sejak kejadian, tak akan tiada apa-apa perkembangan?” katanya.
Balu Ahmad Sarbaini telah membuat satu laporan polis berhubung kes ini kerana terdapat kesangsian ketika berbual dengan salah seorang pegawai kanan Kastam.
Maziah Manap dalam laporannya awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya — Ghani — telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.
#1 by sheriff singh on Friday, 27 May 2011 - 9:20 am
Kes klosed atau KIV atau menunggu arahan peguam negara. Biasa-lah.
#2 by boh-liao on Friday, 27 May 2011 - 10:23 am
Still cooking up d reason(s) of death or waiting 4 atasan 2 approve d reason(s)
Ban ban tan lor or wait 4 info fr WikiLeaks later lor