My first question for the first day of the budget Parliamentary meeting which started yesterday asked the Prime Minister whether on the occasion of 50th Merdeka anniversary, the Cabinet will reaffirm the Merdeka social contract and Malaysia Agreement that Malaysia is a secular state with Islam as the official religion but not an Islamic state.
The question was placed No. No. 24 out of 28 questions – no chance whatsoever to get answered during the 90-minute question session which saw only the first 10 questions answered.
It was a very simple and straightforward question which would have found favour and support from the first three Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein who were publicly committed to the Merdeka social contract and Malaysia Agreement that Malaysia is a secular state with Islam as the official religion but not an Islamic State.
In his written answer, the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has broken ranks with the first three Prime Ministers on this fundamental issue and has now come out into the public to give support to his deputy, Datuk Seri Najib Razak declare that Malaysia was an Islamic state – and in an unusually threatening manner which seemed to presage repressive times ahead.
This is the Q & A on Abdullah’s reply:
Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timur) minta Perdana Menteri menyatakan sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 50, adakah Kabinet akan berikrar semula kontrak sosial merdeka dan Perjanjian Malaysia bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi dan bukan sebuah negara Islam (Islamic State).
Perdana Menteri –
Semakin dekat kita menghampiri ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50, semakin kerap kita mendengar pihak Pembangkang mempersoalkan isu seperti kontrak sosial dan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam ataupun sekular. Walaupun telah beberapa kali penjelasan saya berikan, namun isu ini tetap dibangkitkan, sehingga menyebabkan saya membuat kesimpulan, bahawa ianya sengaja dipanjangkang untuk kepentingan politik pihak Pembangkang. Oleh itu, saya berdiri di Dewan yang mulia pada hari ini untuk menjawab isu ini dengan sejelas-jelasnya, agar isu ini tidak dipanjangkan sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk pelbagai kaum di Malaysia.
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, Malaysia bukanlah sebuah negara sekular ataupun negara teokratik. Malaysia adalah sebuah negara Islam, yang ditadbir berlandaskan prinsip-prinsip Islam, dan pada masa yang sama, berpegang teguh kepada prinsip-prinsip demokrasi berparlimen yang berpandukan kepada undang-undang tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan.
Prinsip Islam yang saya maksudkan di sini dapat dilihat melalui pendekatan Islam Hadhari yang telah saya perkenalkan. Di bawah pendekatan Islam Hadhari, kerajaan memberi penekanan kepada pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, kesihatan dan fizikal. Pendekatan Islam Hadhari adalah satu panduan kepada Kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia. Pendekatan Islam Hadhari ini juga memenuhi keperluan untuk mengekalkan keharmonian di kalangan penduduk yang berbilang kaum dan berbilang agama di negara kita ini.
Pemakaian pendekatan Islam Hadhari, bagaimanapun, tidak bermakna kita adalah sebuah negara teokratik. Kerajaan yang saya pimpin adalah sebuah kerajaan yang berasaskan kepada prinsip demokrasi berparlimen dan bertanggungjawab kepada Parlimen. Pada masa yang sama, Kabinet terdiri dari menteri-menteri yang beragama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain, sama-sama bermuafakat membincang dan menghasilkan dasar-dasar pembangunan negara. Kerajaan sentiasa memberi perhatian dan menjaga kepentingan rakyat, termasuk memastikan setiap seorang penganut agama bebas untuk mengamalkan ajarannya sendiri. Semua pihak mendapat bantuan daripada Kerajaan sama ada masjid, surau, kuil atau gereja. Pembangunan negara telah dilaksanakan dengan adil, tanpa menindas mana-mana kaum atau agama. Sebenarnya, inilah juga yang dimaksudkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri ketika beliau menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Cara pemerintahan sebeginilah yang telah dipakai oleh Kerajaan Malaysia selama lebih 50 tahun lamanya. Formula unik ini telahpun diuji dengan jayanya dan saya tidak nampak kenapa Kerajaan yang dibentuk seperti ini tidak boleh diteruskan pada masa hadapan. Saya juga menolak hujah bahawa ia adalah bertentangan dengan kontrak sosial yang telah dirunding sesama pemimpin kita dahulu. Kita perlu mengingati bahawa Perlembagaan Persekutuan telah berjaya digubal atas sikap tolak ansur dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga kaum terbesar di negara ini sewaktu menuntut kemerdekaan, dan ianya mengandungi artikel yang mengambil kira keperluan pelbagai kaum untuk hidup dengan aman-damai. Contohnya, walaupun agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan, penganut agama-agama lain adalah bebas mengamalkan agama masing-masing. Pemakaian prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran negara, seperti yang telah saya nyatakan tadi, tidak sesekali mengubah kontrak sosial atau asas Perlembagaan kita.
Kerajaan sememangnya memberikan ruang kepada pelbagai pihak untuk bersuara. Namun amat salah sekali sekiranya ada pihak yang menyangka bahawa ruang tersebut tiada batasnya. Bukannya menjadi maksud Kerajaan untuk menyekat kebebasan menyuarakan pendapat, tetapi sebarang perbuatan atau kata-kata yang boleh membangkitkan emosi atau perasaan marah antara kaum di Malaysia sememangnya melampaui kebebasan yang dibenarkan. Kita mesti sedar bahawa terlalu banyak yang dipertaruhkan di sini — kestabilan ekonomi, politik dan sosial semuanya akan musnah sekiranya sensitiviti keagamaan atau perkauman tidak diambilkira. Oleh itu, Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan menyalahgunakan kebebasan bersuara yang telah diberikan.
Sempena kita menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-50 ini, saya menyeru agar kita semua memperbaharui semangat cintakan negara dan bukannya mencari ruang untuk mempolitikkan sesuatu yang telah diterima pakai dari dahulu lagi. Kita mesti mendahulukan keperluan menyatupadukan rakyat, dan bukannya menimbulkan isu yang hanya menimbulkan ketegangan sesama kita.

#1 by sam_cyse on Friday, 31 August 2007 - 12:31 am
The Government of Day has all the right to interpret the Constitution in a manner that suit the politic of the day. This is seemed to be in the mind of AAB when he answered the question.
So “Islamic” or “Non-Islamic” state is determined by the Government of the day. No point arguing the issue as we know AAB will not hesitate to use his arsenal of draconian laws to impose on those who he considered as “delinquent” or follow his predecessor’s tactic – change the Constitution.
The only way for AAB or any future PM to behave in such manner is to deny BN the 2/3 majority.
That will the dream of every Malaysian.
#2 by undergrad2 on Friday, 31 August 2007 - 9:42 am
“They have already started Islamization of Malaysia with the banning of “pig-rearing†in Melaka. ”
The process of Islamization in Malaysia is nothing new. It started in the 80s long before you were born!
#3 by undergrad2 on Friday, 31 August 2007 - 9:44 am
There was a time when there was no such thing as ‘halal’ food.
#4 by borrring on Saturday, 1 September 2007 - 7:32 pm
Scary
#5 by ktteokt on Sunday, 2 September 2007 - 11:53 pm
The cauldron is simply getting too hot! It is due to explode anytime!
#6 by borrring on Monday, 10 September 2007 - 9:49 pm
“The cauldron is simply getting too hot! It is due to explode anytime!”…you’re right about that…it’s like waiting for the volcano to errupt…the signs are already there…it’s just a matter of time
#7 by ktteokt on Sunday, 23 September 2007 - 7:02 pm
Perhaps AAB should first threaten the non-Islamic political parties in BN before threatening others. Proclaiming Malaysia as an Islamic nation means the government is Islamic. So what are the non-Islamic political parties doing in BN? Shouldn’t all of them be Islamized before Islamizing other?
#8 by akarmalaysian on Monday, 22 October 2007 - 12:42 pm
yes…islamic state with murderers…full of corrupted and kurang ajar leaders…and leaders who dunno what being a muslim is….leaders who only bla bla bla fr the quran but dun even knw and recognise what the arabic verses are…an islamic state which is pursuing its own identity and trying so hard to tell the world whos the actual people behind malaysia..a fine example of an islamic leader who cant wait to announce he will be getting married even tho he knew himself whats been going on b4…(u think abt it urself)…and an islamic state whr corruption is a must in their daily life of the leaders.
#9 by Spirit of 57 on Monday, 22 October 2007 - 1:27 pm
Where is the fairness in the so-called “Islamic State”….temples are torn down without any thought towards the religious sentiment of the rakyat; churches operating from shoplots or built in industrial estates; whilst new mosques built on prime and prominent locations in cities and towns…..mismanagement of public funds by the various Govt agencies (as reported by the Auditor-General) but no action taken against the culprits….millions spent on purchasing overpriced goods….is this what Islam Hadhari is about?
As the saying goes….”bapa borek, anak rintik”…corrupt leadership = corrupt government ! When leaders are not well educated, they “assume” the rakyat are too ! So definitely when the open their mouths, their stupidity is revealed….eg. Minister in Prime Minister’s Dept ?!!
Perhaps, the time has come for the state rulers to step in and correct the situation before we become the laughing stock of the world !!!
#10 by kaybeegee on Saturday, 9 February 2008 - 10:36 am
The State Rulers are the leaders of iSLAM in their states. Thank you
#11 by acis7 on Wednesday, 2 July 2008 - 1:57 am
Comment on taxes from alcohol: Legal. From the era of Caliph Umar al Khattab. However, a Muslim must not participate in making, selling, distributing alcoholic drinks. For example; bottling, labeling, delivering, distributing, selling (even in planes, malls, hotels), offering and such.